Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2008

Traffic jam, otak jem

Baru baru ni saya ada pergi ke Segamat untuk ambil ubat anak kedua saya. Jauh juga perjalanan dari Kajang ke Segamat, Johor. Ikut perancangan saya akan ke sana ambil ubat dari pukul 10 pagi dan akan sampai Segamat dalam pukul 1 petang. Selepas ambil ubat dan terus balik semula ke Kajang. Ikut perancangan saya akan sampai Kajang dalam pukul 5 petang. Namun itu semua perancangan manusia dan tuhan lebih berkuasa menentukannya. Apa terjadi? Saya sampai di Segamat pada pukul 4 petang. Ini berpunca dari masalah yang berlaku di lebuh raya Plus menuju ke Seremban yang jem teruk. Ada kemalangan melibatkan sebuah treler panjang yang terbalik melintang jalan dan menyebabkan barang muatan bertaburan di atas jalan dan menghalang jalan. Sebabkan jem tersebut perjalan saya terganggu dan berakhir sehingga ke pukul 1 petang. Sepatutnya waktu begini saya sudah sampai ke Segamat. Tetapi lain pula jadinya. Setelah melepasi tempat kemalangan saya meneruskan perjalanan dan berhenti makan di Gemencheh. Sele