Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

Kejanggalan dalam erti kehidupan

Assalamualaikum. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammad saw. Dalam kehidupan ini terlalu banyak rahsia yang tersimpan. Baiknya ianya tersirat mahu pun yang tersurat. Namun kita sebagai hamba Allah yang Esa diberi akal dan fikiran untuk memikirkan kebesaran dan kehebatan kuasaNya mentadbir alam maya ini. Ia berkenaan dengan ilmu. Allah adalah pemilik ilmu yang Maha Besar. Meliputi segala galanya. Dan kita pula diwajibkan untuk menuntut ilmu ilmu yang ada selagi terdaya. Ilmu terbahagi kepada beberapa bahagian dan kelasnya. Boleh rujuk kepada yang ahli untuk ketahuinya. Ada ilmu yang kita nampak di depan mata dan ada juga ilmu yang sudah lama hilang tetapi sangat hebat nilainya walaupun telah menghilang. Kini kita selagi ada daya keringat dan usaha, wajiblah kita menuntut ilmu. Ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat. Ilmu boleh dimanfaatkan. Ilmu boleh diamalkan. Ilmu juga boleh disampaikan kepada yang lain. Terpulang kepada kita untuk bertindak. Ilmu juga ada yang

Perancang Perjalanan yang fail

Assalamualaikum dan salam ceria. Memang benar  perancangan awal itu penting. Jika tidak, akan terjadi pelbagai masalah kecil atau pun besar. Merancang perjalanan tidaklah terlalu sukar. Bukan memerlukan proses yang rumit. Memadai membuat persediaan saja sudah cukup. Namun pun begitu, kadang kala kita mudah terlupa dan lalai dengan semua ini. Sehinggakan terlupa untuk membuat perancangan awal. Bagi sesetengah orang tidak perlukan perancangan yang rumit sehinggakan membebankan kepala. Hanya simple simple saja. Tapi jika sudah berlaku masalah, macam macam alasan dan kekesalan yanag akan diungkapkannya. Begitu juga kepada saya yang boleh dikatakan sentiasa memerlukan perancangan untuk melakukan apa saja kerja dan tugasan setiap minggu. Namun seperti yang saya katakan tadi, ada masanya kita lupa dan lalai. Bila dan lupa untuk merancangan, dan dijadikan cerita, masalah pula timbul selepas itu. Baru baru ini saya tersilap untuk merancang perjalanan. Perancangan untuk ke tempat jauh tidak