Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Fobia dengan karen...

Assalamualaikum. Salam ceria. Pada waktu ini aku berada di lab baru dan line internet yang baru saja masuk. Aku mengambil masa yang agak lama bersabar menunggu semua kemudahan ini diperolehi. Secara kasarnya, hampir semua kemudahan telah berjaya diperolehi dan dilengkapi. Namun masih ada lagi yang belum mencukupi sehingga dana baru diperolehi. Untuk tunggu dana memerlukan masa juga. Masa lama atau pun sekejap itu bergantung kepada beberapa faktor. Jadi aku akan teruskan bersabar dengan tawadoqnya. Bukan sabar duduk diam tapi sabar selepas melakukan usaha (kira tawakkal la tuh...). Jangan salah anggap pulak. Kalau dibaca pada tajuk di atas memang pelik sebab aku sememangnya fobia dengan karen atau elektrik. Tak kiralah elektrik kecil atau besar. Bagi aku sama aje. Pengalaman aku yang lalu-lalu menjadikan aku berfobia. Sehinggakan kalau aku nak buat test projek, macam-macam aksi yang terjadi. Berlarilah, melompatlah, menyoroklah, bergulinglah (lab baru sekarang ni lebih luas untuk