Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Mencari yang benar

Dah macam tajuk novel atau drama tv pula. Memang sekarang ini sedang mencari kebenaran. Kebenaran sesuatu yang sudah lama menghilang. Ada kalanya saya merasakan seperti bosan dan hampir putus harapan. Namun akal ni cepat cepat bertindak mengikut arahan. Pada post yang terdahulu, dari 7 ke 6 tahun lalu, saya ada berceritakan mengenai sesuatu yang majoritinya tidak terlintas difikiran. Ada juga setelah membacanya orang mudah melenting dan mengatakan ianya tidak masuk akal. Malah ada juga yang memperkecilkan tindak tanduk saya. Maaflah jika jiwa anda semua tak stabil disebabkan ungkapan saya yang tak masuk akal. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan Dialah yang Maha Merancang. Perancangan Allah itu sangat sempurna. Apa pun saya sangat suka tindak balas anda yang tiba tiba melenting dan menganggap saya sebagai seorang yang terkeluar dari pemikiran sebenar. Saya bebas untuk berfikir. Saya juga bebas untuk mendengar pemikiran orang lain. Namun tak semudah itu untuk saya bulat bulat t

Kerja kajian tempatan

Assalamualaikum dan salam ceria. Bertemu kembali setelah sekian lama saya tidak update blog-blog dengan info-info yang menarik. Bukanlah bermakna saya tiada apa-apa maklumat yang hendak diceritakan tetapi ianya berkenaan dengan masa. Jadi jika saya memberikan alasan pada masa, bermakna mesti ada juga yang akan terfikir saya jenis orang yang tidak pandai menguruskan masa. Atau pun saya boleh katakan yang saya malas nak update. Jika itulah yang saya katakan bermakna orang akan fikir saya jenis yang memang malas. Oleh itu, saya pun tak bolehlah fikirkan apa yang orang lain akan fikir terhadap saya. Betoi tak? Kalau tidak, saya hidup hanyalah berpandukan kepada apa yang orang fikirkan terhadap saya. Pada tahun 2015 ini ada rakan rakan yang mengatakan ianya tahun bertuah. Tahun yang memberikan rezeki yang melimpah ruah. Atau tahun yang paling Ong. Terpulanglah. Apa yang pasti bagi saya adalah Rahmat dari Allah lah jua yang memberikan segala galanya. Dan kita pula perlu menerima dan bersyu