Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Misteri sakit jantung terjawab

Assalamualaikum. Salam ceria. Di bawah ini aku sertakan satu artikel mengenai masalah jantung yang berpunca daripada aktiviti yang sememangnya antara yang kurang sihat iaitu kurang tidur. Walaupun ianya antara sengaja dan tidak sengaja ianya boleh mengundang masalah seperti masalah kepada kesihatan jantung. Aku nak bercerita mengenai hal aku yang pernah merasai masalah ini. Puncanya adalah kurang tidur yang terlalu kerap sehinggakan tidak memperdulikan masalah kesihatan yang akan timbul. Setelah mengamalkan aktiviti kurang tidur, masalah seperti denyutan jantung yang tidak stabil dan adakalanya berdegup laju serta lemah mental, menyebabkan aku resah ketakutan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti dikejarkan ke wab sakit jantung. Mungkin kerja terlalu banyak dan perlu disiapkan cepat menyebabkan kita tidur lewat  sehingga ke pagi merupakan faktor kebiasaan tidur lewat. Kawan-kawan boleh baca artikel di bawah ini nanti dan semoga ambil iktibar agar sentiasa menjaga

Sebulan Sekali?

Assalamualaikum. Sebulan sekali ke? Takkan sebulan sekali je nak kena update blog? Nampak gayanya macam tu la... Jadi mana yang tahu tu boleh agak akan kesibukan aku dengan kerja dan tugas. Apa pun aku terlalu penat dan perlu buat dan susun semula perancangan dengan lebih baik lagi. Ok lah. Aku stop di sini. Saja nak test status guna tap dengan software baru. Insyaallah akan ada lagi update blog dalam masa singkat ini dan lebih banyak lagi. Terima kasih.

Menjawab persoalan

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum. Salam sejahtera dan salam ceria. Sudah begitu lama aku tak update blog ini dan juga beberapa blog yang lain. Ramai yang bertanya dan ramai juga yang memberi tanda tanya seolah-olah aku tiada idea untuk menulis di blog lagi. Tidak. Terlalu banyak cerita dan juga pengalaman yang boleh aku ceritakan. Tapi masa yang sangat terhad dan juga masih belum masanya lagi untuk aku bertindak. Masih menantikan punch line yang terbaik untuk aku bertindak. Untuk pengetahuan rakan-rakan yang ingin tahu ape projek aku sekarang ini dan apakah kerja-kerja yang aku uat sekarang ini sehinggakan aku tidak menyempat untuk update blog dan juga FB. Jika update FB pun hanya melalui handphone sahaja. Jadi ruangannya terhad untuk update dan cek status FB member sahaja. Jika ada yang hantar inbox atau sebagainya memang aku ketinggalan. Maaf bebanyak sebab aku tolak ke tepi. Sekarang ini aku masih melakukan R&D untuk projek yang tersenarai dalam permohonan dana u

Bukan senang nak bahagi masa...

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Kini sudah pun masuk fasa ketiga Ramadhan. Mana yang rajin bertandang ke rumah Allah untuk Tarawwih atau beriktikaf, saya doakan semoga Allah memberikan keampunan dan terhindar dari api neraka. Tidak kurang juga bagi mereka yang sibuk dengan persiapan untuk sambutan hari raya nanti. Sibuk tu sibuk juga dan harap-harap ianya memenuhi keperluan dan tidak berlebih-lebihan sangat. Aku biasa je. Apa yang penting adalah perubahan dalam diri kesan dari amalan puasa di bulan Ramadhan. Banyak pengajaran  dan ilmu yang diperolehi. Seperti orang lain juga dan terkena kepada diri sendiri juga, kesibukan urusan kerja memang tidak dapat aku elakkan. Tambahan pula perancangan sentiasa berubah-ubah. Bukan seperti orang lain yang mana perancangan yang diorang buat menjadi lancar dengan sedikit sahaja masalah. Atau pun apa yang dirancang itulah yang akan diterima hasilnya. Tidak macam aku, jika aku rancang A, akan berlakunya perancangan B sehinggakan menjadi C.

Masuknya 10 hari terakhir...

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Selamat datang Ramadhan dan selamat tinggal Ramadhan. Kini kita hampir memasuki 10 Ramadhan terakhir. Masuklah juga penggal ke tiga dalam fasa bulan Ramadhan. Jadi ape urusan kita? Terpulang kepada hak masing-masing. Mana-mana yang mengetahui amalan apakah yang seharusnya dilakukan pada 10 Ramadhan terakhir ini dan ada juga yang jahil atau buat-buat jahil. Jika dirasa ianya baik untuk kita maka lakukanlah amalan yang menjanjikan ganjaran besar dari Allah untuk Ramadhan ini.  Selamat beramal saya ucapkan kepada rakan-rakan semua yang rajin-rajin beramal soleh seperti bertadarus, membaca Al-Quran, bersedekah, tolong-menolong, beriktikaf 10 Ramadhan terakhir dan sebagainya. Aku di sini ingin menyusun ampun dan maaf di atas kesilapan dan kesalahan aku kepada rakan-rakan sekelian yang tak sengaja mahupun yang disengajakan. Maaf juga kerana terlalu awal untuk aku memohon kemaafan melalui blog ini kerana takut takde masa lagi nak update blog selepas i

