Dah macam tajuk novel atau drama tv pula. Memang sekarang ini sedang mencari kebenaran. Kebenaran sesuatu yang sudah lama menghilang. Ada kalanya saya merasakan seperti bosan dan hampir putus harapan. Namun akal ni cepat cepat bertindak mengikut arahan.
Pada post yang terdahulu, dari 7 ke 6 tahun lalu, saya ada berceritakan mengenai sesuatu yang majoritinya tidak terlintas difikiran. Ada juga setelah membacanya orang mudah melenting dan mengatakan ianya tidak masuk akal. Malah ada juga yang memperkecilkan tindak tanduk saya.
Maaflah jika jiwa anda semua tak stabil disebabkan ungkapan saya yang tak masuk akal. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan Dialah yang Maha Merancang. Perancangan Allah itu sangat sempurna. Apa pun saya sangat suka tindak balas anda yang tiba tiba melenting dan menganggap saya sebagai seorang yang terkeluar dari pemikiran sebenar.
Saya bebas untuk berfikir. Saya juga bebas untuk mendengar pemikiran orang lain. Namun tak semudah itu untuk saya bulat bulat terimanya atas sebab pegangan kepada syariat islam yang mempunyai batas batasnya. Dan juga pasti yang akan tidak mengerti serta pelik dengan cara pemikiran saya seperti sukar untuk diterima akal. Tanggapan saya ianya sudah mencapai tahap pemikiran tinggi. Dan capaian tersebut memang tidak boleh dibawa sekali bersama sama dengan pemikiran pembaca.
Selepas saja mereka membaca tulisan saya ini pasti ada yang akan memberi hujahan sendiri. Baik secara terus mahupun berkata di dalam hati. Dan majoriti juga akan berkata Allah lah sebaik baik yang patut kita cari. Ya, benar.
Kesimpulannya kini, saya benar benar belum menjumpai sentuhan emas yang akan mengubah sesuatu. Semoga Allah memberikan kejayaan dan penyelesaian.