Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

Harta Interlek

Baru-baru ini aku pergi ke expo Harta Interlek kat Kuala Lumpur Convention Centre dan lihat banyak benda di sana. Aku pergi dengan member dalam keadaan aku yang baru elok dari demam dan sakit badan. Hari memang panas tapi kat expo tu sejuk la sebab ada aircond. Kalau tak, demam balik la aku jawabnya. Masa kat expo tu aku ambil banyak kesempatan untuk dekati setiap perhentian (gerai) yang ada dan ianya sangat berbaloi. Bukan berbaloi sebab harga yang murah tetapi berbaloi dapat mendekati dan mengetahui maklumat setiap gerai yang ada. Aku memang kurang bercakap mahu pun bertanya. Jadi tugasan tu dijawat oleh member aku. Aku hanya memerhati sahaja. Jadi aku memikirkan maksud dan fungsi expo tersebut kepada orang ramai dan kepada aku. Apa yang aku fikirkan dalam kepada otak aku ni berlainan sekali. Apa yang aku harapkan bukanlah berlaku di expo tersebut. Aku harapkan yang lebih. Tapi aku tetap ada rasa suka pada sesetengah part. Bolehlah dikatakan bangga dengan hasil kerja diorang ni. Aku

Musim sakit-sakit

Cuaca sekarang ini tidak menentu. Kadang kala boleh mengundang pelbagai penyakit berjangkit. Malah aku pun terbabit sama dalam situasi ini. Sejak dari aku mula-mula cerita tentang sakit ayang aku hadapi kerana demam teruk. Kemudia pulih dari demam dan rasa sihat seperti sedia kala. Kemudian sakit semula dan berlarutan seperti pergi dan balik. Semalam selepas sampai di Ampang badan aku mula rasa 1001 macam. Lenguh-lenguh dan badan jadi panas. Pada hal bangun pagi ok. Masa sarapan ok. Siap basuh motor lagi, pun ok. Selepas sampai Ampang, badan dah rasa lenguh-lenguh, lemah dan terasa panas. Pada masa yang sama hari pun memang panas. Kerja yang dah mula dah tak menjadi. Tapi aku kuatkan juga semangat. Lepas buat beberapa kerja dan perbincangan sedikit, akhirnya aku ambil keputusan balik rumah. Bukannya apa... badan dah lenguh, sendi-sendi dah mula sakit. Kepala pulak dah panas. Sampai rumah, kepala pun sakit dan badan mendadak panas. Aku minum air sampai dua liter tapi sikit-sikit la. Kem

Alergi

Anak kedua aku mengidapi penyakit ezema sejak dari umur beberapa bulan sehinggalah sekarang ni. Kalau orang kampung kata ruam susu. Tapi kalau ruam susu sekejap je dah ok. Ini tidak, penyakit ini akan pergi dan datang sesuka hati mengikut faktor-faktor tertentu. Sebelum ini dah ok dan dah nampak kekurangannya. Aku pun happy la sebab effect penyakit tu dah semakin baik. Err.. korang tau ke ezema tu apa? Aku cerita je tapi tak terangkan sakit tu apa benda. Ezema tu adalah sakit kulit disebabkan faktor keturunan seperti asma atau lelah. Sakit tu akan serang paru-paru untuk menjadi asma atau kulit untuk menjadikan kulit kemerahan dan gatal. Jadi anak aku dapat dua-dua sekali iaitu kulit dan asma. Sebabnya adalah keturunan keluarga yang ada asma. Aku la pembawanya asma. Memang aku ada asma tapi sekarang dah hilang sebab aktif bersukan 15 tahun dulu. Apa pun ianya tidak hilang sepenuhnya sebab adakala ia akan datang untuk kes-kes tertentu seperti makan jeruk atau makan yang tinggi asid. Satu

Penyakit zaman moden

Sudah seminggu aku demam. Demam biasa je tetapi impaknya sangat lama sekali sehinggakan kerja-kerja aku tidak mampu aku lakukan. Maknanya badan aku ni kena rest semaksimum yang mungkin. Tapi biasa la... Aku ni susah nak duduk diam. Mesti ada benda yang nak aku buat. Rasa rugi kalau aku tak buat apa-apa. Memang aku paksa diri aku untuk buat kerja tapi sampai masanya aku terpaksa akur dengan sakit yang aku hadapi. Member-member nasihatkan aku supaya rehatkan diri dan jangan buat kerja. Lebih baik kalau aku baring kat rumah dan cas balik segala tenaga yang dah hilang. Memang benar juga, aku rasa tak bertenaga langsung malah sakit kepala aku yang dah lama hilang, datang balik dan attack kepala otak aku ni. Rasanya macam nak pengsan tapi aku kuatkan semangat supaya aku tak rebah. Kini aku dah pulih semula dan boleh blogging semula. Jadi aku kena fikirkan semula apakah tugasan yang dah lama aku tinggalkan supaya kau boleh kejar balik. Bila bangun pagi aku rasa segar sikt berbanding sebelum i

