Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2022

Saya Terpaksa dan Dipaksa

Assalamualaikum. Salam bersua kembali. Sudah hampir masuk tahun ketiga kita hidup dalam suasana endemik bersama-sama dengan virus covid-19. Keadaan kehidupan kita juga turut berubah dari pelbagai arah. Banyak yang terkesan. Hampir semua orang tahu. Saya antara yang terkesan. Kini saya bermula balik menulis terutama dalam blog dan Insyaallah tidak lama lagi akan terbit buku penulisan pertama saya. Terus terang sebenarnya saya tidak ada masa yang cukup untuk semua ini terutama dalam penulisan. Sedangkan untuk hantar post baru dalam FB dan IG juga sepertinya tiada masa. Kini saya terpaksa. Saya seperti didesak dan dipaksa untuk menulis dan menghidupkan kembali kehidupan dalam blog. Bukan satu blog yang saya ada tetapi lebih. Setiap satu blog menceritakan niche yang berbeza. Kecuali dalam blog ini. Ia merangkumi penulisan semua blog yang saya tulis. Hanya penerangan ringkas dan beberapa pendapat secara peribadi. Saya terpaksa menulis sebab dahulunya saya aktif sebagai blogger. Malah sebaha

Norma Baru, Era Baru

Kini sudah pun masuk tahun 2022. Setelah menjangkau masa bermula dari awal tahun 2020 sehingga kini kita dihadapkan dengan suasana yang melanda negara kita termasuk seluruh dunia iaitu wabak corona virus dan covid-19. Wabak yang melanda ini telah banyak memberi perubahan drastik kepada semua sektor. Antara yang terkesan adalah sektor ekonomi dan sosialisma kepada kita semua. Banyak kesan negatif berlaku berpunca dari hal ini. Ianya boleh dikatakan perubahan sebanyak 360 darjah dan ianya meninggalkan kesan yang amat dasyat. Kita banyak bercerita tentang orang lain yang terkena musibah mungkin kerana kita tidak merasainya atau menghadapinya seteruk orang lain. Ada yang kehilangan orang yang tersayang, ada yang kehilangan kerja yang menjadi sumber pendapatan tetap dan ada yang kehilangan harta benda dan segala-galanya. Ianya antara fenomena yang paling buruk yang pernah kita hadapi. Semua yang berlaku ini banyak memberi kesan kepada diri saya juga. Tidak semuanya musibah yang melanda ini