Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Bermula dari 9 tahun dulu. Menjadi dari 7 tahun dulu

Assalamualaikum. Salam ceria lagi. Kali ini berkisarkan tentang alat pengesan logam yang sudah lama saya buat sejak dari tahun 2006 lagi. Bermula dari tahun itu saya masih lagi dalam proses menghasilkan idea-idea untuk untuk menghasilkannya. Ianya bermula selepas seorang kawan memberi cadangan untuk saya hasilkan satu alat pengesan yang boleh mengesan logam atau yang utamanya adalah emas. Memang tak terfikir pun pada masa itu nak hasilkan alat seumpama itu. Tapi atas desakan kawan, saya cuba hasilkan juga. Saya ambil masa setahun untuk membuat sedikit kerja seperti membelek-belek, menguji litar, mencari bahan-bahan dan membuat aplikasi stimulasi. Selepas setahun, prototaip pun telah siap dan masanya untuk menguji. Pengujian di dalam lab kerap dilakukan. Hanya pengujian di tempat sebenar belum dilakukan. Proses menghasilan prototaip pertama ambil masa yang agak lama sebenarnya. Ini mengambil kira kos dan masa yang terhad sebab pada masa itu saya masih kerja makan gaji lagi. Tiba m

Dah Mula Free nak bagi Ilmu...

Assalamualaikum. Salam ceria. Dalam waktu ini, saya masih membuat survey dan sedikit penilaian mengenai kursus dan bengkel yang tidak lama lagi diadakan. Hanya tinggal pengunguman tarikh dan masa sahaja. Namun begitu saya tidak mengharapkan sesuatu yang tinggi pada kursus kali ini. Untuk permulaan ini saya lebih cenderung kepada menyampaikan ilmu agar ianya sampai dan berjaya. Pra pendaftaran masih dibuka lagi. Tidak kisah seberapa ramai yang membuat pendaftaran, sebab yang hadir juga belum tentunya 100%. Oleh sebab itu saya akan tentukan tarikh yang sesuai dan bilangan perserta juga saya tidak ambil terlalu ramai bagi membolehkan saya memberi lebih tumpuan kepada setiap peserta. Maksimum peserta untuk satu sessi adalah 10 orang sahaja. Untuk kursus kali ini, bagi saya ianya agak mencabar sedikit berbading yang sebelum ini kerana isi kandungannya yang agak berat dan banyak penambahan dilakukan. Tambahan pula dengan jemputan kursus in house, silibus dan isi kandungan perlu diubah