Pelancaran Logo Baru

Baru-baru ini aku dengan beberapa partner dalam perancangan untuk penubuhan organisasi secara serius. Perancangan rapi telah dibuat dengan menghadiri beberapa meeting-meeting group. Dengan itu satu logo telah direka khas untuk organisasi tersebut oleh salah seorang partner aku yang sememangnya pakar dalam mereka grafik dan logo. Jadi selepas ini logo baru ini akan digunakan dalam semua web site dan blog-blog yang aku kendalikan. Kalau nak cerita mengenai penerangan terperinci logo ini buat masa ini aku rasa belum masanya lagi. Sebabnya belum boleh 100% projek terlaksana. Kalau diceritakan juga, aku rasa sampai naik bulu roma rasanya. Mungkin bagi orang lain biasa-biasa je. Tapi bagi aku agak lain. Buat pengetahuan semua, perancangan ini sudah 10% terlaksana. Aku pun sebenarnya tak nak tunggu lama-lama. Malas nak tangguh-tangguh kerja. Lagi pun task aku memang banyak sangat.

Faedah merancang

Aku dari dulu lagi memang susah nak merancang sesuatu kerja dengan merekod di atas sekeping kertas. Cara aku adalah dengan menulisnya di dalam ingat di dalam kepala. Memang kerja mudah tetapi mudah lupa. Ya! Aku mudah lupa. Tambahan pula dengan pelbagai tugasan yang aku terima membuatkan lebih banyak perkara penting menjadi lupa dan hilang dalam ingatan. Huru haralah jadinya dan kerja pun menjadi compang-camping dan bercelaru. Itu dulu. Tapi sekarang ni perubahan berlaku secara mendadak disebabkan beberapa faktor yang mendorong aku membuat perancangan di atas kertas dan tidak lagi mengingatinya di dalam kepala otak. Banyak baiknya dari kekurangan. Cuma untuk melaksanakannya agak 'M'. M tu adalah malas. Tiada cara lain yang boleh membantu melainkan diri kita sendiri. Apabila kita paksa diri, macam-macam boleh jadi. Apa yang kita mahu pun juga boleh tercapai. Jika tidak tercapai juga, usaha kita belum cukup lagi. Tambahkan lagi. Apabila bercerita tentang perancangan, ada juga beb

Antara Nikola Tesla dan Hutchinson

Tesla adalah orang yang memperkenalkan arus ulang alik (AC) kepada dunia dan merupakan insan yang dianggap genius pada era zaman beliau. Beliau bekerja dengan Thomas Alva Edison yang merupakan insan yang tidak pernah serik menghasilkan sebiji mentol yang sampai sekarang kita menggunakan hasil ciptaannya. Tesla mempunyai labnya tersendiri yang mengandungi teknologi yang belum pernah orang melakukannya pada zaman beliau menggunakan pengiraan ilmu yang beliau miliki sehinggakan kita agak sukar untuk memahami kaedah yang digunakan. Tesla dan Edison bekerja antara satu sama lain untuk menjalankan projek tertentu yang mana Tesla menyediakan elektrik untuk Edison menghasilkan beratus-ratus paten ciptaan yang kita ketahui dan mungkin kita tidak sedari. Bila dilihat pada hasil kerja Tesla memang susah untuk diungkapkan ujikaji beliau sehinggakan pelbagai pihak setara dunia mengulangi ujikaji beliau untuk menghasilkan satu keputusan yang tidak diduga. Tesla sememangnya menduga hasil kerjanya. Me

Apa dah jadi ni?

Aku pun dah kongfius dengan apa yang dah terjadi ni. Kenapa la web site MyEnik dah tak boleh buka pulak ni? Mula-mula tu blog ini dan MyEnik asyik tak boleh buka. Selepas bertungkus lumut memperbaikinya, akhirnya ok balik. Lepas ok, web site aku pulak kena nasib yang sama. Haru biru. Sebenarnya aku nak update dan upgrade web site MyEnik dengan ruangan baru dan juga produk baru yang aku nak masukkan. Lepas tu tak boleh pulak. Takpe lah. Mungkin esok-esok oklah tu. Jadi aku kenalah buat tugasan lain pulak sementara menunggu web site ok. Lagi pun aku baru lepas dari beli barang untuk R&D beberapa projek yang telah aku pilih untuk dijadikan produk. Tugasan lain lagi, aku kena siapkan paper work untuk projek terbaru dan juga untuk minta dana. Jadi aku agak pening sikit minggu ni. Tambahan pula kepala belah kanan aku ni asyik berdenyut-denyut pulak.