Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Prototaip Semua Idea

Assalamualaikum. Salam ceria. Salam bertemu lagi. Perancangan pada ketika ini sebenarnya banyak yang perlu dilaksanakan.Kadangkala banyak perkara yang penting untuk dilakukan terlepas pandang dan menyebabkan ianya tidak dapat dilaksanakan sehingga berjaya. Ada sebabnya. Dan perkara ini sudah lama berlaku dalam beberapa tahun hampir sepuluh tahun. Puncanya adalah persekitaran.   Ramai yang tidak tahu saya struggle dengan masalah sakit yang menyebabkan saya sukar untuk mengawalnya. Ia menyebabkan gangguan kepada kerjaya saya sehingga sekarang. Namun begitu syukurlah saya masih mampu untuk meneruskan kehidupan dan juga masih aktif di dalam kerjaya saya sekarang. Apa yang saya lakukan untuk mengatasinya adalah semangat yang kuat mengekalkan pemikiran yang positif. Kerana gangguan tersebut saya masih meneruskan aktiviti menghasilkan prototaip produk. Adakala gangguan tersebut datang dan kerja tersebut tergendala. Sampai satu masa yang stabil saya meneruskan kembali apa yang

Gagal Merancang

Assalamualaikum. Salah ceria. Salam bersua kembali. Sudah hampir ke pertengah tahun 2019. Banyak perancangan telah dibuat. Namun hasilnya masih kesamaran dan ada juga yang tidak kelihatan. Saya hanya tahu merancang. Selebihnya hanya tuhan yang Maha Mengetahui. Bermula dari 2017 lagi beberapa perancangan rapi telah dibuat. Antaranya adalah teknologi tenaga solar. Kurang popular di Malaysia ini dan rata-rata ramai yang tidak faham cara penggunaan keseluruhan sistem tenaga solar ini. Dengan adanya kemudahan elektrik grid (tnb), keperluan tenaga solar mungkin tidak diperlukan. Belum ada keperluan dan belum ada masalah yang timbul berkenaan dengan keperluan elektrik. Tambahan pula kos pemasangan sistem tenaga solar mungkin juga mahal. Walaupun kos pemasangan adalah sekali sahaja ramai yang memilih untuk membayar bil elektrik setiap bulan. Ini kerana bil elektrik masih lagi murah dan mampu untuk dibayar setiap bulan. Keperluan untuk menggunakan elektrik solar tidak diperluka