Translate

Sabtu, 2 Mei 2015

Perancang Perjalanan yang fail

Assalamualaikum dan salam ceria.

Memang benar  perancangan awal itu penting. Jika tidak, akan terjadi pelbagai masalah kecil atau pun besar. Merancang perjalanan tidaklah terlalu sukar. Bukan memerlukan proses yang rumit. Memadai membuat persediaan saja sudah cukup.

Namun pun begitu, kadang kala kita mudah terlupa dan lalai dengan semua ini. Sehinggakan terlupa untuk membuat perancangan awal. Bagi sesetengah orang tidak perlukan perancangan yang rumit sehinggakan membebankan kepala. Hanya simple simple saja. Tapi jika sudah berlaku masalah, macam macam alasan dan kekesalan yanag akan diungkapkannya.

Begitu juga kepada saya yang boleh dikatakan sentiasa memerlukan perancangan untuk melakukan apa saja kerja dan tugasan setiap minggu. Namun seperti yang saya katakan tadi, ada masanya kita lupa dan lalai. Bila dan lupa untuk merancangan, dan dijadikan cerita, masalah pula timbul selepas itu.

Baru baru ini saya tersilap untuk merancang perjalanan. Perancangan untuk ke tempat jauh tidak dibuat booking hotel. Kemudian perancangan masa perjalanan juga tidak ditetapkan waktunya. Dan kebetulan pula di tempat yang hendak dituju ini terdapat beberapa program keramaian seperti karnival, expo, pertandingan untuk orang ramai dan sebagainya lagi. Jadinya, semua hotel penuh. Masalah besar saya tidak dapat tempat untuk menginap. Masa juga suntuk dan masa dihabiskan untuk mencari hotel saja. Akhirnya, tugasan saya pada hari tersebut tergendala keselurahannya.

Akhirnya saya balik saja dan pergi ke tempat lain untuk tugasan hari esoknya pula. Bila sudah jadi begini, cepat cepat saya membuat perancangan untuk keesokan hatinya pula.