Translate

Rabu, 29 Julai 2015

Perancangan untuk R&D dan hasil produk baru

Assalamualaikum. Selamat hari raya AidilFitri.

Selepas cuti raya baru-baru ini, saya lebih sibuk dengan membuat persediaan lab baru yang telah berpindah di Area Kuala Lumpur. Persediaan tersebut sebenarnya sudah pun bermula dari awal bulan puasa yang lepas. Namun berlaku kelewatan sepanjang tempuh perancangan tersebut.

Segala alatan dan barang-barang keperluan lab dan pejabat dicari dari hari ke hari sehinggalah semua keperluan tersebut cukup seperti yang dikehendaki. Kekangan pada bulan puasa membuatan berlaku kelewatan seperti yang telah dirancangkan. Namun begitu bukanlah bermaksud saya menyalah bulan puasa punca berlaku kelewatan. Ini berpunca dari masa yang terhad. Tambahan pula jarak dari rumah saya ke lab agak jauh. Walaupun sebelum ini pun jarak lab saya lagi bertambah jauh di Melaka.

Untuk persediaan lab dan pejabat ini, saya mengambil sepenuh perhatian kepadanya. Ini bermaksud saya benar-benar menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga untuk menyiapkan kerja-kerja untuk membangunkan lab. Tambahan pula satu bilik kecil dijadikan kelas untuk mengajar dan untuk menjalankan kursus telah pun disediakan. Untuk permulaan ini banyak barang yang tidak mencukupi tetapi ianya sudah memadai untuk memulakan kerja dan aktiviti di tempat ini.

Sebuah pejabat yang mempunyai satu ruang lab dan juga bilik kursus telah siap disediakan. Insyaallah selepas ini saya adalah masa untuk membuat kursus pendek dan memberi seminar pendek mengenai pelbagai kursus yang menarik. Begitu juga dengan pelanggan yang datang akan diberikan layanan terbaik dengan membuat demo produk seperti demo cara guna dan pertunjukan paparan slide. Apa pun semuanya akan diberikan yang terbaik. Insyaallah.

Sebelum tersedianya semua ini, saya memang agak sibuk dan menghadapi pelbagai masalah serta tekanan. Untuk menaikkan sesuatu yang baru memang banyak sangat dugaan dan cabarannya. Pelbagai tekanan yang dihadapi. Namun saya hadapinya juga.

Pada masa yang sama juga saya banyak meminggirkan diri. Terutama sekali pada bulan puasa yang lalu. Menyibukkan diri dengan kerja baik pulih produk dan projek elektronik di dalam lab private saya. Pelanggan sudah lama menunggu produk yang masih belum sampai atau belum diposkan. Manakala ada beberapa pelanggan yang saya tolak tempahan produk disebabkan masa dan juga masalah teknikal yang dihadapi yang terlalu teruk.

Saya menghadapinya sendiri. Tiada siapa yang dapat membantu atas sebab produk-produk semua dari hasil kerja saya sendiri. Memang banyak yang tidak dapat membantu kerana masalah yang terlalu rumit. Dengan masa yang saya ada yang terhad, saya membahagikan masa antara rutin harian, urusan keluarga, urusan kerja baru dan lain-lain hal, sedikit sebanyak dapatlah ada masa yang terluang sikit untuk mengadap kerumitan yang masih belum dapat puncanya.

Dengan kesibukan inilah saya dengan sedikit demi sedikit terputus hubungan dengan dunia maya. Terutama sekali pada media sosial facebook, kemudian whatsapp dan weechat. Sampaikan telefon juga tidak pernah disentuh. Saya pada masa tersebut memang benar-benar memberikan tumpuan kepada mencari penyelesaian masalah yang dihadapi. Masalah teknikal yang belum pernah saya alami sebelum ini. Memang Allah menguji saya dengan menghadapi masalah rumit ini. Apa pun dengan kerumitan inilah saya agak agresif dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk mencari penyelesaian. Semua ilmu-ilmu yang pernah dipelajari digunakan. Namun masih belum temui jalannya. Cerita ini berlarutan sehingga ke hari raya.

Oleh yang demikian. Saya berniat dan berhasrat untuk menyelesaikan semua kerja yang tertunggak seperti penghantaran barangan kepada pelanggan yang masih belum dihantar atas sebab masalah teknikal yang sangat rumit dan pelik. Kemudian mempulangkan semula produk yang telah dihantar kembali untuk proses upgrade. Apa pun, produk yang dihantar balik untuk upgrade sebenarnya ada serba sedikit dapat membantu untuk menyelesaikan kerumitan yang berlaku. Produk lama digunakan semula sebagai sumber rujukan. Walaupun lambat mendapat punca, sekurang-kurangnya ianya membantu.

Tunggu sajalah saya kembali dan menjenguk semula media fb, whatsapp, weechat dan sebagainya. Insyaallah saya berjanji untuk pulihkan semua keadaan yang selama ini terlalu keruh berpunca daripada masalah teknikal produk dan saya menyendiri meyibukkan diri mencari penyelesaian masalah yang rumit.