Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Bukan senang nak bahagi masa...

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Kini sudah pun masuk fasa ketiga Ramadhan. Mana yang rajin bertandang ke rumah Allah untuk Tarawwih atau beriktikaf, saya doakan semoga Allah memberikan keampunan dan terhindar dari api neraka. Tidak kurang juga bagi mereka yang sibuk dengan persiapan untuk sambutan hari raya nanti. Sibuk tu sibuk juga dan harap-harap ianya memenuhi keperluan dan tidak berlebih-lebihan sangat. Aku biasa je. Apa yang penting adalah perubahan dalam diri kesan dari amalan puasa di bulan Ramadhan. Banyak pengajaran  dan ilmu yang diperolehi. Seperti orang lain juga dan terkena kepada diri sendiri juga, kesibukan urusan kerja memang tidak dapat aku elakkan. Tambahan pula perancangan sentiasa berubah-ubah. Bukan seperti orang lain yang mana perancangan yang diorang buat menjadi lancar dengan sedikit sahaja masalah. Atau pun apa yang dirancang itulah yang akan diterima hasilnya. Tidak macam aku, jika aku rancang A, akan berlakunya perancangan B sehinggakan menjadi C.

Masuknya 10 hari terakhir...

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Selamat datang Ramadhan dan selamat tinggal Ramadhan. Kini kita hampir memasuki 10 Ramadhan terakhir. Masuklah juga penggal ke tiga dalam fasa bulan Ramadhan. Jadi ape urusan kita? Terpulang kepada hak masing-masing. Mana-mana yang mengetahui amalan apakah yang seharusnya dilakukan pada 10 Ramadhan terakhir ini dan ada juga yang jahil atau buat-buat jahil. Jika dirasa ianya baik untuk kita maka lakukanlah amalan yang menjanjikan ganjaran besar dari Allah untuk Ramadhan ini.  Selamat beramal saya ucapkan kepada rakan-rakan semua yang rajin-rajin beramal soleh seperti bertadarus, membaca Al-Quran, bersedekah, tolong-menolong, beriktikaf 10 Ramadhan terakhir dan sebagainya. Aku di sini ingin menyusun ampun dan maaf di atas kesilapan dan kesalahan aku kepada rakan-rakan sekelian yang tak sengaja mahupun yang disengajakan. Maaf juga kerana terlalu awal untuk aku memohon kemaafan melalui blog ini kerana takut takde masa lagi nak update blog selepas i

Tawaran produk

Assalamualaikum dan salam ceria. Bermula dari 19/08/2011, produkreatif menawarkan penjualan produk Pengesan Logam BFO terhad kepada 5 unit pada harga RM400 seunit. Dengan setiap pembelian akan dapat seunit alat Pengesan Logam Pin Pointer yang berharga RM89 seunit. Kos penghantaran tiada dikenakan. Oleh itu, tawaran terhad ini akan berlangsung sehingga 26/08/2011 iaitu pada hari Jumaat. Di mana pada hari tersebut adalah hari terakhir untuk urusniaga seperti proses pembayaran dan proses penghantaran (courier). Anda boleh rebut peluang terhad ini sebelum harga asal seperti biasa. Promosi juga akan tutup sekiranya stok 5 unit habis awal sebelum tarikh tutup promosi. Sila ke web site www.myenique.com/bfo.html untuk maklumat lanjut produk dan promosi. Anda diminta hubungi saya dahulu untuk pengesahan pembelian dan stok yang masih ada. p/s: selepas cuti raya produk ini akan kekal harganya (RM450) berikutan dikendalikan oleh pengurusan baru dari syarikat saya. :)

Sudah melepasi 1/3 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Sekarang ini kita sudah melepas 1/3 Bulan Ramadhan. Diharapkan rakan-rakan masih lagi mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna serta mengejar pahala dan keampunan dari Allah. Pada bulan puasa ini aku tidak banyak berada di lab besar dan office. Aku banyak meluahkan masa berada di lab di rumah aku sendiri. Ini memandangkan keadaan cuaca yang agak panas dan kering yang menyebabkan berlaku penghidratan yang cepat semasa berada di lab besar. Begitu juga dengan pembantu aku yang juga hanya mampu bertahan sehingga tengah hari sahaja. Kami akan berada di lab besar hanya untuk beberapa waktu sahaja. Kemudiannya kami akan balik ke rumah dan sambung kerja. Maklumlah lab belum pasang air condition lagi. Ada kalanya aku terpaksa juga datang ke lab besar atas urusan tertentu seperti temujanji dengan student dan pelanggan yang ingin melihat dan mengetahui produk dengan lebih dekat lagi. Pada masa kini pula aku terlalu sibuk dengan pelbagai kerja yang masih b