Tawaran produk

Assalamualaikum dan salam ceria. Bermula dari 19/08/2011, produkreatif menawarkan penjualan produk Pengesan Logam BFO terhad kepada 5 unit pada harga RM400 seunit. Dengan setiap pembelian akan dapat seunit alat Pengesan Logam Pin Pointer yang berharga RM89 seunit. Kos penghantaran tiada dikenakan. Oleh itu, tawaran terhad ini akan berlangsung sehingga 26/08/2011 iaitu pada hari Jumaat. Di mana pada hari tersebut adalah hari terakhir untuk urusniaga seperti proses pembayaran dan proses penghantaran (courier). Anda boleh rebut peluang terhad ini sebelum harga asal seperti biasa. Promosi juga akan tutup sekiranya stok 5 unit habis awal sebelum tarikh tutup promosi. Sila ke web site www.myenique.com/bfo.html untuk maklumat lanjut produk dan promosi. Anda diminta hubungi saya dahulu untuk pengesahan pembelian dan stok yang masih ada. p/s: selepas cuti raya produk ini akan kekal harganya (RM450) berikutan dikendalikan oleh pengurusan baru dari syarikat saya. :)

Sudah melepasi 1/3 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Sekarang ini kita sudah melepas 1/3 Bulan Ramadhan. Diharapkan rakan-rakan masih lagi mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna serta mengejar pahala dan keampunan dari Allah. Pada bulan puasa ini aku tidak banyak berada di lab besar dan office. Aku banyak meluahkan masa berada di lab di rumah aku sendiri. Ini memandangkan keadaan cuaca yang agak panas dan kering yang menyebabkan berlaku penghidratan yang cepat semasa berada di lab besar. Begitu juga dengan pembantu aku yang juga hanya mampu bertahan sehingga tengah hari sahaja. Kami akan berada di lab besar hanya untuk beberapa waktu sahaja. Kemudiannya kami akan balik ke rumah dan sambung kerja. Maklumlah lab belum pasang air condition lagi. Ada kalanya aku terpaksa juga datang ke lab besar atas urusan tertentu seperti temujanji dengan student dan pelanggan yang ingin melihat dan mengetahui produk dengan lebih dekat lagi. Pada masa kini pula aku terlalu sibuk dengan pelbagai kerja yang masih b

Selamat menyambut Ramadhan

Assalamualaikum. Salam ceria. Pertama sekali aku nak ucapkan selamat meyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak. Semoga kita semua dapat memperolehi pahala yang banyak dan merebut epluang ini untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh penghayatan keapda Allah. Bagi diri aku, bulan Ramadhan ada banayk makna. Ia membuatkan aku lebih bersemangat untuk menempuhinya walaupun pelbagai rintangan dan cubaan yang perlu dilalui. Ramahdan adalah penting bagi aku dan Syawal adalah waktu meraikan kemenangan dan kejayaan. Itu pun jika kita berjaya melalui Ramadhan dengan penuh penghayatan. Sebelum menghadapi Ramadhan ini aku terlalu sibuk dengan urusan dunia. Penuh dengan aktiviti kerja seperti melakukan R&D, membuat pemasangan produk, membuat temujanji, menghadiri meeting dan sebagainya. Itu tidak termasuk dengan urusan keluarga. Oleh sebab sibuk sangat, kesihatan aku tidak berapa bagus dan sentiasa penat yang melampau. Tambahan pula kesakitan aku yang dahulunya belum pulih sepenuhnya. Agak peli

Tragedi di sebalik tragedi

Assalamualaikum dan salam ceria. Alhamdulillah aku sudah boleh melakukan tugas-tugas harian dan juga kerja-kerja pada waktu ini. Setelah lama juga aku menghadapi saat-saat yang mengganggu tugasan harian aku yang selama ini terlalu banyak tertangguh dan juga ada yang terlepas. Apa pun bagi aku ada hikmahnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahuinya. Setelah beberapa minggu aku ada beritahu yang kesihatan aku sudah pulih, tetapi sebenarnya tidak. Kepulihan itu bukanlah 100%. Ini kerana adakalanya kesihatan badan aku sering terganggu on anda off pada waktu-waktu tertentu dan hari-hari yang tidak diketahui. Jika ia berlaku mengakibatkan banyak kerja dan tugasan tidak dapat dilakukan. Walaupun kesihatan selalu terganggu, meeting minggu tetap diteruskan. Tidak kiralah macam mana keadaan sekali pun. Tidak kira awal pagi atau sehingga tengah malam sekali pun, meeting tetap diteruskan. Ini bagi memastikan perjalanan syarikat berjalan dengan lancar atau sebaliknya. Baru-baru ini satu kejadian

