Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Halatuju

Assalamualaikum. Salam ceria bertemu kembali. Agaknya post untuk blog ini setahun sekali kot.... sebab tu lama sangat tak keluar. He he he.... memang sekarang ini dan hari hari yang lalu aku berada dalam situasi busy. Sibuk dengan pelbagai urusan sehinggakan tidak dapat membahagikan masa untuk update blog. Bukan untuk blog ini saja tapi ada beberapa blog yang lain juga. Jadi nampak macam aku ni tak berapa pro pun untuk membahagikan masa dengan lebih pintar. Saat aku mengarang blog ini ketika di waktu orang lain sedang nyenyak tidur. Aku bukan tak boleh nak tidur tapi tergerak hati nak mengarang sesuatu. Jadi inilah hasilnya yang boleh ditatapi. Setelah sekian lama aku berada di dalam industri ciptaan aku sendiri sehingga kini, aku masih tertanya tanya halajutu apa yang aku telah rancangkan dan sediakan. Dah buat baru fikir halatuju, ada ke patut?

Turun dan naik

Assalamualaikum. Salam ceria dan salam bertemu kembali. Setelah sekian lama, akhirnya dapat juga aku update blog blog yang ada. Begitu jauh jarak masa yang diambil untuk aku update post baru untuk semua blog yang aku miliki. Nak dikatakan sibuk tu boleh la... tapi macam takde apa pun. Sibuk lebih cuma tak nampak hasil. Kalau ada hasil pun tak seberapa. Bukan nak merendahkan kebolehan tapi ianya satu hakikat. Satu kenyataan yang aku buat kerja tidak mendatangkan manfaat. Sebab kenapa ye? Sebabnya banyak. Cuma aku bukan nak mengatakan kelemahan yang ada, tapi aku akui memang aku lemah. Lemah mentadbir dan menguruskan sesuatu hal dan kerja. Sebab itulah salah satu sebabnya kurang berhasil dan salah melakukan tugas. Tapi itu dulu. Cerita dulu yang sepatutnya aku kena lupakan. Tapi aku mengheretkan semula untuk melihat dan menilai sesuatu perkara yang menimbulkan masalah. Pengalaman lama dijadikan sebagai alat pengukur kebolehan yang ada. Dijadikan sumber rujukan untuk selesaikan masala