Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

Perjalanan masih jauh

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini dalam bulan ini juga (bulan Jun 2022) saya bersama keluarga pergi bercuti ke Port Dickson. Percutian ini sebenarnya tidak dirancangan dengan serius, hanya sekadar perancangan di mulut saja.   Namun semuanya berjalan dengan lancar. Semua telah selamat dan rasa seronok dengan hari percutian tersebut. Saya sekeluarga bersama-sama dengan keluarga mertua dan keluarga adik ipar pergi beramai-ramai menginap di sebuah homestay berdekatan dengan pantai Poli Port Dickson. Apa yang nak saya sampaikan di sini bukanlah nak bagitau aktiviti percutian tersebut tetapi saya nak bercerita tentang keadaan semasa percutian tersebut. Memang tidak dapat digambarkan keseronokannya, bukan pada diri saya sendiri saja tetapi hampir semua orang termasuk ahli keluarga saya. Tambahan pula saya ada seorang baby kecik yang pada ketika itu baru berumur 5 bulan. Pada gambaran perasaan saya sememangnya seronok. Kepuasan saya adalah melihat keluarga yang sangat seronok

Saya Terpaksa dan Dipaksa

Assalamualaikum. Salam bersua kembali. Sudah hampir masuk tahun ketiga kita hidup dalam suasana endemik bersama-sama dengan virus covid-19. Keadaan kehidupan kita juga turut berubah dari pelbagai arah. Banyak yang terkesan. Hampir semua orang tahu. Saya antara yang terkesan. Kini saya bermula balik menulis terutama dalam blog dan Insyaallah tidak lama lagi akan terbit buku penulisan pertama saya. Terus terang sebenarnya saya tidak ada masa yang cukup untuk semua ini terutama dalam penulisan. Sedangkan untuk hantar post baru dalam FB dan IG juga sepertinya tiada masa. Kini saya terpaksa. Saya seperti didesak dan dipaksa untuk menulis dan menghidupkan kembali kehidupan dalam blog. Bukan satu blog yang saya ada tetapi lebih. Setiap satu blog menceritakan niche yang berbeza. Kecuali dalam blog ini. Ia merangkumi penulisan semua blog yang saya tulis. Hanya penerangan ringkas dan beberapa pendapat secara peribadi. Saya terpaksa menulis sebab dahulunya saya aktif sebagai blogger. Malah sebaha

Norma Baru, Era Baru

Kini sudah pun masuk tahun 2022. Setelah menjangkau masa bermula dari awal tahun 2020 sehingga kini kita dihadapkan dengan suasana yang melanda negara kita termasuk seluruh dunia iaitu wabak corona virus dan covid-19. Wabak yang melanda ini telah banyak memberi perubahan drastik kepada semua sektor. Antara yang terkesan adalah sektor ekonomi dan sosialisma kepada kita semua. Banyak kesan negatif berlaku berpunca dari hal ini. Ianya boleh dikatakan perubahan sebanyak 360 darjah dan ianya meninggalkan kesan yang amat dasyat. Kita banyak bercerita tentang orang lain yang terkena musibah mungkin kerana kita tidak merasainya atau menghadapinya seteruk orang lain. Ada yang kehilangan orang yang tersayang, ada yang kehilangan kerja yang menjadi sumber pendapatan tetap dan ada yang kehilangan harta benda dan segala-galanya. Ianya antara fenomena yang paling buruk yang pernah kita hadapi. Semua yang berlaku ini banyak memberi kesan kepada diri saya juga. Tidak semuanya musibah yang melanda ini