
Jika dilihat pada blog saya atau mana-mana blog yang saya ada, tiada pun satu hasil research yang saya dedahkan. Ye memang benar. Saya suka sampaikan depan-depan pada orang ramai. Saya lebih suka mata bertentang mata, walaupun saya tak suka bermain mata. Hehe
Mana yang faham dan pernah ikuti saya sebelum ni memang tahu apa yang saya buat. Bukan saja suka-suka buang masa buat research sendiri. Tapi tak mengharap pun dari mana-mana Institusi untuk ikhtiraf kerja saya. Gaji saya pun mengharapkan hasil penjualan produk saya saja. Jika kurang dana, maka slow lah perjalanan kajian saya. Jika dana banyak, makan semakin rancaklah kerja saya.
Namun saya tidak pernah menolak kerjasama dari mana-mana Institusi untuk melakukan kajian atau sebagainya. Namun kalau jemput saya datang tapi tak tanggung kos perjalanan, itu saya agak susah. Melainkan datang sendiri ke lab saya. Apa yang saya ada, itulah yang saya tunjukkan, berikan, ajarkan dan persembahkan.
Ramai yang terer dari saya dalam bidang seperti saya ini. Terer tahap tereris. Memang ramai. Tapi itu hal mereka. Dan ini hal saya. Walupun saya jenis pendiam, tetapi saya lebih suka menyampaikan ilmu dan hasil kajian saya terutama di dalam kelas atau dewan kuliah. Kerana itu yang membuatkan saya lebih seronok dan berpuas hati.
Insyaallah akan datang ini saya akan adakah kursus dan bengkel. Semuanya asas dan untuk beginner. Yang dah terer pun nak sertai pun boleh. Cuma jangan terasa boring kalau berada dalam kelas saya sebab saya banyak pengajar perkara asas. Walaupun asas tetapi kaedahnya berbeza. Berbeza supaya nampak kelainan dari yang lain.
Untuk sertai kursus pendek dan bengkel amali, sila ke www.myenique.com.