Langkau ke kandungan utama

Semua bebanan tak tertanggung

Assalamualaikum dan salam muhibbah.

Selepas saja habis hari raya aidilfitri dan hari raya korban, kerja-kerja saya menjadi tidak keruan. Banyak tugasan-tugasan yang saya terlepas pandang dan tidak mampu untuk menyiapkannya. Tambahan pula waktu itu pelbagai masalah timbul berkaitan dengan kerja kaijian dan produk-produk yang tidak berfungsi dengan baik. Saya terima sebagai satu tarbiah dari Allah.

Setelah menempuhi masa yang agak lama akhirnya sedikit masalah terungkai. Produk saya kembali berfungsi. Masanya yang begitu lama dan berhari-hari mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi. Kalau diikutkan habis semua ilmu-ilmu diperah semula semata-mata untuk mencari penyelesaian tersebut. Bagaikan mengulangkaji ilmu yang pernah saya belajar dahulu dan ditambahkan dengan sedikit pengalaman yang ada.

Kini Alhamdulillah ianya telah berlalu. Cuma masalah lain pula timbul dan semakin menjadi-jadi pula. Berikutan dengan itu banyak perubahan yang telah berlaku. Antaranya adalah perubahan jadual kerja, perubahan cara hidup, perubahan rutin harian dan perubahan cara riadah dan hobi. Semua berubah serta merta. Pasal perubahan ini tidak menjadi satu masalah besar bagi saya cuma hasilnya yang tidak memuaskan dan berada dalam keadaan parah sekali membuatkan saya bertambah kelam kabut.

Seperti yang ramai ketahui, saya sangat menggemari aktiviti yang berkreatif dan inovatif. S
aya juga minat dan ada bakat dalam art dan pelukisan. Semua ini berkaitan dengan cara kehidupan saya. Malah ianya sumber pendapatan saya. Namun jika ianya terganggu dengan masalah-masalah tadi, ianya memberi impak yang sangat besar. Ia mengganggu kelancaran perjalanan sebelum ini.

Apabila terjadi pelbagai masalah ini, timbul pula seribu satu perasaan. Yang paling utama sekali adalah pengorbanan.

Jadinya saya menjadi serba salah dan tidak keruan waktu itu. Manakan tidaknya, semua kerja, tugasan, aktiviti harian telah berubah. Saya pula bukan jenis orang yang multitasking. Kena pula kerja yang banyak dan banyak belum siap. Pendek kata semuanya saya perlu tanggung.

Dahulunya saya ada rakan niaga pun seperti sama juga. Malah tugas yang tidak sepatutnya saya buat, terpaksa saya yang lakukan juga. Jadi saya terlalu sukar untuk menyiapkan tugas walaupun tugasan telah pun dibahagi-bahagikan. Apa yang saya perlukan waktu ini adalah, orang yang boleh buat kerja dokumen, orang yang boleh menghantar atau pos barang pelangan, orang yang menyelia bahagian marketing dan orang yang boleh buat kopi ketika saya memerlukannya.

Disebabkan ini tugasan seperti pos barang menjadi lambat, tarikh kursus terpaksa ditangguh berkali kali, produk ebook banyak tak siap, R&D tak terbuat buat lagi dan macam-macam lagi. Semuanya atas bebanan saya. Namun begitu semua itu Insyaallah akan lancer sekiranya pembahagian kerja dan tugas dilakukan dengan baik. Tugas utama saya menjana idea, menghasilkan produk dan membuat R&D. Tapi sekarang saya perlu buat kerja marketing, sale, pembungkusan dan courier, kawal kewangan dan menjadi admin. Yang mana sepatutnya itu bukan tugas utama saya. Bila ini berlaku, tugasan saya mula terganggu dan terabai. Atau sebaliknya.

Sampai sekarang saya masih belum menjumpai satu team yang benar-benar bekerja demi tugasan masing masing yang diberikan. Sampai masanya nanti saya mungkin akan bekerja makan gaji semula sebagai kerjaya utama dan manakala bisnes menjadi kerjaya sampingan semula. Wallahua'lam.

Apa pun saya redha atas ketentuanNya dan sentiasa bersyukur.

Catatan popular daripada blog ini

Konsep free energy

Mungkin ada yang salah anggap apabila dikatakan free energy di mana tenaga yang dijana adalah percuma semata-mata tanpa perlu penambahan dan juga perlu mengeluarkan kos untuk menghasilkan tenaga percuma tersebut. Inilah yang dikatakan free energy. Rata-rata yang beranggapan free energy sama seperti kaedah solar panel yang menyerap cahaya matahari untuk menghasilkan tenega elektrik secara percuma. Begitu juga dengan kaedah tenaga angin melalui pemusingan turbin generator yang dipasang di tempat yang berangin tiup kuat. Bagi aku semua kaedah tersebut masih belum 100% free energy kerana ia memerlukan sokongan untuk mencapai jumlah tenaga yang diperlukan. Setelah lama aku membuat pemerhatian dan juga beberapa ujikaji serta teori berkaitan dengan free energy, ianya 100% boleh dilaksanakan. Tetapi ianya seolah-olah sukar untuk dilasanakan atau dijadi kenyataan. Ia bersangkut paut dengan sensitiviti pihak-pihak tertentu. Sebagai contohnya seperti terciptanya kenderaan elektrik atau kenderaan

Litar converter dan inverter

Bismillah... Assalamualaikum. Salam ceria. Adakah anda tahu akan litar inverter dan litar converter. Ok baik, kali ini saya sentuh bab agak advance sikit. Kepada yang baru mula belajar atau baru kenal komponen bab ini anda boleh baca dan ikuti. Jika anda sukar untuk faham itu tidak mengapa. Ini adalah sambungan dari topik solar panel sebelum ini. Persoalannya bolehkah solar panel yang bersaiz kecil berupaya untuk cas bateri yang mempunyai nilai volt yang tinggi seperti 12 volt? Jawapan saya adalah boleh. Bagaimana caranya? Dengan penambahan litar converter. Apakah litar converter dan inverter? Ada pelbagai versi jawapan. Saya akan terangkan dan anda boleh nilaikan sendiri. Litar converter berfungsi menukar nilai voltan masuk kepada satu nilai tertentu pada keluaran. Contoh voltan masuk 5 volt, keluaran pula 10 volt. Contoh lain, voltan masuk 8 volt dan keluaran pula 4 volt. Voltan biasanya adalah DC atau arus terus. Ada juga litar converter yang berfungsi menukarkan voltan positi

Selepas 2 Bulan, Inilah Hasilnya...

Assalamualaikum. Salam ceria. Kali ini saya ingin sharing sedikit mengenai system aquaponic dengan solar energy system yang telah saya hasilkan dan dibina melewati 2 bulan lalu. Tiada apa yang menarik perhatian jika rakan-rakan seorang yang biasa-biasa saja. Apa yang saya telah hasilkan ini memang nampak biasa saja. Setakat system akuaponik dan kemudian ditambah pula dengan system solar energy. Rata-rata orang akan katakan biasa-biasa saja. Ok, tak mengapa. Perkara kecil saja. Jadi pada kali ini saya berhasrat untuk berduskasi mengenai system solar energy ini secara terperinci. Yang mana maklumat yang saya ceritakan ini mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan panduan untuk yang memerlukannya. Hasil setelah dua bulan saya menguji system ini tidak mengecewakan. Ingat. Saya bukan nak menjual produk tapi sekadar menceritakan spec tentang system ini. Secara asasnya untuk membina satu system solar power memerlukan beberapa perkakasan penting. Jika pergi ke mana-mana perkakasan atau aks