Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Gold Detector

Di dalam kesibukan mengikuti program rohani aku ada ambil kesempatan sikit dengan beberapa aktiviti luaran yang boleh mendatangkan income jika ianya kena pada tempatnya. Kalau dilihat pada dahulunya aku pernah buat satu metal detector atas permintaan Bro Jimi untuk xpdc-nya dulu. Satu buku yang penuh dengan manual untuk hasilkan metal detector telah diberikan kepada aku. Buku tu pula dibuat sendiri oleh Bro Jimi. Tebal memang tebal buku tu. Semuanya berkisar tentang metal detector. Bagi aku buku tu dah macam harta paling berharga dari metal detector yang dihasilkan. Buku tu aku simpankan sebab setiap masa aku buat research tetang metal detector untuk ditukarkan kepada gold detector. Setelah beberapa tahun membuat researh mengenai alat ini, akhir terjadi juga dengan satu prototaip dihasilkan. Bentuk binaan direka oleh Bro Jimi sendiri. Manakala aku reka litarnya dengan setting yang sangat susah giler. Patutulah benda alah ni dijual mahal kat luar negara. Nak bawa masuk Malaysia pun tak

Tiada aktiviti yang menarik

Assalamualaikum, Yeah... baru sekarang ini aku berpeluang muncul semula di online setelah lama tidak menyentuh keyboard pc menaip pelbagai cerita atau pun pengalaman suka dan duka. Aku sibuk dengan urusan peribadi sehinggakan aku sibuk meninggalkan kerjaya aku di sini. Bagi aku tiada apa yang perlu dirisaukan berbanding dengan hal keluarga yang lebih penting lagi. Melainkan aku memang seorang yang berkerjaya yang mementingkan sangat kepada kerja semata-mata. Dahulunya aku berada di golongan tersebut. Kerja, kerja dan kerja sehinggakan aku melupai urusan keluarga dan juga tanggungjawab lain. Bak kata orang, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Aku seorang yang bercita-cita tinggi. Setinggi sehingga aku susah nak capainya. Aku mengharungi pelbagai pengalaman yang seronok dan tidak lupa juga yang kurang seronoknya. Bagi aku apa yang aku harungi sebelum ini aku jadikan sebagai iktibar untuk panduan hidup pada masa akan datang. Setelah pulang dari kesibukan, aku kemb

Idea terkubur siapa nak kafankan?

Untuk menjana idea yang bernas sangat sukar sekali. Ianya memerlukan masa dan sikit kekuatan minda dan juga kekuatan fizikal (fizikal?). Tapi tahu tak kalau idea hanya tinggal idea saja? Idea tidak pergi ke mana-mana. Atau idea hanya boleh bergerak sampai ke sesuatu tahap je. Makananya bukan idea tu berhenti sebab tidak berkembang lagi. Maksudnya idea yang tidak membuahkan hasil dan membeku. Contohnya kalau kita ada idea nak buat kapal terbang. Idea tu sangat hebat sebab kapal terbang tersebut tidak menggunakan enjin tetapi hanya guna antigraviti generator. Hebatkan? Tapi itu hanya sekadar idea sahaja. Tapi tak boleh pergi ke mana-mana sebab tiada tindakan nak buat untuk membolehkan kapal terbang tersebut terhasil. Jadi idea tersebut terkubur dan perlu dikafankan. Jika tidak, lakukan sesuatu sehingga berhasil. Aku pernah dan banyak kali pergi ke sana dan ke sini mencari peluang yang disediakan oleh kerajaan dan pihak swasta mengenai memajukan idea-idea yang boleh mendatangkan pulangan

Memilih tugasan mengikut minda atau keinginan?

Setiap kerja sehari-hari mahu pun tugasan harian adalah penting melaksanakan hala tuju. Tanpa hala tuju mungkin kita tidak merasainya apakah tujuan sebenarnya kita melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan. Berfikir dan memikirkan apakah yang yang hendak dilakukan atau apa yang patut dilakukan. Setelah itu hentikan memikirkan sesuatu setelah kerja bermula. Sekiranya kedua-duanya berfungsi serentak pasti kerja yang dilakukan akan terganggu. Setiap apa yang kita fikirkan itulah yang akan disetkan untuk dicapai. Usah fikirkan sesuatu lebih-lebih lagi jika asyik memikrkan masalah itu ini. Kerja yang dilakukan pasti akan terganggu dan seterusnya akan membantutkan usaha. Aku sering kali jadi begini. Sebabnya aku suka berfikir dan memikirkan pelbagai hal. Lain pula seperti orang lain yang kurang berfikir dan banyak membuat kerja. Tapi bagi aku kalau dah mula buat kerja memang memberi tumpuan penuh asalkan jangan ada yang mengganggu. Alamatlah fikiran melayang. Memberi tumpuan sepenuhnya pada ke