Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Rubik's Cube

Suka tak bermain dengan rubik's cube? Kalau nak tau, kotak banyak kaler ni menjadi permainan kesukaan aku sejak aku umur 13 tahun lagi. Aku usung ke sana sini dengan benda ini. Aku suka bermain dengan benda ini. Pada umur tersebut aku dah boleh selesaikan paling cepat sehingga dua warna sahaja. Tapi susah nak selesaikan kesemua warna dengan lengkap. Jadi sekarang ni aku lekat balik dengan benda ini. Setiap masa kalau aku nak rest kepala otak aku, aku akan bermain dengan rubik's cube ini sampai habis. Lepas tu aku akan sambung buat kerja balik. Tapi ada satu kaedah lain lagi kalau nak selesaikan masalah rubik ni. Salah satu cara adalah dengan cabut semua dan pasang balik. Ha ha ha... memang senang tetapi macam tipu diri sendiri la. Untuk lebih drastik, lebih bagus selesaikan dengan cara yang betul. Ianya salah satu cara untuk tajamkan minda dan menguatkan ingatan. Apa pun, jangan terlalu taksub pula bermain benda ni sampai lupa perkara lain dan perkara yang wajib.

Sudah perhujung tahun...

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam ceria. Nampaknya kita sudah hampir ke penghujung tahun 2010. Cepat masa berlalu sehinggakan terleka yang kita ni sudah berada di penghujung tahun 2010. Aku serba sedikit merasai pelbagai kenangan manis mahu pun pahit sepanjang tahun 2010 ini. Ianya menjadi tanda-tanda yang bermakna bagi aku untuk dijadikan pedoman dan panduan untuk meneruskan lagi perjalanan kehidupan di muka bumi ini. Sungguh bertuah rasanya jika Allah memberikan hidayah dan petunjuk dalam kita menempuhi kehidupan di dunia yang fana ini. Namun kehidupan perlu diteruskan walaupun kita tidak mengetahui apakah yang akan berlaku dan terjadinya pada masa akan datang. Ianya adalah satu perkara ghaib yang sememangnya kita tidak ketahui melainkan Allah. Sepanjang 2010 ini banyak pengalaman yang menjadikan ia sebagai satu pengajaran. Mahu pun manis atau pun pahit, kedua-duanya sama ertinya dalam kehidupan. Apa pun Allah sebenarnya ingin menduga kita. Baik dan buruk itu a

Bukan kemampuan aku...

Dalam kehidupan ini kita perlu dan mesti menghadapi pelbagai rintangan mahupun dugaan. Tetapi tidak semua orang yang mampu untuk menghadapinya dan lain orang lain pula karenahnya. Termasuklah diri aku sendiri. Terlalu sukar untuk orang lain mengenali karenah aku dan pendirian aku. Aku umpama sumpah-sumpah yang sering bertukar-tukar karekter dan keadaan. Mengikut kajian, orang seperti ini perlu berhati-hati dan berjaga-jaga apabila berurusan dengannya atau menghadapinya. Jangan cuba untuk mendalami karekter orang seperti ini kerana keadaannya sering berubah-ubah dan sukar untuk membaca fikirannya boleh menyebabkan orang lain tertekan. Bukan itu sebenarnya yang ingin aku sentuh. Cuma sekadar pengetahuan dan pemberitahuan sahaja. Dan aku sangat terkilan dengan beberapa hal yang telah menimpa rakan-rakan aku yang mengalami kesusahan. Terkilannya sebab aku tidak mampu untuk membantu pada saat ini. Aku doakan semoga Allah memberi kemudahan dan memberi ketabahan di dalam hati supaya dapat m

Belanjawan kaitan dengan perancangan dulu...

