Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Kebaikan di dalam Habbatus Sauda

Siapa yang boleh nafikan kebaikan di dalam Habbatus Sauda yang boleh di dapati dalam pelbagai bentuk persediaan makanan. Terutama sekali untuk makanan kesihatan. Ia bukan sekadar sumber ubat malah sebagai makan tambahan untuk menjaga kesihatan badan bagi pengamalnya. Habbatus Sauda atau jintan hitam ini sudah lama digunakan beribu-ribu tahun lamanya dan amat popular pada zaman piramid Mesir dahulu. Jadi kini bukan punca dari orang kat piramid dulu mengamalkan jintan hitam yang menyebabkan kita ikut juga mengamalkannya tetapi atas dasar kebaikan dari jintan hitam ini. Sesungguhnya Allah menjadikan Habbatus Sauda ini untuk umat manusia menggunakannya sebagai jalan kebaikan kepada kesihatan manusia. Aku sendiri pun sudah lama mengamalkannya. Untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah dari pelbagai penyakit.