Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

Litar converter dan inverter

Bismillah... Assalamualaikum. Salam ceria. Adakah anda tahu akan litar inverter dan litar converter. Ok baik, kali ini saya sentuh bab agak advance sikit. Kepada yang baru mula belajar atau baru kenal komponen bab ini anda boleh baca dan ikuti. Jika anda sukar untuk faham itu tidak mengapa. Ini adalah sambungan dari topik solar panel sebelum ini. Persoalannya bolehkah solar panel yang bersaiz kecil berupaya untuk cas bateri yang mempunyai nilai volt yang tinggi seperti 12 volt? Jawapan saya adalah boleh. Bagaimana caranya? Dengan penambahan litar converter. Apakah litar converter dan inverter? Ada pelbagai versi jawapan. Saya akan terangkan dan anda boleh nilaikan sendiri. Litar converter berfungsi menukar nilai voltan masuk kepada satu nilai tertentu pada keluaran. Contoh voltan masuk 5 volt, keluaran pula 10 volt. Contoh lain, voltan masuk 8 volt dan keluaran pula 4 volt. Voltan biasanya adalah DC atau arus terus. Ada juga litar converter yang berfungsi menukarkan voltan positi

Sekecil kecil Solar Panel

Bismillah... Assalamualaikum. Salam ceria. Bersua lagi pada kali ini saya suka ingin menyentuh mengenai solar panel. Sejak dari kecil lagi saya suka dengan tenaga. Tenaga elektrik, tenaga batin dan sebagainya yang berkaitan dengan tenaga. Begitu juga dengan tenaga ghaib seperti tenaga aura, tenaga batin, tenaga chakra dan ntah apa apa lagilah. Sampaikan benda benda seperti batu kayu juga menghasilkan tenaga yang disebut sebagai frekuensi. Frekuensi adalah getaran. Getaran yang terhasil menentukan identiti sesuatu benda. Apa saja benda di dalam dunia ini ada frekuensinya tersendiri. Begitu juga dengan diri kita. Frekuensi boleh menghasilkan tenaga. Tenaga pula boleh disebarkan kepada kita semua sebagai satu yang bermanfaat. Tenaga dari matahari memancarkan cahaya yang terang. Di dalam cahaya matahari terdapat beberapa frekuensi dan pelbagai bentuk cahaya. Antara yang kita tahu adalah infrared dan ultraviolet. Manfaat tenaga matahari memberi kebaikan kepada solar panel unt

Solar Guard untuk free elektrik

Bismillah... Assalamualaikum. Salam ceria. Sejak berkecimpung dalam bidang tenaga solar ni macam macam hal yang terjadi. Ada yang baik dan ada yang tidak baiknya. Yang baiknya saya dapat projek berskala besar yang pertama. Sebelum ini banyak projek yang kecil kecil saja. Untuk permulaan ini berlakunya sessi perjumpaan dan perbincangan sebelum memulakan projek. Dalam perbincangan tersebut banyak membincangkan kerja pemasangan solar power dan keperluan yang perlu diketahui. Kemudiannya diadakan sessi melawat kawasan iaitu pondok pengawal. Projek yang hendak dilaksanakan ini adalah pemasangan solar panel dan beberapa alatan di dalam pondok pengawal. Dimaklumkan sebelum ini, semua pondok pengawal tiada sumber tenaga elektrik kecuali pondok pengawal utama.  Oleh itu saya dan team ditugaskan untuk membuat pemasangan sistem tenaga solar. Bagi permulaan pemasangan ini, saya memilih untuk menggunakan sistem standard sedia ada. Maksudnya saya tidak menggunakan sistem rekaan