Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Semua bebanan tak tertanggung

Assalamualaikum dan salam muhibbah. Selepas saja habis hari raya aidilfitri dan hari raya korban, kerja-kerja saya menjadi tidak keruan. Banyak tugasan-tugasan yang saya terlepas pandang dan tidak mampu untuk menyiapkannya. Tambahan pula waktu itu pelbagai masalah timbul berkaitan dengan kerja kaijian dan produk-produk yang tidak berfungsi dengan baik. Saya terima sebagai satu tarbiah dari Allah. Setelah menempuhi masa yang agak lama akhirnya sedikit masalah terungkai. Produk saya kembali berfungsi. Masanya yang begitu lama dan berhari-hari mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi. Kalau diikutkan habis semua ilmu-ilmu diperah semula semata-mata untuk mencari penyelesaian tersebut. Bagaikan mengulangkaji ilmu yang pernah saya belajar dahulu dan ditambahkan dengan sedikit pengalaman yang ada. Kini Alhamdulillah ianya telah berlalu. Cuma masalah lain pula timbul dan semakin menjadi-jadi pula. Berikutan dengan itu banyak perubahan yang telah berlaku. Antaranya adalah perubah

Bermula dari 9 tahun dulu. Menjadi dari 7 tahun dulu

Assalamualaikum. Salam ceria lagi. Kali ini berkisarkan tentang alat pengesan logam yang sudah lama saya buat sejak dari tahun 2006 lagi. Bermula dari tahun itu saya masih lagi dalam proses menghasilkan idea-idea untuk untuk menghasilkannya. Ianya bermula selepas seorang kawan memberi cadangan untuk saya hasilkan satu alat pengesan yang boleh mengesan logam atau yang utamanya adalah emas. Memang tak terfikir pun pada masa itu nak hasilkan alat seumpama itu. Tapi atas desakan kawan, saya cuba hasilkan juga. Saya ambil masa setahun untuk membuat sedikit kerja seperti membelek-belek, menguji litar, mencari bahan-bahan dan membuat aplikasi stimulasi. Selepas setahun, prototaip pun telah siap dan masanya untuk menguji. Pengujian di dalam lab kerap dilakukan. Hanya pengujian di tempat sebenar belum dilakukan. Proses menghasilan prototaip pertama ambil masa yang agak lama sebenarnya. Ini mengambil kira kos dan masa yang terhad sebab pada masa itu saya masih kerja makan gaji lagi. Tiba m

Dah Mula Free nak bagi Ilmu...

Assalamualaikum. Salam ceria. Dalam waktu ini, saya masih membuat survey dan sedikit penilaian mengenai kursus dan bengkel yang tidak lama lagi diadakan. Hanya tinggal pengunguman tarikh dan masa sahaja. Namun begitu saya tidak mengharapkan sesuatu yang tinggi pada kursus kali ini. Untuk permulaan ini saya lebih cenderung kepada menyampaikan ilmu agar ianya sampai dan berjaya. Pra pendaftaran masih dibuka lagi. Tidak kisah seberapa ramai yang membuat pendaftaran, sebab yang hadir juga belum tentunya 100%. Oleh sebab itu saya akan tentukan tarikh yang sesuai dan bilangan perserta juga saya tidak ambil terlalu ramai bagi membolehkan saya memberi lebih tumpuan kepada setiap peserta. Maksimum peserta untuk satu sessi adalah 10 orang sahaja. Untuk kursus kali ini, bagi saya ianya agak mencabar sedikit berbading yang sebelum ini kerana isi kandungannya yang agak berat dan banyak penambahan dilakukan. Tambahan pula dengan jemputan kursus in house, silibus dan isi kandungan perlu diubah

Serabut kelapa atau kepala?

