Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Rumusan Sempena Hari Raya

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada saudara-mara, sahabat-sahabat, kawan-kawan, kenalan-kenalan dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang memusuhi aku. Dengan ucapan tambahan, tambahkan keimanan dalam diri dan ingatlah hidup di dunia ini sementara sahaja. Sesungguhnya di akhirat sana adalah kekal abadi. 'Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan gurau sendaan dan main-main.' (surah Al-Ankabut: 64). Aku beraya di rumah mertua dan raya ketiga balik beraya di kampung halaman di Segamat, Johor. Alhamdulillah, raya tahun ini lebih ceria dengan persediaan yang mencukupi dan perancangan yang sangat lancar sekali. Rasa sedih pula meninggalkan bulan Ramadhan yang banyak sekali keistimewaannya. Bagi aku bulan Ramadhan adalah bulan relax. Selain dari relax perut, dapat juga merehatkan minda dengan pelbagai gangguan. Walaupun solat terawih banyak kali terlepas, tapi boleh lakukan amalan ibadah yang lain juga. Puasa tahun ini banyak pembaharuan dalam

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Wah... dah lama sangat aku tak update blog ni setelah sekian lama berpuasa dan sibuk bekerja. Maklumlah dah nak dekat raya ni ramai kontraktor nakkan payment sebelum raya. Aku pun camtu juga la. Mesti nakkan duit untuk belanja raya nanti. Pertama sekali aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri. Aku nak minta maaf banyak-banyak pada korang semua jika aku banyak buat salah dan silap. Untuk korang pun aku dah maafkan walaupun korang tak minta maaf. Aku maafkan semua orang kawan-kawan dan termasuk sekali musuh-musuh yang sedar atau pun tidak. Untuk perancangan selepas raya nanti, aku belum fikirkan lagi. Atau mungkin tiada apa-apa perancangan buat masa ini. Kalau ada pun aku merancang on the spot. Dalam masa yang sama juga aku banyak mencari kenalan dan juga beberapa prospek yang berpotensi untuk projek akan datang ini. Aku tengok pun Bro Jimi pun dah pening-pening kepala sebab tiada tindakan lagi yang boleh dibuat untuk masa ini. Kuncinya adalah pada aku sendiri. Kalau aku kata 'o