Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Kerja yang tidak terancang

Baru-baru ini aku agak kelam kabut sikit atas beberapa sebab. Sehinggalah banyak appointment aku tergendala dan terpaksa dibatalkan. Ini berkenaan dengan hal tanah aku kat Johor yang terpaksa diuruskan secepat mungkin. Bermakna urusan tanah lebih penting dari urusan lain pada hari tersebut sebab ia melibatkan peluang. Jika tidak, peluang akan terlepas. Dan aku akan rasa menyesal pula nanti. Oleh itu segala urusan yang aku buat untuk temujanji pada hari itu terpaksa dibatalkan serta merta, manakala urusan tanah ini pula aku ketahui last minit. Begitulah halnya seperti yang lain-lain hal sebelum ini. Sudah banyak kali aku melalui perkara seperti ini. Dan di situ memang memeningkan kepala kerana semua urusan adalah penting dan memberikan peluang. (apa pun itu semua urusan dunia). Jadi aku perlu fikirkan peluang untuk masa depan aku dan juga prioritinya. Akhirnya aku dapat kendalikan masalah ini dengan baik sekali. Alhamdulillah. Walaubagaimana pun ada juga peluang yang aku tidak perolehi

Tubuh kelab sendiri

Memang susah sikit aku ni nak buat benda-benda macam ni. Lebih lebih lagi kalau nak buat komuniti ni. Tapi atas desakan orang ramai dan juga member-member yang banyak bagi nasihat, akhirnya aku buka mata. Kalau nak ikutkan aku ni susah nak ikut cakap orang. Tapi kali ni aku buat bukan sebab ikut cakap orang tapi aku dah fikir masak-masak. Memanglah susah. Kalau nak ikutkan mana ada senang dalam dunia ni pun. Lagi pun Allah cipta kita untuk menghadapi cabaran hidup. Takde masa nak fikir benda senang-senang ni. Takut nanti lupa diri pulak. Bila kenang balik masa kat sekolah dan kat U dulu, aku memang aktif dalam berpersatuan atau pun kelab. Bukan sebab kelantangan aku berhujah ke apa, tapi sebab lain yang aku pun tak tau. Hanya orang lain yang boleh menilai diri aku ni. Oleh itu aku ambil keputusan untuk tubuhkan kelab rekacipta elektronik MyEnik secara tidak formalnya. Secara formalnya akan disusuli pada masa akan datang. Buat masa ini adalah dua tiga orang yang dah jadi ahli. Itu pun y

Hakcipta Terpelihara

Aku pernah ditegur oleh beberapa orang termasuklah member aku mengenai hakcipta. Bila sebut pasal hakcipta ni banyak benda yang bermain di fikiran.   Ada yang ingat SIRIM, ingat harta interlek dan macam-macam lagi. Bagi aku terfikir pula seperti   perebutan, ciplak, tiru, potong jalan dan mahkamah. Kenapa aku boleh fikir cam tu? Ada banyak faktor. Yang utamanya adalah sejauh mana hak cipta boleh dijaga dan adakah kepada semua orang yang berwajib boleh dipercayai. Pelbagai kaedah dan cara yang boleh kita ketahui. Terkenang masa aku pergi ke TPM dulu untuk membincangkan rekaan produk yang boleh dikomersialkan. Masa tu aku dengan Brader Jimi pergi ke sana untuk buat lawatan sambil mengintai peluang yang ada. Memang banyak peluang. Satu ketika semasa dalam perbincangan, aku dengan brader Jimi agak susah nak bercerita mengenai produk rekaan kami. Memang terlalu sukar dan tak boleh nak cakap. Sebabnya kami rasa tidak dilindungi. Apabila bercerita sahaja, orang akan tahu idea kami sedangkan

Aktiviti persatuan

Aku boleh dikatakan agak tenang sikit lepas menghadiri perjumpaan persatuan pada hari sabtu baru-baru ini. Terdapat beberapa agenda disamping buat demo produk-produk rekaan aku. (nampaknya ada orang dah sakit hati dengan rekaan aku ni...). Rata-rata para hadirin sangat berpuas hati dan banyak memberi komen dan harapan. Harapan yang dimaksudkan adalah pencapaian masa hadapan kelak. Mereka meletakkan satu imaginasi yang mana aku mampu menghasilkan sesuatu untuk orang lain dan yang pasti mata-mata diorang ni nampak simbol RM. He he he... Bagi aku tidak peduli sangat isu RM ni jika dibandingkan dengan kemajuan yang hendak dicapai. Cuma untuk permulaan ini RM itu penting bukan untuk mengenyangkan perut sendiri dan anak bini tapi atas tujuan pembangunan. Jadi aku agak berpuas hati walaupun hanya tunjuk demo saja. Tiada sale sebab mata aku takde simbol RM masa tu. Aku perlukan informasi mengenai produk yang aku reka dari segi kebaikan untuk orang ramai dan bagaimana ianya boleh membantu gol

Banyak cabaran banyak hasilnya

Dalam masa seminggu sebelum ni aku agak sibuk dan peruntukan masa di online tidak sekerap sebelum ini. Ini kerana aku sedang sibuk dengan persediaan untuk satu projek besar-besaran. Sebelum ini untuk menjalankan projek ini agak slow sikit berbanding sekarang ini yang menampakkan tugasan yang terlalu banyak. Jadi masa untuk online di internet agak terhad. Bila waktu malam je boleh online dengan tenang tetapi ikut mood juga. Mood yang dimaksudkan adalah mengantuk atau pun tidak. Kalau dah mata mengantuk, memang tak boleh tahan. Kena tidur merehatkan badan untuk tugas keesokkannya. Aku agak sibuk dengan pelbagai tugasan projek sehinggakan masa makan yang tidak teratur dan adakalanya sampai lupa nak makan. Tapi solat tetap diutamakan. Mengaji pun ada masa juga. Dalam tempoh seminggu yang lalu aku tidak sempat untuk berjumpa dengan para pelanggan dan juga orang yang ingin berbincang pasal projek. Biasanya elektronik la. Tugasan yang penting adalah setup produk baru dan juga penubuhan syarik

Duit atau Modal adalah segalanya

Untuk merealisasikan impian atau cita-cita pada zaman sekarang ini memerlukan banyak pengorbanan. Salah satunya dalah soal wang ringgit. Atau pun kata lain adalah modal. Bila sebut pasal duit atau modal, ia memang boleh memeningkan kepala. Kerana tiada benda alah tu, kerja tidak menjadi. Atau pun kerja sekerat jalan je. Itulah hakikatnya pada masa ini. Ianya sangat penting. Soal duit atau modal adalah perkara yang utama. Jika tiada, maka tidak sempurnalah. Melainkan kita tahu cara untuk mendapatkan modal percuma. Apa pun susah juga nak dapatnya secara percuma. Sapa nak bagi? Bercerita pasal modal, aku pun rasa sakit kepala dan darah selalu naik je. Bukannya apa sebab banyak projek separuh jalan dan masih belum selesai. Sebabnya adalah modal. Modal untuk beli itu ini dan segala-galanya memerlukan modal. Semua projek aku memerlukan modal yang besar. Begitu juga dengan kerja R&D, ianya memerlukan modal yang besar juga. Segala-galanya memerlukan modal. Aku ni agak sentimental sikit dan