
Dengan kemudahan yang ada sekarang ini saya lebih banyak memperbaiki dan menambah silibus yang ada di dalam kursus-kursus tersebut. Manakala kali ini juga semuanya adalah terbuka. Yang mana dahulunya agak tertutup dan ada juga yang tidak ramai ketahui. Macam nak buat kursus rahsia-rahsia pulak kan?
Untuk kursus membina alat pengesan logam atau metal detector ianya agak rumit sekali. Dalam masa sehari mungkin agak ketat waktu yang diperuntukkan untuk menghasilkan satu alat yang lengkap. namun begitu dengan teknik dan pengalaman saya membina alat pengesan logam dengan pelbagai jenis, Insyaallah kursus pertama ini akan berjaya. Ramai yang bersetuju dan ada yang tidak setuju dengan kursus yang saya buat ini. Takpelah... masing-masing punya pandangan. Apa pun saya cuba yang terbaik untuk peserta kursus dan diri saya sendiri. Pra pendaftaran masih dibuka sila ke www.myenique.com/kursus.html dan isi boring yang disedia. Kemudian anda akan diberitahu tarikh-tarikh kursus yang anda pilih kelak.
Kekangan masa dan kerja yang banyak belum beres membuatkan banyak kerja-kerja R&D saya tergendala. Dengan pekerja dan pembantu yang terhad memang agak susah juga nak kendalikan masa dengan betul. Ditambah juga dengan kos yang setiap hari meningkat membuatkan saya serabut sikit. Oleh itu dengan adanya hasil jualan produk dapatlah digunakan sedikit untuk melancarkan lagi perjalanan projek dan kerja R&D. Tidak lupa juga kepada para penyumbang yang baik hati memberi sumbangan demi melancarkan lagi projek saya sebelum ini.
Saya mengharapkan doa dan sokongan dari kawan-kawan dan sahabat semua bagi memudahkan urusan kerja saya, seterusnya dapatlah kiranya saya menunjukkan hasilnya nanti. Tunggulah akan hasilnya nanti. Nantilah sesuatu yang luar biasa. InsyaAllah.