Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2009

Bermula dengan jadual yang padat

Assalamualaikum... Salam sejahtera dan semoga anda sihat selalu. Aku mengambil masa yang agak lama untuk menyusun jadual bagi tugasan yang bermula awal tahun depan 2010. Setelah dibuat senarai ringkas terhadap tugas dan kerja aku, ianya agak padat dengan aktiviti seperti R&D dan juga persediaan untuk presentation tidak lama lagi. Bagi aku walaupun padat dengan pelbagai tugas, aku tetap akan membahagikan masa untuk hal-hal yang lain seperti bersama keluarga, balik kampung, bersosial atau berpesatuan dan beribadah termasuk sekali beriadah. Ini baru saja perancangan yang telah aku susun dan akan dilaksanakan untuk beberapa hari saje lagi. Perancangan tetap perancangan. Namun begitu ketentuan Allah adala segalanya. Apa yang berlaku selepas ini aku berserah dan tawakkal kepadaNya. Apa yang terjadi aku redha asalkan aku dah jalankan tugas dan tanggungjawab. Maksudnya aku taklah terlalu melenting kalau apa yang dirancang tu tak menjadi. Cuma aku perlu yakin dan bersabar. Insyaallah akan s

Peluang datang sekali

Jika peluang datang sekali disia-siakan, maka ianya adalah satu kesilapan besar. Ianya sangat merugikan kita dan orang yang benar-benar mengharapkan peluang tersebut. Tetapi jika disebabkan satu kesilapan kecil, mungkin masih boleh ditolak ansurkan. Namun jika kesalahan atau kesilapan tesebut amat besar dan sangat terang-terangan, maka memang patut pun peluang tersebut pergi meninggalkan kita. Jika orang bertanya pada aku berapa kali aku terlepas peluang? Aku katakan banyak kali. Ada yang aku terlepas dan ada yang sengaja aku lepaskan. Semuanya sebab alasan tertentu yang hanya aku saja yang tahu. Kaladangkala ada juga peluang yang kita harapkan tetapi terlepas disebabkan orang lain. Jadi mengapa kesan dari kesilapan tersebut patut kita tanggung? Mungkin kita tidak boleh terima. Dan mungkin juga kita sudah boleh meneimanya. Jika kita faham akan ketentuan dari Allah mungkin kita akan berasa selamat sentiasa walaupun ditimpa pelbagai kemungkinan. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Dan hikm

Idea yang terlaksana

Assalamualaikum... salam hormat dan ketemu kembali setelah lama aku tak update blog. Aku agak sibuk dengan perkara lain yang lebih penting untuk dilakukan. Termasuklah kerja harian. Selain itu seperti biasa adalah projek-projek lain yang buat masa ini sudah semakin kencang dan agak ribut sikit. Beberapa minggu yang lalu, sepanjang waktu tersebut aku telah melalui pelbagai peristiwa yang best sekali dan menjadikan ia sebagai pengalaman. Namun ianya adalah masa yang tidak dapat aku boleh lupakan. Diharapnya menjadi ingat setiap masa. Aku banyak menjelajah mencari dan menjumpai pelbagai jenis orang yang sememangnya begitu hebat di kalangan manusia. Siapakah mereka? Dari manakah mereka datang? Itu persoalan yang datang dari minda. Sejak balik dari Kelantan tempoh hari, aku banyak memikirkan idea-idea yang sangat bernas untuk dikomersialkan. Namun begitu ianya menjadi satu kesukaran kerana kos yang diperlukan semakin meningkat. Tambahan pula permintaan sangat mengalakkan. Oleh itu aku guna