Buat masa ini saya agak sibuk dengan membuat persediaan untuk beberapa projek dan kerja. Memang agak sibuk sehingga agak serabut dan kucar kacir. Ada sesetengah orang kata tak elok buat banyak kerja pada satu masa. Lagi pun saya ni pun bukanlah dari jenis multitasking. Banyak yang serabut. Cara terbaik buat satu-persatu. Atau pun ikut nasihat dari otai Dr Irfan Khairi adalah dengan membuat satu tugasan dan kemudian jika terasa serabut, tinggalkan tugasan tadi tu dan buat atau sambung tugasan lain pula. Tujuannya tak nak bagi rasa bosan. Tapi semua tu kena pandailah untuk mengendalikannya. Buat pengetahuan rakan-rakan dan sahabat semua, buat masa kini saya sedang membuat persediaan untuk kursus-kursus akan datang. Ada empat kursus yang akan saya kendalikan. Tapi bukanlah pada satu masa. Ianya terbahagi kepada beberapa hari atau tarikh yang akan disusun. Namun begitu bukan mudah untuk melaksanakannya. Bukan seperti sebelum ini yang mana kursus yang saya kendalikan agak simple dan strai

Masih lagi takut

Jika diikutkan seperti dulu-dulu memang saya akan buat mengikut apa yang terlintas di dalam fikiran. Apa saja yang terlintas pasti ada saja kerja yang akan dilakukan. Sehinggakan pada masa itu orang akan katakan saya jenis orang yang kreatif. Persepsi orang lihat kita lakukan sesuatu yang terlalu kerap dan juga agak berlainan tidak sama seperti orang biasa-biasa. Mereka menganggap ianya kreatif. Ada juga yang lain melihat kreativiti dari suduh pembuatan dan penghasilan sesuatu benda. Dahulunya saya kreatif berkarya. Dari menghasilkan satu-satu barang sehinggalah menjadi seorang pelukis. Pelukis potret, pelukis kartun, pelukis batik dan macam-macam lagi. Semuanya itu saya berada di dalam proses pembelajaran. Apabila minat, kita teringin untuk melakukan sesuatu. Bergantung kepada keinginan, hasil yang terjadi apabila sesuatu kerja dilakukan dilihat kepada seni rentak kerja yang dibuat. Jika hasilnya pelik dan mengagumkan, ia dipanggil kreatif. Tapi, jika pelik pun dan tidak berguna, ia

Sama Tapi Tak Serupa

Antara perkara yang membuatkan saya benar-benar rimas adalah apabila projek yang saya hasilkan tiba-tiba tidak menjadi. Bayangkanlah sudah lebih lima tahun mengadap projek yang sama dan hampir beratus-ratus kali ianya berfungsi dengan baik. Secara tiba-tiba pada satu hari, projek tersebut tidak berfungsi. Apabila kita sudah faham akan kendalian dan selok belok sesuatu benda, pasti kita dapat tahu apakah puncanya masalah yang berlaku sekiranya ianya rosak. Sebelum ini pun pernah juga rosak dan tidak berfungsi, tapi dengan cepat sudah tahu di mana dan apa punca masalahnya. Dan perkara tersebut sentiasa berulang-ulang hampir setiap hari selama 5 tahun. Jadi, apakah yang menyebabkan saya buntu baru-baru ini sehingga tidak tahu apakah punca masalah sebenarnya. Sehinggakan tidak tahu apakah cara lagi untuk menjejak masalah tersebut. Sedangkan sumber rujukan asal juga masih tidak dapat mengetahui puncanya. Tambahan pula hanya saya sahaja yang mengetahui kendalian projek tersebut. Cerita

Antara Research dan Talk

Memang ada kaitan antara dua perkara seperti tajuk di atas ni. Kedua duanya memang berkaitan. Selepas saya selesai buat research, saya akan bagi talk. Memberi atau memindahkan ilmu secara formal atau tidak formal. Jika secara formal memang dok dalam kelas. Apa pun saya tak kisah dapat apa yang ada. Sedikit keuntungan untuk lepas belanja makan minum pun sudah ok. Jauh sekali nak dapat penghargaan atau ijazah kedoktoran atau sebagainya. Walaupun buat research sendiri, seolah olah mereka berkata saya syok sendiri. Yes... memang saya syok sendiri dan pada masa yang sama saya sebarkan apa yang saya temui dalam penemuan kajian saya. Jika dilihat pada blog saya atau mana-mana blog yang saya ada, tiada pun satu hasil research yang saya dedahkan. Ye memang benar. Saya suka sampaikan depan-depan pada orang ramai. Saya lebih suka mata bertentang mata, walaupun saya tak suka bermain mata. Hehe Mana yang faham dan pernah ikuti saya sebelum ni memang tahu apa yang saya buat. Bukan saja su

