Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

AirCond elektrik FREE

Assalamualaikum. Salam Bertemu kembali. Sejak-sejak ini, saya sudah banyak memberi artikel dan selalu update blog. Namun blog yang paling ketara adalah blog RnD ini. Sebabnya saya dalam perancangan untuk menghasilkan banyak idea produk dan cuba mencari dana bagi menampung kos RnD saya dan grup. Selepas cerita mengenai saya masuk dalam akhbar Berita Harian (10 tahun dulu akhbr Metro), saya dicari oleh Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri. Namun urusan tersebut telah diuruskan oleh ahli grup yang dilantik sebagai PR. Ia ditugaskan untuk menguruskan semua perbincangan dan keperluan yang dikehendaki. Namun tidak semua urusan perancangan akan berhasil dan memperolehi kejayaan. Apa pun terima kasih kerana ada pihak yang sudi membiayai saya terutama sekali bayaran kos pengiklanan. Kini saya masih mencari dana. Saya memerlukan pihak yang boleh memberi dana untuk menanggung kos RnD saya dan seterusnya mencipta kejayaan. Pengalaman saya pernah membuat permohonan kepada ban

Selepas 2 Bulan, Inilah Hasilnya...

Assalamualaikum. Salam ceria. Kali ini saya ingin sharing sedikit mengenai system aquaponic dengan solar energy system yang telah saya hasilkan dan dibina melewati 2 bulan lalu. Tiada apa yang menarik perhatian jika rakan-rakan seorang yang biasa-biasa saja. Apa yang saya telah hasilkan ini memang nampak biasa saja. Setakat system akuaponik dan kemudian ditambah pula dengan system solar energy. Rata-rata orang akan katakan biasa-biasa saja. Ok, tak mengapa. Perkara kecil saja. Jadi pada kali ini saya berhasrat untuk berduskasi mengenai system solar energy ini secara terperinci. Yang mana maklumat yang saya ceritakan ini mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan panduan untuk yang memerlukannya. Hasil setelah dua bulan saya menguji system ini tidak mengecewakan. Ingat. Saya bukan nak menjual produk tapi sekadar menceritakan spec tentang system ini. Secara asasnya untuk membina satu system solar power memerlukan beberapa perkakasan penting. Jika pergi ke mana-mana perkakasan atau aks

Impak Maksima Terkesima

Assalamualaikum. Salam bertemu kembali. Semoga rakan-rakan semua ceria hendaknya. Kali ini saya ingin berduskusi mengenai perihal kekalutan. Semua orang pernah merasai kekalutan. Bezanya sama ada sedikit atau pun banyak. Kekalutan terjadi bergantung kepada situasi keadaan. Ia juga bergantung kepada kerja yang kita lakukan. Jadi apakah kekalutan ini adalah satu hal yang baik untuk kita atau sebaliknya. Dalam usaha saya melakuka kerja RnD dengan pelbagai macam produk untuk diuji dan dibangunkan, kekalutan sering terjadi sekiranya hal-hal yang tidak diingini berlaku. Namun begitu, kita bukan menghendakinya dan sudah tentu kita tidak mahu justeru kita mengelak sekeras mungkin. Kekalutan menyebabkan kerja menjadi tidak terurus dan seterusnya ia menjadi tidak normal. Akhirnya kita gagal. Itu bagi sesetengah keadaan yang mungkin berlaku kepada kita atau orang lain. Namun ada juga kekalutan menjadikan keadaan bertambah positif. Bukan bermaksud kekalutan itu perihal yang positif. Cuma ia

Produk dibuat macam nak gila...

Selamat hari raya maaf zahir batin. Mood raya masih ada lagi. Sekiranya saya ada salah dan silap harap maafkan kesalahan saya. Kali ini saya ingin bercerita sedikit mengenai produk terbaru saya yang baru saja saya siapkan. Siap sahaja produk ini saya telah lancarkan jualan secara kecil kecilan dahulu. Yang mana saya jual kepada kawan-kawan dan kenalan saya saja. Jualan untuk orang awam masih belum lagi dibuka. Namun begitu belum sempat dibuka jualan lebih besar lagi, produk baru ini telah diceritakan di dalam surat khabar Berita Harian. Produk ini biasa saja. Tapi dengan fungsi yang pelbagai dan terdapat tambahan fungsi yang istimewa, produk ini menjadi perhatian akhbar. Produk yang saya maksudkan adalah beg solar power mudah alih. Kalau dah namanya beg sudah tentu ianya mudah alih. Jadi fungsi tambahan yang saya masukkan ke dalam beg solar ini adalah fungsi Tesla. Jika anda tahu, tesla itu adalah nama orang. Tesla dahulunya seorang perekacipta yang telah mencipta banyak idea ino