Baru-baru ini PM kita telah membentangkan belajawan 2011 yang rata-ratanya banyak memberi impak positif kepada rakyat Malaysia secara umumnya. Itu seperti yang dibentangkan di parlimen tempoh hari. Jadi aku tak reti nak komen lebih lebih tentang hal tersebut melainkan PM ada menyentuh mengenai suntikan dana dan menggalakkan penggunaan dan penghasilan teknologi hijau. Ya... itulah yang aku tengah buat dan sudah lama aku menceburinya sejak 2 tahun lalu. Tapi tiada hasil lagi sebab masalah lorong yang tidak betul. Mungkin ada yang rasa hairan apa yang menjadikan ia lorong yang salah. Aku pun hairan juga. Tapi tak mengapalah sebab aku sudah usaha dan untuk tahun depan aku cuba lagi. Cuma mungkin aku mula awal pada tahun ini dan kebetulan aku punya pelabur sudah pun tengok perkembangan projek aku baru-baru ini. Apa pun aku ucapkan bebanyak terima kasih kepada pelabur yang memahami tugas aku dan perancangan aku waktu ini. Maknanya aku cakap sekali sudah cukup. Tak perlu untuk aku ulang ban

Berubah segalanya di sini...

Dalam menjalani kehidupan ini aku sering kali merasai pelbagai perasaan yang jarang sekali aku merasai sebelum ini. Mungkin juga kerana pengalaman yang jarang-jarang dilalui membuatkan aku rasa tidak begitu biasa dan agak kekok. Sejak dari bulan Ramadhan sehingga kini aku belum dapat update blog aku ini mahu pun blog-blog yang lain. Bukan sahaja disebabkan kesibukan tetapi banyak alasan lain yang membuatkan aku tidak dapat mengemaskini seperti biasa. Aku masih lagi terasa kesedihan walaupun ke hari ini dengan pemergian atuk perempuan (nenek) aku selama-lamanya. Pemergian arwah sangat dirasai walaupun arwah pergi sebab sakit tua dengan umur yang sangat lanjut sekali. Bila dikenangkan kisah silam, zaman kanak-kanak adalah waktu yang paling dirasai aku bersama arwah. Itu hanyalah kenangan silam. Yang pergi tetap pergi. Tinggal aku yang ntah bila lagi. Aku di dunia ini perlu meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba Allah. Apalah sangat hidup di dunia yang penuh dengan kepalsuan ini d

Apabila Lab aku jadi stor

Salam semua. Nampak gayanya puasa kita sudah melalui semester kedua dan makin hampir ke semester ketiga pula. Terlalu cepat masa berlalu dan terasa amat sayang sekali kerana har-hari Ramadhan semakin berkurang bilangannya. Jika korang merebut peluang untuk beribadat bersungguh-sungguh di bulan Ramadhan ini ianya adalah usaha yang sangat disukai Allah dan layak menerima ganjaran yang besar. Aku seperti ini juga. Aktiviti pada bulan Ramadhan ini kurang aktif berbanding hari-hari lain. Tetapi tugas tetap jalan juga. Baru-baru ini barang yang aku order yang hampir sebulan sudah sampai. Kalau ikutkan item-item yang aku terima bukanlah susah nak dapat tetapi masa yang aku terima ini terlalu lama sangat. Sehinggakan mengganggu jadual kerja aku dan juga menyebabkan banyak perkara terganggu. Jadi apabila barang-barang ini telah dapat, masalah lain pula timbul. Tiada tempat untuk meletak dan menyimpan barang-barang ini. Untuk sementara aku letak dalam lab. Setelah selesai susun dalam lab, ru

Jadual padat tetapi tetap relax

Dalam bulan Ramadhan ini aku menempuhi jadual yang agak padat tetapi masih boleh relax dan ade masa untuk tidur sekejap di siang hari. Kepenatan menjalani ibadah puasa di siang hari membuatkan aku terasa letih dan lesu. Ditambahkan pula dengan kerja-kerja yang banyak menggunakan kepala otak. Tiada fomular saintifik untuk aku kekal cergas dan bertenaga melainkan tidur atau rehat sekejap. Apa pun syukur kerana masih dapat tunai ibadat solat terawih dan solat berjemaah yang lain walaupun sibuk kerja. Seperti yang ustaz-ustaz yang telah banyak kali memberi tazkirah mahupun ceramah mengenai tanggungjawab kita dalam mengerjakan ibadah walaupun dalam apa juga keadaan sekali pun. Tiada alasan untuk kita lari dari tanggungjawab tersebut. Apa pun kita adalah hamba Allah yang sepatutnya tunduk kepada arahan dan suruhanNya. Lakukan apa yang disuruh dan hindarkan apa yang ditegah. Insyaallah berbahagialah hidup di dunia dan akhirat. Itulah janji Allah kepada hamba-hambanya yang beriman. Bulan p

