Translate

Ahad, 26 April 2015

Kerja kajian tempatan

Assalamualaikum dan salam ceria. Bertemu kembali setelah sekian lama saya tidak update blog-blog dengan info-info yang menarik. Bukanlah bermakna saya tiada apa-apa maklumat yang hendak diceritakan tetapi ianya berkenaan dengan masa.

Jadi jika saya memberikan alasan pada masa, bermakna mesti ada juga yang akan terfikir saya jenis orang yang tidak pandai menguruskan masa. Atau pun saya boleh katakan yang saya malas nak update. Jika itulah yang saya katakan bermakna orang akan fikir saya jenis yang memang malas. Oleh itu, saya pun tak bolehlah fikirkan apa yang orang lain akan fikir terhadap saya. Betoi tak? Kalau tidak, saya hidup hanyalah berpandukan kepada apa yang orang fikirkan terhadap saya.

Pada tahun 2015 ini ada rakan rakan yang mengatakan ianya tahun bertuah. Tahun yang memberikan rezeki yang melimpah ruah. Atau tahun yang paling Ong. Terpulanglah. Apa yang pasti bagi saya adalah Rahmat dari Allah lah jua yang memberikan segala galanya. Dan kita pula perlu menerima dan bersyukur atas apa saja yang Allah berikan.

Sejak dari awal tahun sehinggalah ke hari ini (di saat saya update blog ini) saya telah banyak kali membuat beberapa ujikaji sendiri di dalam lab peribadi saya. Semuanya semata mata untuk menghidupkan atau nak bagi jadinya satu alat berkenaan dengan tenaga. Tenaga yang dimaksudkan ini adalah tenaga elektrik. Bukan tenaga batin atau pun tenaga dalaman, mahu pun tenaga kinetik. Ya, tenaga elektrik yang dijana dengan cara laun selain dari sumber TNB.

Kajian dibuat atas permintaan. Bukan buat suka suka saja. Dan ianya disediakan dana yang banyak sekiranya berjaya dan berfungsi seperti yang diharapkan.  Namun sehingga ke hari ini ianya masih tergantung dan tidak mencapai target seperti yang diharapkan. Tapi bukan bererti ianya gagal, cuma sedikit perkara yang tidak dapat dicapai sehinggakan terdapat kekurangan dalam ujikaji tersebut. Saya agak tertekan sedikit kerana hal ini tetapi masih tidak akan mengalah.

Namun begitu saya masih berusaha buat yang terbaik. Jika ada rezeki lebih,  syukur Alhamdulillah. Apa pun saya tetap bersyukur walaupun apa yang saya terima.