Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2008

Mula buat perubahan

Sepatutnya perubahan sudah lama dibuat. Bukannya baru sekarang ini nak bertindak. Tapi apakan daya sebab aku mampu merancang dan hanya Allah yang tentukan. Apa pun aku berusaha untuk merubah segalanya. Kemudian aku bertawakkal saja. Kini aku sudah mula untuk membuat perubahan dari pelbagai sudut terutama sekali pada perancangan perniagaan. Cadangan aku untuk bekerja dan berkhidmat untuk oranga lain mungkin terpaksa ditangguhkan. Atau dihentikan. Bro Jimi pun sudah mula nak sibukkan diri untuk mencari pembiaya untuk projek aku dan dia dan Shahrul nanti. Projek besar-besaran. Harap pulangannya nanti menjadi jutaan. Insyaallah. Bak kata Bro Jimi, jika kita tak cuba pasti kita tak tau. Biar jatuh ke atau tersungkur sekali pun. Yang penting kita ada usaha. Bila sentuh bab usaha ini bukanlah seperti menadah diri untuk jatuh tersungkur dengan sengaja. Aku bercerita yang melibatkan usaha disertakan dengan perancangan yang betul. Dulu lagi aku pernah buat semua ini dan hasilnya sangat teruk. Se

Selamat Datang 2009, Bye bye 2009

Tahun 2009 akan datang tidak lama lagi. Mankala 2008 akan blah begitu saja sambil membawa kenangan-kenangan pahit dan manis. Bagi aku yang dah berlalu tetap akan berlalu. Tugas seterusnya membuka buku baru dan perancangan baru. Bagi aku tahun 2008 ini banyak kenangan suka dan dukanya. Susah nak dilupakan dan digambarkan dengan perkataan. Apa yang berlaku aku ambil sebagai kenangan dan pengalaman untuk mematangkan lagi diri aku ni. Masih banyak lagi kelemahan yang perlu aku selindungkan dan perbanyakkan kebaikan dalam diri. Untuk perancangan tahun 2009 ni banyak benda yang aku akan buat perubahan dari segi perancang perniagaan. Kini aku panggil balik aku punya partner iaitu Shahrul. Kini dia masih bekerja dan aku akan panggil semula untuk mentadbir perniagaan aku bersama dia dahulu yang kini seolah-olah hidup segan mati tak mahu. Apa yang aku lakukan adalah mengadakan meeting dari pelbagai sudut untuk menaikkan semula MyEnik dan beberapa projek yang sudah sekian lama tersadai. Aku meman

Banyak benda yang rosak

Aduuuhhh... sekarang ni banyak betul benda yang rosak. Kamera digital aku rosak. Handphone aku ada patah sikit. Motor aku pun rosak. Barang yang aku baru buat pun rosak juga. Tapi bukan la rosak namanya kalau tak berfungsi dengan betul. Kira boleh dikatakan rosak juga la. Baru-baru ni aku ada buat beberapa sample untuk produk baru yang boleh dipasarkan. Tapi bagi aku masih belum boleh dipasarkan sebab proses terakhir masih belum sempurna. Apa benda proses terakhir tu? Proses terakhir adalah guna dan uji ketahanannya. Untuk proses tu maknanya aku kena guna sendiri atau bagi kat sesiapa yang aku nak untuk buat test. Jika ujian lulus maknanya produk tu yakin boleh dipasarkan. Tapi aku masih tercari-cari sapa yang layak untuk uji produk aku ni. Paling tidak pun dalam 10 orang je. Kemudian dapatkan maklum balas mengenai produk yang telah digunakan. 10 produk yang nak ditest tu akan diberikan percuma kepada 10 orang yang terpilih. Maknanya aku kena buat pemilihan 10 orang tersebut kecuali ak

Jaga kesihatan banyak cara

Pada kali ini aku nak sentuh sikit pasal kesihatan. Tapi jangan la korang fikir aku ni orang yang paling sihat dan menjaga kesihatan sepenuhnya. Aku macam orang lain jugak. Ada kalanya terlepas pandang dari segi menjaga kesihatan ini. Lebih-lebih lagi mengawal pemakanan. Kalau sentuh bab makan ni aku memang suka. Suka makan. Tapi tak la sekerap mana pun. Ada masa aku takde selera makan. Bila cakap pasal makan ia terlibat sekali dengan hal kesihatan badan. Makanan yang baik akan menjamin kesihatan yang baik juga. Tapi ada kalanya makanan juga boleh membawa musibah buruk. Jika ianya dimakan secara tidak terkawal dan berlebihan. Raya haji baru-baru ini seumpamanya sebagai contoh yang mana aku dijamu dengan hidangan daging-daging korban. Sedap tu memang sedap tapi kalau makan berlebihan akan mengundang padah kepada aku. Bila makan daging banyak-banyak boleh menyebabkan kepala aku pening dan rasa nak pitam. Darah tinggi la tu. Jangan tanya aku ada darah tinggi ke tak?! Apa pun memang aku ad