Selamat menyambut Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua. Nampaknya bulan puasa sudah pun tiba. Cepat benar masa berlalu. Tempoh masa yang terlalu cepat dan pendek. Apa pun aku ucapkan selamat datang kepada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Rugi kepada sesiapa yang tidak merebut peluang mencari pahala sebanyak-banyaknya. Sama-samalah kita usahakannya. Bila tiba bulan puasa ini, macam-macam yang ada. Pasar Ramadhan la, jualan murah sana sini la dan macam-macam lagi. Bagi aku semua itu biasa je sebab setiap tahun memang macam tu. Cuma tahun ni makanan untuk berbuka puasa kena control dan tukar cara pemakanan yang lebih baik untuk kesihatan tubuh badan. Seperti setiap tahun, menu bubur lambuk Taman Mesra Kajang memang tak miss. Hari-hari ade. Tapi takde la makan hari-hari. Ada hari tertentu je. Syukur sebab Ramadhan sudah tiba. Aku harap bulan puasa ni masalah kesihatan aku dapat dikurangkan dan berharap sangat penderitaannya akan hilang. Ambil barakah dan kebaikan dari bulan Ramadhan, Insyaallah. Pada bul

Jaga pemakanan untuk kesihatan

Untuk menjaga kesihatan badan berpanjangan dan sentiasa berada dalam keadaan bertenaga, salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan setiap hari. Kita akan makan setiap hari apabila lapar dan pemakanan kita pula mengikut rutin harian. Mengenai hal pemakanan ini aku memang lebih mengutamakannya dan ianya penting. Tujuannya adalah untuk menjaga kesihatan badan agar badan aku tidak cepat penat dan lesu. Memang dahulunya aku selalu macam tu, selalu penat dan lesu setelah buat kerja berat melibatkan urusan berfikir dan menjana idea. Tapi sejak melakukan kerja yang mencabar ini, setelah mengambil pemakanan yang betul dan teratur, Alhamdulillah, kelesuan secara mendadak sudah tiada lagi. Apabila badan lesu dan cepat penat, urusan kerja akan terganggu. Jika ini berlaku, biasa aku memang tak boleh buat kerja. Jadi apakah makanan yang selalu aku ambil setiap hari, minggu, bulan dan tahun? Aku makan seperti orang biasa juga. Tiada apa yang istimewa seperti perlu banyak berpantang. Cuma tukar

Aku minta maaf

Assalamulaikum. Salam hormat dan salam 1 Malaysia. Bulan Ramadhan akan datang tidak lama lagi. Jadi eloklah kita bersiap sedia untuk menghadapinya dengan hati yang penuh dengan kesyukuran. Pastinya pelbagai rancangan telah pun disusun atur menjelang Ramadhan nanti terutama sekali kepada para peniaga-peniaga pasar Ramadhan. Tidak ketinggalan juga kepada kita yang seharusnya bersedia dari semua aspek rohani dan jasmani. Apa yang penting adalah amalan sepanjang bulan puasa nanti. Pada aku sendiri sebenarnya banyak perkara yang perlu aku rancang dan buat. Terutama sekali pada kerja aku. Banyak perubahan yang perlu aku buat kerana perancangan sebenar telah banyak terpesong dari keadaan sebenarnya. Begitulah khabarnya banyak terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor yang sememangnya tidak dapat dielak. Aku sebagai manusia yang hanya tahu merancang tetapi Allah jua yang sebenar-benarnya Maha Mengetahui baik dan buruknya. Selain dari berusaha melakukannya setiap masa, adakalanya tidak semu

