Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

Inovasi

Inovasi merangkumi pelbagai sektor yang boleh diperkembangkan mengikut bidang-bidang tertentu. Ramai yang tidak menyangka dan ada yang juga yang ketahui inovasi tidak tertumpu kepada satu-satu kelompok seperti ICT, mekanikal, elektronik dan sebaginya yang didedangri lebih popular. Sektor-sektor lain juga boleh termasuk dalam inovasi asalkan idea inovasi itu terhasil. Sektor lain seperti pertanian, industri pemakanan, sistem maklumat, sistem perancangan dan sebagainya yang jarang kita ketahui merupakan satu cabang inovasi yang sebenarnya sudah lama berkembang. Contohnya dalam sektor pemakanan merupakan bidang yang sangat pesat dari segi produk inovasinya sehinggakan quotanya sudah ke tahap maksimum dan dihadkan. Walaupun begitu pengeluarkannya sentiasa ada berbanding produk inovasi untuk sektor mekanikal, elektronik dan sebagainya. Aku sendiri pun tidak berapa faham akan konsep idea inovasi pada mulanya sehinggakan aku dapat memahami apakah maksud sebenarnya serba sedikit. Kalau nak dik

Kembali semula ke Lab

Kini aku kembali semula memerap di dalam lab office aku sendiri setelah sekian lama meninggalkannya. Tinggal bukan bererti berhenti atau pun tidak suka. Tinggal atas sebab aku nak buat kerja lain dulu dan nak upgrade sikit office lab aku tu yang dah macam baru lepas dilanda tsunami. Fikir je yang panjang berjela tapi tak buat apa-apa tindakan. Oleh itu aku bermula dengan serta merta. Kali ini aku buat semula dengan sungguh-sungguh setelah peristiwa pahit menyelubungi aku setiap masa. Ini dek gara-gara terlalu percaya dengan orang 100%. Jadi, kepala aku kenalah dipijak-pijak sampai lumat. Apa pun semangat aku pulih dah semula dan bersedia bertarung kembali. Tapi itu dah lama. Cerita lama dan aku malas nak fikir-fikir lagi dah. Kini aku ada ramai kawan dan ada team baru yang sudi membantu aku untuk menjayakan perancangan aku yang terdahulu. Hari minggu baru-baru ini, aku luang masa untuk berkemas semula lab office aku. Aku berhasrat untuk lepak semula di dalam lab office aku selepas bali

Video Blog

Aku kini secara senyap-senyap telah membuat editing video untuk upload di dalam youtube dan juga di dalam internet. Bukan untuk suka-suka tetapi atas sebab-sebab tertentu. Pada masa yang sama juga aku aka cuba mengarah beberapa short video clip sebagai tontonan semua untuk pembelajaran. Seperti pembikinan filem juga, masa adalah penting sekali. Jika tiada masa, sudah tentu agak sukar untuk menyiapkan tugasan video. Jadi seolah-olah aku ni banyak masa terluang. Sedangkan aku ada banyak kerja dan projek yang perlu dibuat. Tugasan video ini juga termasuk dalam isi kandungan tugasan yang sedang aku lakukan. Bagi permulaan ini mutu editing video mungkin tidak berapa bagus. Insyaallah lama-kelamaan diharapkan semakin ok.

XPDC ke Kelantan

Baru-baru ini aku dan team hardcore bersama-sama pergi ke Gua Musang, Kelantan untuk satu ekspedisi kajibumi yang mana segala kos perbelanjaan ditanggung sendiri tanpa sebarang sponsor. Kecuali dari saudara Amer dari Melaka (bos besar xpdc ini... tapi tak follow pun) XPDC bergerak dari KL jumaat pagi seawal 2 pagi menuju terus ke Gua Musang. Lokasi dipilih setelah survey dibuat beberapa kali sebelumnya. Oleh itu perancangan sebelum ini memang benar-benar terancang. Ahli kumpulan dianggotai seramai 5 orang yang mana setiap orang mempunyai tugasan dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Sepanjang perjalanan bermacam-macam pengalaman ditempuhi sehinggalah sampai ke destinasi yang dituju. Namun begitu, beberapa kilometer sebelum sampai ke lokasi, kami diberitahu bahawa terdapat banyak kawasan dinaiki air banjir. Ini kerana hujan yang berpanjangan sepanjang hari dan malam. Disebabkan kami sudah pun sampai, maka hasrat dan tujuan kami terpaksa diteruskan juga. Bagi aku hasrat ke sana adala

Konsep free energy

Mungkin ada yang salah anggap apabila dikatakan free energy di mana tenaga yang dijana adalah percuma semata-mata tanpa perlu penambahan dan juga perlu mengeluarkan kos untuk menghasilkan tenaga percuma tersebut. Inilah yang dikatakan free energy. Rata-rata yang beranggapan free energy sama seperti kaedah solar panel yang menyerap cahaya matahari untuk menghasilkan tenega elektrik secara percuma. Begitu juga dengan kaedah tenaga angin melalui pemusingan turbin generator yang dipasang di tempat yang berangin tiup kuat. Bagi aku semua kaedah tersebut masih belum 100% free energy kerana ia memerlukan sokongan untuk mencapai jumlah tenaga yang diperlukan. Setelah lama aku membuat pemerhatian dan juga beberapa ujikaji serta teori berkaitan dengan free energy, ianya 100% boleh dilaksanakan. Tetapi ianya seolah-olah sukar untuk dilasanakan atau dijadi kenyataan. Ia bersangkut paut dengan sensitiviti pihak-pihak tertentu. Sebagai contohnya seperti terciptanya kenderaan elektrik atau kenderaan

Bermula projek Research

Assalamualaikum... Aku update blog ini beberapa jam sebelum aku berangkat ke Kelantan untuk satu projek research yang aku rancangkan. Setelah bebarapa lama diperancangkan, kini baru boleh bergerak sedikit demi sedikit. Harapan aku selepas ini, aku dapat meluangkan masa sepenuh masa dengan projek aku ini. Nampak gayanya aku sudah ada payung yang boleh memberi suntikan untuk projek aku ini. Pada mulanya agak slow dengan sessi pengenalan yang tidak berapa tersusun sehingga semua pihak berjaya memahami apa yang diterangkan. Ini berpunca dengan setiap pihak inginkan satu matlamat yang hendak dicapai. Lagi pun aku berurusan dengan orang yang agak gila pemikiran mereka. termasuklah diri aku sendiri. Lokasi pertama adalah Kelantan walaupun pada waktu ini agak tidak sesuai untuk ke sana kerana keadaan cuaca yang tidak berapa baik. Tetapi setelah beberapa kali buat survey dan terdapat wakil dari sana yang boleh beri jaminan baik untuk ke sana, jadi aku dan team bersetuju untuk ke sana. Sebagai