Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

Tugasan projek bermula

Untuk jangka masa yang singkat ini aku terasa benar-benar sibuk antara kerja dan tugasan projek. Kedua-duanya perlu dilakukan serenak. Jadi aku terpaksa menjadi bijak membahagi masa dan tugasan kedua-dua perkara dalam masa sehari. Kemudian pada sebelah malam pula ianya disambung untuk tugasan lain pula. Walaupun begitu, waktu rehat perlu aku utamakan. Memandangkan aku perlu menjaga kesihatan badan keseluruhannya. Sekarang ini kerja di pejabat makin bertambah. Kemudian pada masa yang sama juga projek masuk. Ditambahkan lagi dengan rancangan lama kembali bergerak semula. Ianya seolah-olah ingin menduga aku samada aku pandai membahagi kerja dan tugasan atau tidak. Jika tidak, kegagalan juga yang aku terima. Mungkin juga salah satu punyanya sebab terlalu banyak tugasan yang aku tanggung dalam satu masa. Oleh itu tiada tumpuan penuh pada setiap tugasan. Pendek kata terlau banyak perkara yang terlepas pandang. Terlalu banyak masa untuk diluangkan untuk setiap tugasan. Terlalu banyak perhatia

Majlis Jamuan Raya KDN

Assalamualaikum... Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Dah lama sangat aku tak usik blog ni sebab sibuk dengan kerja-kerja di pejabat dan juga projek aku yang masih dalam pembikinan. Nak tunggu dana lambat giler. Harapkan dana untuk setup produksi produk inovatif. Aku dan Brader Jimi masih bertungkus lumus menyiapkan ape-ape yang patut. Agak kesian sebab aku juga dah lama tak jumpa brader Jimi. Hanya dapat berhubung melalui telefon saja. Ada cadang-cadang nak jumpa sebab nak bincang banyak perkara terutama sekali pasal produk inovatif yang kami rancangkan sejak dulu lagi. Slepas berbincang melalui telefon, kami setuju untuk buat beberapa lawatan ke kilang-kilang yang boleh menerima tempahan rekaan produk. Tapi selepas tu tak jadi pula sebab tukar rangcangan untuk lawat semula ke Technology Park Malaysia (TPM) untuk kali keduanya. Pasaran amat memberangsangkan selepas aku buat research pasaran dan beberapa kali buat survey. Ape yang pasti pelanggan tetap sudah ditemui. Cuma untuk m