Lamanya berehat

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam ceria dan ketemu kembali. Setelah sekian lama aku berehat dari kesakitan yang aku alami dan kini kesakitan sudah beransur pulih. Dengan kepulihan yang beransur ok ini, aku kini sudah mula melakukan tugasan yang sudah lama aku tinggalkan. Bermula dari xpdc ke Mersing lebih dua minggu lepas, aku telah mengalami masalah saraf seluruh badan secara mendadak. Kejadian tersebut memaksa aku dan beberapa geng yang turut serta ke Mersing terpaksa pulang awal. Kesakitan yang aku alami memang tidak terkira sakitnya sehinggalah berlarutan hampir dua minggu untuk aku menanggung derita sakitnya. Dalam tempuh tersebut, aku terlantar sakit, susah untuk bangun, berjalan dan yang paling parah adalah susah untuk menyuap apa-apa makanan. Hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja. Untuk menjamah sesuap nasi pun aku tidak mampu untuk menghabiskannya. Alhamdulillah setelah lama bersabar dan bertawakkal, akhirnya keadaan aku hampir pulih. Tanda-tanda positif sep

Fobia dengan karen...

Assalamualaikum. Salam ceria. Pada waktu ini aku berada di lab baru dan line internet yang baru saja masuk. Aku mengambil masa yang agak lama bersabar menunggu semua kemudahan ini diperolehi. Secara kasarnya, hampir semua kemudahan telah berjaya diperolehi dan dilengkapi. Namun masih ada lagi yang belum mencukupi sehingga dana baru diperolehi. Untuk tunggu dana memerlukan masa juga. Masa lama atau pun sekejap itu bergantung kepada beberapa faktor. Jadi aku akan teruskan bersabar dengan tawadoqnya. Bukan sabar duduk diam tapi sabar selepas melakukan usaha (kira tawakkal la tuh...). Jangan salah anggap pulak. Kalau dibaca pada tajuk di atas memang pelik sebab aku sememangnya fobia dengan karen atau elektrik. Tak kiralah elektrik kecil atau besar. Bagi aku sama aje. Pengalaman aku yang lalu-lalu menjadikan aku berfobia. Sehinggakan kalau aku nak buat test projek, macam-macam aksi yang terjadi. Berlarilah, melompatlah, menyoroklah, bergulinglah (lab baru sekarang ni lebih luas untuk

Alhamdulillah, selamat kembali lagi Insyaallah.

Assalamualaikum. Salam hormat dan selamat bertemu kembali di blog ini. Pertama sekali aku ingin ucap beribu-ribu kemaafan kerana sudah sekian lama aku tidak update dan upgrade blog ini dan beberapa blog lain lagi. Masalah kesibukan menjadi faktor utama aku tidak dapat memberi komitmen yang penuh terhadap perkara ini. Namun jika pun adanya masa, bukanlah perkara mudah untuk aku sesuka hati mengemaskini blog-blog dengan kata-kata yang mungkin lahir dari perasaan yang tidak keruan terhadap kesibukan kerja. Topik perbincangan dan tajuk cerita bukan menjadi satu masalah. Kalau diikutkan terlalu banyak tajuk cerita yang boleh aku terbitkan. Sejak sekian lama peninggalan aku ini, banyak sesuatu perkara, kejadian dan hal telah berlaku. Semuanya terjadi dan berlaku sehinggakan memberi pelbagai impak terhadap kehidupan seharian kita. Bagi kita yang prihati mungkin boleh menerima semua ini dangan hati yang terbuka. paling penting adalah menerimanya dengan positif. Ini kerana dengan kekuatan p

Tahun 2011 yang mencabar...

Assalamualaikum. Salam ceria kepada semua. Sudah masuk tahun baru 2011 ini banyak kenangan 2010 yang rasanya perlu dilupakan. Tinggalkan yang lama dan hadapi yang baru pula. Malas nak cerita kenangan yang lalu. Biarlah dijadikan pengalaman untuk panduan menghadapi kehidupan seterusnya. Cuma pada tahun ini aku tak nak komen apa-apa. Tak nak maki memaki orang (sebelum ni pun tak pernah buat pun). Apa yang penting aku ikut cara aku. Dan yang paling utama adalah ingat Allah selalu. Kalau ada masalah, ada kesulitan, minta panduan, minta saja kepada Allah. Insyaallah akan perolehi pertolongan. Tempoh ujikaji aku pada tahun 2010 sudah tamat. Pada tahun 2011 ini masanya untuk menuai hasil. Biarlah sebelum ini orang kata bukan-bukan pada aku dan kerja aku. Biarlah dahulunya aku rasa tak senang duduk, jantung bagai disentap, hati bagai dibakar, kepala bagai ditekan. Alhamdulillah, apabila mengadu kepada Allah, insyaallah boleh dapat jaminan. Tapi bukanlah bermakna tahun 2011 ini aku relax je