Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Serabut kelapa atau kepala?

Buat masa ini saya agak sibuk dengan membuat persediaan untuk beberapa projek dan kerja. Memang agak sibuk sehingga agak serabut dan kucar kacir. Ada sesetengah orang kata tak elok buat banyak kerja pada satu masa. Lagi pun saya ni pun bukanlah dari jenis multitasking. Banyak yang serabut. Cara terbaik buat satu-persatu. Atau pun ikut nasihat dari otai Dr Irfan Khairi adalah dengan membuat satu tugasan dan kemudian jika terasa serabut, tinggalkan tugasan tadi tu dan buat atau sambung tugasan lain pula. Tujuannya tak nak bagi rasa bosan. Tapi semua tu kena pandailah untuk mengendalikannya. Buat pengetahuan rakan-rakan dan sahabat semua, buat masa kini saya sedang membuat persediaan untuk kursus-kursus akan datang. Ada empat kursus yang akan saya kendalikan. Tapi bukanlah pada satu masa. Ianya terbahagi kepada beberapa hari atau tarikh yang akan disusun. Namun begitu bukan mudah untuk melaksanakannya. Bukan seperti sebelum ini yang mana kursus yang saya kendalikan agak simple dan strai

Masih lagi takut

Jika diikutkan seperti dulu-dulu memang saya akan buat mengikut apa yang terlintas di dalam fikiran. Apa saja yang terlintas pasti ada saja kerja yang akan dilakukan. Sehinggakan pada masa itu orang akan katakan saya jenis orang yang kreatif. Persepsi orang lihat kita lakukan sesuatu yang terlalu kerap dan juga agak berlainan tidak sama seperti orang biasa-biasa. Mereka menganggap ianya kreatif. Ada juga yang lain melihat kreativiti dari suduh pembuatan dan penghasilan sesuatu benda. Dahulunya saya kreatif berkarya. Dari menghasilkan satu-satu barang sehinggalah menjadi seorang pelukis. Pelukis potret, pelukis kartun, pelukis batik dan macam-macam lagi. Semuanya itu saya berada di dalam proses pembelajaran. Apabila minat, kita teringin untuk melakukan sesuatu. Bergantung kepada keinginan, hasil yang terjadi apabila sesuatu kerja dilakukan dilihat kepada seni rentak kerja yang dibuat. Jika hasilnya pelik dan mengagumkan, ia dipanggil kreatif. Tapi, jika pelik pun dan tidak berguna, ia

Sama Tapi Tak Serupa

Antara perkara yang membuatkan saya benar-benar rimas adalah apabila projek yang saya hasilkan tiba-tiba tidak menjadi. Bayangkanlah sudah lebih lima tahun mengadap projek yang sama dan hampir beratus-ratus kali ianya berfungsi dengan baik. Secara tiba-tiba pada satu hari, projek tersebut tidak berfungsi. Apabila kita sudah faham akan kendalian dan selok belok sesuatu benda, pasti kita dapat tahu apakah puncanya masalah yang berlaku sekiranya ianya rosak. Sebelum ini pun pernah juga rosak dan tidak berfungsi, tapi dengan cepat sudah tahu di mana dan apa punca masalahnya. Dan perkara tersebut sentiasa berulang-ulang hampir setiap hari selama 5 tahun. Jadi, apakah yang menyebabkan saya buntu baru-baru ini sehingga tidak tahu apakah punca masalah sebenarnya. Sehinggakan tidak tahu apakah cara lagi untuk menjejak masalah tersebut. Sedangkan sumber rujukan asal juga masih tidak dapat mengetahui puncanya. Tambahan pula hanya saya sahaja yang mengetahui kendalian projek tersebut. Cerita

Antara Research dan Talk

Memang ada kaitan antara dua perkara seperti tajuk di atas ni. Kedua duanya memang berkaitan. Selepas saya selesai buat research, saya akan bagi talk. Memberi atau memindahkan ilmu secara formal atau tidak formal. Jika secara formal memang dok dalam kelas. Apa pun saya tak kisah dapat apa yang ada. Sedikit keuntungan untuk lepas belanja makan minum pun sudah ok. Jauh sekali nak dapat penghargaan atau ijazah kedoktoran atau sebagainya. Walaupun buat research sendiri, seolah olah mereka berkata saya syok sendiri. Yes... memang saya syok sendiri dan pada masa yang sama saya sebarkan apa yang saya temui dalam penemuan kajian saya. Jika dilihat pada blog saya atau mana-mana blog yang saya ada, tiada pun satu hasil research yang saya dedahkan. Ye memang benar. Saya suka sampaikan depan-depan pada orang ramai. Saya lebih suka mata bertentang mata, walaupun saya tak suka bermain mata. Hehe Mana yang faham dan pernah ikuti saya sebelum ni memang tahu apa yang saya buat. Bukan saja su

Meletup, terbakar dan hangus

Apabila masa untuk membuat satu eksprerimen, memang ada pelbagai perasaan yang timbul. namun begitu ianya bergantung kepada mood juga. Kalau mood tak ok, maka kerja pada hari itu memang teruklah. Sudah banyak kali berlaku. Kena pula time badan dan tua ni, macam-macam sakit yang dapat. Sejak minda dah mula ok ni, saya sudah mula aktif. Dan benda-benda yang kurang faedah pun dah mula tinggalkan. Bak kata sorang ustaz, kalau nak dapat lebih masa, tinggalkan segala gajet. Tinggalkan semua benda yang sia-sia. Ya, memang benar kenyataanya. Tapi itulah. Manusia ni mudah pula. Bila dah senang sikit lupa asal usul. Lupa kepayahan lama. Memang saya sukan buat eksperimen. Kalau ada dana lagi banyak eksperimen yang saya akan lakukan. Tak kira apa pun asalkan ianya bermanfat. Bila dan banyak buat eksperimen dan banyak pula kejayaan, saya akan sampaikan dalam kursus atau bengkel saya. Sama ada berbayar atau free. So sekarang ni nak bagi free susah sikit sebab banyak benda nak tanggung. Nak cakap

Mula RnD semula

Assalamualaikum. Salam bertemu kembali setelah lama saya menjalani brain training, brain storming, brain clearing, kini saya kembali semula setelah beberapa kali percubaan gagal untuk muncul. Harap usaha kali ini akan membuahkan hasil. Maaf di atas kecelaruan yang telah berlaku semala ini. Saya seperti hilang identity. Seolah olah tak kenal siapa diri saya ini. Disebabkan itu, saya menjadi hilang panduan dan arah tuju yang selama ini saya tidak begitu. Nampaknya masih banyak kelemahan yang saya ada. Dan saya perlu banyak belajar dari masa ke semasa atau pun proses pembelajaran perlu diteruskan tanpa henti. Siapalah saya ini. hanya manusia  biasa yang selalu membuat dosa dan kesalahan. Namun jika tidak diberi peluang seterusnya, maka saya akan tiada arah tuju dan tiada apa yang boleh saya lakukan. Jika diberi peluang semula, maka saya akan berusaha semula mencari jalan lain. Mencari penyelesaian lain. Saya tahu ramai yang tention pada saya. Dan saya yakin mereka tidak tahu hal yan