Bekerja sambil melancong

Assalamualaikum. Salam hormat, salam 1 Malaysia. Sejak dua menjak ini kesihatan aku agak terganggu dan kurang memuaskan. Demam, sakit-sakit badan dan macam-macam lagi mula terasa. Namun kerja tetap diteruskan walaupun agak slow tetapi dengan adanya pembantu, kerja masih boleh diteruskan. Maklumlah kerja guna otak ni banyak guna tenaga berbanding kerja menggunakan kerahan fizikal. Aku boleh bezakan kedua-dua keadaan ini. Sebab dahulunya aku pernah bekerja berat dan menggunakan hampir 100% kerahan tenaga berbanding sekarang ini banyak guna otak. Lebih 10 tahun dahulu aku pernah kerja buruh, pernah kerja pemotong rumput (ala ninja) dan jaga lanskap. So kerja tu memang menggunakan fizikal dan ianya memenatkan. Namun penatnya seketika sahaja selepas berehat beberapa minit dan boleh sambung kerja semula. Tidak seperti sekarang ini, aku banyak guna perahan otak dan tenaga yang digunakan sangat besar dan cepat penat. Jika tersalah kawalan, aku akan mudah dapat stress yang melampau. Bila kit

Magnet positif

Assalamualaikum. Salam sejahtera, salam hormat dan salam satu Malaysia. Sudah terlalu lama untuk aku kembali semula ber'blogging' di sini setelah sekian lama melalui pelbagai pengalaman yang mengasyikkan. Bukan disebabkan kesibukan aku tidak update blog ini tetapi belum bersedia untuk menceritakan pengalaman selajutnya yang sangat bermakna sekali. Kini aku mempunyai satu pekerjaan yang mengandungi pelbagai tugasan yang tidak putus-putus. Satu ucapan yang perlu dan wajib aku ucapkan... Alhamdulillah. Masih belum terlewat dan masih tidak terlalu awal untuk aku menceritakan serba sedikit pengalaman yang pernah aku lalui dan ianya dapat membantu aku dan rakan-rakan menilai dari pengalaman yang diberi. Kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat aku ucapkan ribuan terima kasih kerana banyak membantu dan memberi sokongan padu atas usaha yang aku lakukan sehingga kini. Tanpa korang semua, mungkin aku tidak mampu untuk melangkah jauh malah setapak pun belum tentu. Kini aku memegang prin

Teringin bercuti

Dalam kesibukan melakukan kerja-kerja duniawi ini, ada masa aku teringin untuk pergi bercuti. Cuma belum pasti bila dan di mana. Cuti yang sebenarnya cuti. Dan bukanlah cuti yang ada niat terselindung seperti pergi bekerja sambil bercuti. Memang ada hasrat untuk buat begitu tapi aku perlu satu waktu yang sebenar-benarnya pergi bercuti. Tempat untuk merehatkan diri dan minda pula belum dikenalpasti lagi. Dan jauh atau dekat bukan menjadi persoalan, cuma tempat yang sesuai. Pernah sekali aku terfikir untuk masuk hutan atau panjat gunung. Bercuti dengan cara xpdc yang mencabar. Sekurang-kurangnya  ada juga kelainan tidak seperti yang lepas-lepas pergi bercuti kat hotel, mandi kolam, mandi laut, mandi air terjun dan seumpamanya. Tapi kini mungkin ada kelainan sikit untuk aku kerana sebelum mulanya projek besar akan datang ini, aku nak putuskan untuk pergi bercuti dalam hutan. Kenapa hutan? Sebab kat Malaysia ni ada banyak hutan. Mungkin dalam dua tiga hari dalam hutan sambil memancing, b