Meletup, terbakar dan hangus

Apabila masa untuk membuat satu eksprerimen, memang ada pelbagai perasaan yang timbul. namun begitu ianya bergantung kepada mood juga. Kalau mood tak ok, maka kerja pada hari itu memang teruklah. Sudah banyak kali berlaku. Kena pula time badan dan tua ni, macam-macam sakit yang dapat. Sejak minda dah mula ok ni, saya sudah mula aktif. Dan benda-benda yang kurang faedah pun dah mula tinggalkan. Bak kata sorang ustaz, kalau nak dapat lebih masa, tinggalkan segala gajet. Tinggalkan semua benda yang sia-sia. Ya, memang benar kenyataanya. Tapi itulah. Manusia ni mudah pula. Bila dah senang sikit lupa asal usul. Lupa kepayahan lama. Memang saya sukan buat eksperimen. Kalau ada dana lagi banyak eksperimen yang saya akan lakukan. Tak kira apa pun asalkan ianya bermanfat. Bila dan banyak buat eksperimen dan banyak pula kejayaan, saya akan sampaikan dalam kursus atau bengkel saya. Sama ada berbayar atau free. So sekarang ni nak bagi free susah sikit sebab banyak benda nak tanggung. Nak cakap

Mula RnD semula

Assalamualaikum. Salam bertemu kembali setelah lama saya menjalani brain training, brain storming, brain clearing, kini saya kembali semula setelah beberapa kali percubaan gagal untuk muncul. Harap usaha kali ini akan membuahkan hasil. Maaf di atas kecelaruan yang telah berlaku semala ini. Saya seperti hilang identity. Seolah olah tak kenal siapa diri saya ini. Disebabkan itu, saya menjadi hilang panduan dan arah tuju yang selama ini saya tidak begitu. Nampaknya masih banyak kelemahan yang saya ada. Dan saya perlu banyak belajar dari masa ke semasa atau pun proses pembelajaran perlu diteruskan tanpa henti. Siapalah saya ini. hanya manusia  biasa yang selalu membuat dosa dan kesalahan. Namun jika tidak diberi peluang seterusnya, maka saya akan tiada arah tuju dan tiada apa yang boleh saya lakukan. Jika diberi peluang semula, maka saya akan berusaha semula mencari jalan lain. Mencari penyelesaian lain. Saya tahu ramai yang tention pada saya. Dan saya yakin mereka tidak tahu hal yan

Perancangan untuk R&D dan hasil produk baru

Assalamualaikum. Selamat hari raya AidilFitri. Selepas cuti raya baru-baru ini, saya lebih sibuk dengan membuat persediaan lab baru yang telah berpindah di Area Kuala Lumpur. Persediaan tersebut sebenarnya sudah pun bermula dari awal bulan puasa yang lepas. Namun berlaku kelewatan sepanjang tempuh perancangan tersebut. Segala alatan dan barang-barang keperluan lab dan pejabat dicari dari hari ke hari sehinggalah semua keperluan tersebut cukup seperti yang dikehendaki. Kekangan pada bulan puasa membuatan berlaku kelewatan seperti yang telah dirancangkan. Namun begitu bukanlah bermaksud saya menyalah bulan puasa punca berlaku kelewatan. Ini berpunca dari masa yang terhad. Tambahan pula jarak dari rumah saya ke lab agak jauh. Walaupun sebelum ini pun jarak lab saya lagi bertambah jauh di Melaka. Untuk persediaan lab dan pejabat ini, saya mengambil sepenuh perhatian kepadanya. Ini bermaksud saya benar-benar menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga untuk menyiapkan kerja-kerja untuk me

