Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Aktiviti terancang

Assalamualaikum dan salam ceria. Bersua kembali. Kali ini saya bahasakan diri dengan panggilan saya pula. Apabila mood Ramadhan menjelma lagi, segala galanya perlu berubah. Mulakan dengan satu niat yang baik dan laksanakannya dengan tertib. Insyaallah. Pada awal Ramadhan saya memulakan puasa di kampung. Tidak seperti Ramadhan yang lepas lepas semua mula berpuasa di rumah sendiri. Kecuali masa muda remaja dulu saya pernah mula berpuasa di luar kawasan tempat tinggal. Pada masa itu saya mendapat tugasan bekerja di area pantai timur. Mula mula memang kekok. Tapi lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan pula. Bagi saya itu adalah permulaan yang memberi pengalaman yang tidak boleh dilepaskan mungkin akan menjadi ingatan sampai bila bila. Buat masa kini saya telah memulakan tugasan yang sudah lama saya tidak lakukan seperti dulu. Membuat kerja naik taraf dan pembangunan produk baru dan lama. Atau pun buat kerja R&D sendiri. Tanpa ada pembiaya atau pelabur dana dari luar, saya melak

Kembali terjalin perhubungan neutron

Assalamualaikum,  salam terhormat kepada pembaca dan pemikir. Kini aku sendiri bergerak memulakan perbicaraan di dalam blog lama ini. Tujuan utama adalah melahirkan rasa hati yang selama ini aku menyimpannya. Bukan maksud aku menyuarakan ketidakpuasan hati ini atau meluahkan rasa amarah hati. Bukan. Aku tak perlu lakukan semua itu. Perjalanan menghadapi hidup ini memerlukan bimbingan serta panduan yang betul dan lurus. Manakala kita perlu mengikutnya dan istiqamah mengekalkan kualiti kehidupan setiap masa. Namun bukan mudah. Setiap hari aku menjalani kehidupan ini dengan menempuhi pelbagai suasana yang baik dan buruk. Apa yang terjadi sesuatu perkara itu dihadapan mata ianya memberi 1000 makna dan pengajaran sekiranya kita berfikir akan apa yang tuhan hendak tunjukkan. Peranan aku adalah berfikir dan ambil pengajaran. Setiap hari kita menghadap menyembah Allah yang Maha Esa, memohon perlindungan dan diampunkan dosa.  Interaksi tersebut melahirkan keadaan seperti kejadian kejad

Salam 2014

Assalamalaikum. Salam kembali. Sudah begitu lama sekali aku online dan update post untuk blog ini. Umpama mati hidup semula. Semuanya ada sejarah tersendiri dan ada cerita disebaliknya. Kini aku terpanggil untuk update post blog ini kerana sudah tiba masanya untuk aku meluahkan isi hati ini yang sudah lama terpendam. Biarlah apa pun mereka katakan asalkan aku tetap dengan cara tersendiri. Kini tiba tahun 2014 yang sudah lamanya aku seperti tidak berbuat apa apa yang boleh menampakkan hasil yang menarik. Seperti juga ramai yang tertunggu apa lagi yang akan aku tunjukkan. Sehinggakan setelah kian lama masa berlalu sehingga hampir 2 tahun menyepi, semuanya lari meninggalkan penantian itu. Aku dapat merasainya dan tidak kisah jika ada yang lain juga rasa. 2014 menjanjikan pelbagai habuan yang tidak pernah aku terfikir.  Semuanya ketentuan Allah. Biar aku sendiri saja yang bekerja bergolek terlentang siang dan malam. Biarkan juga ada kata kata kecil menggeletek lubang telinga ini namun a