Pengalaman Guna Bio Aura

Sejak isteri aku jadi ahli untuk produk Bio Aura ni, aku ambil kesempatan untuk guna produk ini 100%. Apa guna kalau beli mahal-mahal tapi tak guna untuk sendiri. Lagi pun ramai orang kata ianya sangat manfaat jika digunakan selalu. Maklumlah aku ni banyak penyakit yang sedar dan yang tidak aku sedar. Kalau nak dilihat pada zahir aku memang orang akan kata aku ni tak berpenyakit sebab susuk tubuh badan yang sederhana. Cuma perut je nampak boroi kedepan. itu cerita dulu sebelum aku guna Bio Aura ni. Bukan niat nak promote supaya orang percaya cakap aku dan terus beli produk ni. Kuasa membeli atas tangan anda. Bukan nak memaksa. Isteri aku beli ni pun bukan kena paksa tapi atas sebab kebaikan yang terdapat pada Bio Aura. Lagi pun dalam tv pun dah mula cerita pasal Bio Aura ni. Rasa macam tak aci la kalau aku tak berkongsi pasal Bio Aura ni. Sebelum ini pun aku pernah guna penapis air tapi yang jenis biasa-biasa je yang guna 2 level penapis. Sebab aku guna kerana kualiti air kat rumah lam

Guna Kuasa Minda: Nampak Imej Misteri

Guna minda dan kemahiran mata. Kalau nak ikutkan hal-hal motivasi ni aku dah lama dah tinggalkan bidang tersebut masa kat sekolah dulu. Walaupun aku presiden, tapi macam tak jadi presiden pun. Ini gara-gara undi dan sokong membabi buta la ni. Last-last aku yang malang ni yang kena. Tolong jangan amalkan lagi cara tersebut. Rosak negara nanti. Pengalaman aku masa jadi ala-ala konselor tak banyak membantu pun. Tapi masih ada kalanya boleh membantu diri sendiri juga. Kalau tak digunakan selalu, lama-lama jadi lupa pulak. Dan aku memang minat dengan benda-benda macam tu. Lebih lebih lagi kalau yang melibatkan menguji IQ. Walaupun IQ aku tak la bagus mana pun, paling tidak pun EQ aku bagus la. Kalau main games pula suka yang menguji IQ. Cuba korang tengok pada gambar ni. Cuba klik untuk besarkan. (jangan klik dulu, baca arah selanjutnya dulu lepas tu baru klik gambar). Pada gambar itu kelihatan corak-corak dan warna-warna. Tapikan kalau korang terror, sebenarnya ada imej apa sebenarnya? Kor

Pengalaman Dulu Tiba Lagi

Sebenarnya aku dah lama serik dengan banyak benda-benda yang remeh temeh. Tapi semua tu memang dah selalu terkena pada diri aku sendiri. Setakat ini aku memang agak dan memang sibuk sangat dengan projek yang aku reka sendiri. Tak nampak sangat hasilnya sebab ianya berlaku dengan perlahan-lahan. Tapi satu perkara yang membuatkan aku serik dengan semua ini dan hampir-hampir aku putus harapan adalah masalah kesihatan. Puncanya sebab jadual yang tidak tersusun dengan sempurna. Ini menyebabkan aku banyak kali hampir jatuh sakit dan mengalami peredaran sistem badan yang tidak sempurna. Hasilnya amat menakutkan aku. Yang lebih menakutkan adalah kerana jantung hampir tidak berfungsi dengan betul. Aku ada kalanya bagaikan sudah hampir kepada kematian. Tapi bukan semudah itu aku menyerah kepada keadaan. Semangat aku perlu untuk melawan perasaan yang membuatkan aku hampir-hampir menempah maut semata-mata ingin merealisasikan impian aku sebagai seorang perekacipta. Siang malam aku pulun mengejarka