Jumpa kesilapan yang diselindungkan

Assalamualaikum. Kali ini saya nak mengulas sedikit tentang kerja saya pasal elektronik. Bukan semua orang boleh layan kan? Apa pun jom kita layan sama sama. Walaupun alkisahnya mengenai elektronik, tetapi penghujungnya menceritakan satu kesimpulan yang boleh dijadikan pengajaran. Sebelum masuk bulan Ramadhan lagi, hampir dalam beberapa hari saja lagi akan tiba bulan puasa. Saat yang dinanti nantikan oleh sebahagian umat Islam. Namun disebalik keghairahan tersebut satu ujian besar bagi saya. Benda yang selau saya hadapkan hampir setiap hari, tiba tiba menjadi mala petaka bagi saya. Buat pertama kalinya saya tidak mampu mengesan punca kerosakan atau kesilapan dalam litar elektronik yang memang selalu saya hadap hampir seiap hari. Boleh dikatakan saya hampir mahir dengan alat tersebut, terutama pada selok belok litar elektronik tersebut. Jika sebelum ini berlaku kerosakan, pasti saya dengan cepat dapat tahu punca kerosakan. Tiba masanya hari yang dinanti nantikan. Secara tiba tib

Kena sampok

Assalamualaikum. Salam Ramadhan Al Mubarak. Sekarang sudah memasuki fasa kedua dalam bulan puasa ini. Diharapkan bulan puasa ini dapatlah kiranya Allah mengampuni dosa dosa kita yang telah lalu dan juga pada masa akan datang. Pada bulan puasa ini kita didik supaya sentiasa dalam keadaan terpelihara dari melakukan perbuatan dosa. Namun pada masa yang sama juga kita perlukan sentiasa berdoa kepada Allah dan meminta keampunan dariNya. Pada bulan Ramadhan kali ini tidak seperti bulan Ramadhan yang lepas lepas. Semuanya agak berbeza walaupun pada hakikatnya bulan ramahdan adalah sama pada perbuatan. Sangat sukar untuk saya nyatakan sebab bagi saya bulan Ramadhan ini meruapkan bulan ramadhan yang benar-benar mendidik dan menguji kesabaran. Ye. Memang benar sabar adalah kunci utama dalam menempuhi ujian yang Allah turunkan kepada hambanya. Dan setiap ujian yang datang hanya Allah Maha mengetahui kemampuan hambanya. Apabila diceritakan mengenai ujian, saya merasi ujian yang sangat hebat

Kejanggalan dalam erti kehidupan

Assalamualaikum. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammad saw. Dalam kehidupan ini terlalu banyak rahsia yang tersimpan. Baiknya ianya tersirat mahu pun yang tersurat. Namun kita sebagai hamba Allah yang Esa diberi akal dan fikiran untuk memikirkan kebesaran dan kehebatan kuasaNya mentadbir alam maya ini. Ia berkenaan dengan ilmu. Allah adalah pemilik ilmu yang Maha Besar. Meliputi segala galanya. Dan kita pula diwajibkan untuk menuntut ilmu ilmu yang ada selagi terdaya. Ilmu terbahagi kepada beberapa bahagian dan kelasnya. Boleh rujuk kepada yang ahli untuk ketahuinya. Ada ilmu yang kita nampak di depan mata dan ada juga ilmu yang sudah lama hilang tetapi sangat hebat nilainya walaupun telah menghilang. Kini kita selagi ada daya keringat dan usaha, wajiblah kita menuntut ilmu. Ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat. Ilmu boleh dimanfaatkan. Ilmu boleh diamalkan. Ilmu juga boleh disampaikan kepada yang lain. Terpulang kepada kita untuk bertindak. Ilmu juga ada yang

Perancang Perjalanan yang fail

Assalamualaikum dan salam ceria. Memang benar  perancangan awal itu penting. Jika tidak, akan terjadi pelbagai masalah kecil atau pun besar. Merancang perjalanan tidaklah terlalu sukar. Bukan memerlukan proses yang rumit. Memadai membuat persediaan saja sudah cukup. Namun pun begitu, kadang kala kita mudah terlupa dan lalai dengan semua ini. Sehinggakan terlupa untuk membuat perancangan awal. Bagi sesetengah orang tidak perlukan perancangan yang rumit sehinggakan membebankan kepala. Hanya simple simple saja. Tapi jika sudah berlaku masalah, macam macam alasan dan kekesalan yanag akan diungkapkannya. Begitu juga kepada saya yang boleh dikatakan sentiasa memerlukan perancangan untuk melakukan apa saja kerja dan tugasan setiap minggu. Namun seperti yang saya katakan tadi, ada masanya kita lupa dan lalai. Bila dan lupa untuk merancangan, dan dijadikan cerita, masalah pula timbul selepas itu. Baru baru ini saya tersilap untuk merancang perjalanan. Perancangan untuk ke tempat jauh tidak

