Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2008

Dah boleh dah ni....

Sekarang ni aku dah open untuk tempahan bakul ayam kepada semua. Aku agak terkejut juga la sebab belum buat pelancaran lagi dah banyak order dah. Tapi apa pun aku masih open lagi sebelum tempahan dihentikan untuk sementara. Buat masa ni aku buat web site guna free dulu sebab lepas ni aku akan trasfer masuk ke web site hosting berbayar la. Itu pun tengok pada sambut juga. Sama seperti web site myenik juga. Mula-mula aku buat guna web site free je dulu. Selepas sambutan amat menggalakkan, barulah aku transfer ke web hosting berbayar. Tapi lepas nia aku rasa memang kena buat web site yang real punya web site. Sebab dia punya sambutan tu aku pun dah naik risau dah. Tukang anyam pun dah berpeluh-peluh dah ni. Mula-mula tu risau sebab takut takde order je. Lepas aku ambil alih dan promote pada orang ramai, dah mula ramai yang order. Harga memang tak jadi masalah sebab murah pun ye dan hasilnya pun berkualiti. Ada qc lagi. Pada masa yang sama juga aku tengah set up MyEnik untuk pelanggan MyEn

Koleksi Bakul Anyam

Dalam beberapa hari lagi aku akan lancarkan web site yang menjual dan menempah bakul anyam. Semua koleksi bakul anyaman ini aku akan muatkan dalam satu web site yang sedang aku siapkan. Sebelum ni aku pernah jual bakul anyam melalui internet kat Mudah.com.my. Permintaan sangat menggalakkan. Jadi kini aku ada production bakul aku sendiri. Tapi bukan aku yang anyam semua ni. Cuma sedara-mara aku je yang buat. Maknanya aku ada segala jualan melalui online aku akan buat dan uruskan sendiri. Manakala untuk pembuatan itu sedara aku yang uruskan. Lepas ni aku open pada semua yang berminat dengan bakul anyam ni. Harga ikut market la. Urusan pembelian melalui pos. Tunggu la nanti aku akan umumkan laman web tersebut. Aku ada buat pra-pelancaran baru-baru ini... sambutan sangat hebat sampaikan aku pun naik risau dengan order yang banyak.

Lagu yang aku suka

Cerita pasal lagu ni, aku bukannya pandai sangat bab lagu-lagu ni. Lagu baru ke atau lama ke, semuanya sama je. Sebab aku bukan peminat fanatik bab lagu lagu ni. Tapi bagi aku la, aku suka dengar lagu nasyid je. Kalau dalam lap top aku memang banyak lagu nasyid je dan termasuk juga zikir-zikir. Kalau lagu lagu baru sekarang ni memang aku layan juga tapi sekadar dengar je la. Aku kalau menyanyi ni suara tak la berapa sedap pun. Kalau masa nyanyi lagu nasyid ni boleh hayati sekali lirik lagunya. Tapi korang jangan ingat aku ni mat nasyid je. Dulu aku layan lagu-lagu merapu juga seperti satu group ni yang paling aku suka masa muda remaje dulu iaitu Cromok. Dulu memang aku layan semua lagu yang ada dalam group ni. Paling best sekali muzik yang diorang main tu. Walaupun agak keras dan laju tetapi masih tidak tinggal alunan lagu melayu. Kalau tengok pada liriknya pun biasa je. Setakat Cromok aku boleh layan lagi. Lebih dari tu macam Iron Maiden ke, Pantera ke, dan macam-macam yang seumpamany

Hacked

Memang aku angin sebab web site MyEnik aku kena hacked. Macam mana boleh jadi camtu aku pun tak tau la. Sampaikan aku dah lemah longlai dah rasanya. Bab hacking meng hacking ni aku tak berapa reti pun sebab bukan itu kerja aku. Yang pasti aku tak nak kacau orang. Tapi kalau orang dah nak kacau aku, apa boleh buat. Yang kacau aku pun tak tau sapa. Boleh main sorok-sorok pulak kan. Sesekali tu nak juga ajak main sorok-sorok, sebab aku ni agak pakar bab sorok-sorok ni. Kelebihan aku boleh menyamar dalam apa bentuk dan keadaan sekali pun. Tapi masa kena tu aku cool je sebab aku tak panic. Tapi aku pun tak tau nak buat apa sebenarnya melainkan report pada web hosting aku. Lepas tu terus ok, walaupun agak susah nak merampas kembali web site aku yang kena rampasan kuasa sebelum ni. Aku tak pasti kerja sapa ni. Mungkin mana yang pakar IT mesti tau bab hacking ni. Yang pasti ini kerja orang pro (pro dalam bidang hacking la). Ini adalah first time aku kena camni. Mula-mula dulu aku tak hirau