Mencari yang benar

Dah macam tajuk novel atau drama tv pula. Memang sekarang ini sedang mencari kebenaran. Kebenaran sesuatu yang sudah lama menghilang. Ada kalanya saya merasakan seperti bosan dan hampir putus harapan. Namun akal ni cepat cepat bertindak mengikut arahan. Pada post yang terdahulu, dari 7 ke 6 tahun lalu, saya ada berceritakan mengenai sesuatu yang majoritinya tidak terlintas difikiran. Ada juga setelah membacanya orang mudah melenting dan mengatakan ianya tidak masuk akal. Malah ada juga yang memperkecilkan tindak tanduk saya. Maaflah jika jiwa anda semua tak stabil disebabkan ungkapan saya yang tak masuk akal. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan Dialah yang Maha Merancang. Perancangan Allah itu sangat sempurna. Apa pun saya sangat suka tindak balas anda yang tiba tiba melenting dan menganggap saya sebagai seorang yang terkeluar dari pemikiran sebenar. Saya bebas untuk berfikir. Saya juga bebas untuk mendengar pemikiran orang lain. Namun tak semudah itu untuk saya bulat bulat t

Kerja kajian tempatan

Assalamualaikum dan salam ceria. Bertemu kembali setelah sekian lama saya tidak update blog-blog dengan info-info yang menarik. Bukanlah bermakna saya tiada apa-apa maklumat yang hendak diceritakan tetapi ianya berkenaan dengan masa. Jadi jika saya memberikan alasan pada masa, bermakna mesti ada juga yang akan terfikir saya jenis orang yang tidak pandai menguruskan masa. Atau pun saya boleh katakan yang saya malas nak update. Jika itulah yang saya katakan bermakna orang akan fikir saya jenis yang memang malas. Oleh itu, saya pun tak bolehlah fikirkan apa yang orang lain akan fikir terhadap saya. Betoi tak? Kalau tidak, saya hidup hanyalah berpandukan kepada apa yang orang fikirkan terhadap saya. Pada tahun 2015 ini ada rakan rakan yang mengatakan ianya tahun bertuah. Tahun yang memberikan rezeki yang melimpah ruah. Atau tahun yang paling Ong. Terpulanglah. Apa yang pasti bagi saya adalah Rahmat dari Allah lah jua yang memberikan segala galanya. Dan kita pula perlu menerima dan bersyu

Nak lari... lariiii

Assalamualaikum dan salam ceria. Tak kisahlah apa pun keadaan kita sekarang ini. Yang penting happy dan sentiasa dalam keadaan ceria. Apa yang kita fikirkan akan menjadi panduan dalam kehidupan kita. Umpama doa untuk kita juga. Jika difikirkan baik maka baiklah jadinya. Dan akan berlaku disebaliknya pula. Walau macam mana happy pun kita, ada masanya kita akan berasa down. Ye down. Bukan up and down tapi down. Sudah pastinya kita akan berasa kecewa. Rasa menyesal dan kesal. Jadi apakah motifnya saya berkata begitu? Tiada apa yang hendak saya tumpukan pada satu satu hal. Hanya sekadar tumpang lalu saja. Apa yang berlaku ianya sudah terjadi. Dan apa yang terjadi ianya sudah berlaku. Setelah lamanya saya mengambil masa untuk membuat pemerhatian dan begitu lambatnya saya membuat rumusan, akhirnya sudah sampai masa penghujungnya. Penghujung kepada keputusan muktamad. Saya telah memerhati pelbagai jenis aktiviti, kerja, perancangan, tindakan dan keputusan sesuatu perancangan sehinggakan ia