Menghitung waktu yang telah hilang

Assalamulaikum. Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan dan juga para pengunjung blog lepak santai ini. Seperti biasa aku kekurangan masa untuk bersama-sama di dalam blog ini di kala aku masih mencari-cari waktu yang sesuai untuk update blog. Sela masa yang sangat jauh menjadikan blog ini seperti kekurangan info yang menarik dan kurangnya penceritaan. Aku cuba untuk memaksakan diri ini untuk melakukan semua yang ada di dalam senarai tugas-tugas penting sehingga yang kurang penting. Tapi hanya sekejap saja. Itu pun sudah memadai. Nampak gayanya aku sudah terpesong dari hala tuju yang sepatutnya aku lalui betul. Seperti apa yang aku buat tidak mengena. Tapi pada hakikatnya aku sudah pun berada di landasan yang betul dan selesa. Cuma bisikan-bisikan halus sentiasa bermain di telinga aku ini supaya aku alpa dan lalai berpanjangan sehingga aku tewas kembali. Aku hanyalah manusia biasa dan mempunyai iman turun dan naik. Hanya aku berharap supaya iman milik aku berada kekal di tahap tertin

I'm not a superman or ironman...

Assalamualaikum... Ketemu kembali. Harap kengkawan semua sihat dan happy. Lama sudah aku tak update blog ini dan beberapa blog lain. Kali ini terpanggilnya aku untuk update blog ini semata-mata untuk mengisi ruang dan bercerita mengenai sesuatu. Sesuatu yang perlu aku bincangkan dan nyatakan untuk pengetahuan umum. Lebih-lebih lagi kepada kawan-kawan semua. Tiada apa yang penting, cuma nak bercerita seba sedikit mengenai aktiviti yang telah aku tempuhi lewat ini. Agak penat sikit badan aku ni jika dihitungkan dengan kerja-kerja harian yang aku lakukan siang dan malam. Tapi apa pun aku bergerak secara senyap seperti menyusuri semak samun di waktu malam bagaikan ingin membuat satu serangan hendap terhadap musuh. Semua tahu aku bergerak solo sekarang dan kurang berususan dengan orang lain. Tapi itu adalah permulaan sahaja. Sampai satu masa aku bergerak secara kumpulan yang sedang aku bina di kala ini ramai orang tak nampak. Pada masa aku bekerja menlakukan pelbagai tugasan, ada masa

Aktiviti dalam jadual mingguan

Sudah lama sangat aku tidak update blog ini dengan sempurna mengikut kebiasaannya disebabkan masa yang terlalu suntuk. Setiap hari aku banyak habiskan masa duduk di dalam lab dengan pelbagai kerja dan tugasan yang sangat-sangat untuk aku bereskan. Masa terlalu suntuk setiap hari ditambah pula dengan pelbagai desakan yang tidak keruan. Namun begitu aku masih boleh mengawal keadaan menjadi lebih baik dan stabil tanpa rasa panik dan bercelaru. Di dalam lab aku banyak menggunakan masa untuk membuat beberapa kajian dan R&D beberapa projek yang sudah lama aku inginkan untuk dilakukan. Memandangkan dana yang terhad, aku mengalihkan tumpuan kepada perkara lain tetapi masih berkaitan dengan projek R&D. Ramai yang bertanya dan tidak memahami tugasan aku seharian. Malah ada yang mempertikaikan kerja aku kerana tidak tahu punca dari mana datangnya keuntungan yang aku perolehi. Bagi aku 'ya' memang benar. Memang sukar untuk melihat dari mana datangnya hasil yang selama ini aku usah

Projek Kabinet Telur Elektronik

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Apa khabar rakan-rakan sekalian? Harap sihat hendaknya. Maaf aku pinta sebab lama tak berblog atas sebab sibuk dengan kerja dan projek yang sedang aku laksanakan bermula sebelum ini. Buat permulaan ini aku masih di tahap R&D lagi dan terlalu banyak benda yang hendak aku lakukan dan perlu untuk disiapkan. Projek yang sedang aku lakukan adalah projek kabinet telur elektronik. Projek kerjasama dengan syarikat perabut di Rantau, Negeri Sembilan. Pada permulaannya aku buat projek ini di sana (Rantau) dan bergerak dari Semenyih semata-mata untuk menjayakan projek ini. Setelah siap rekaan kabinet tersebut tiba pula masanya tugas aku untuk mereka alat yang sesuai dipasang pada kabinet tersebut. Oleh itu kabinet tersebut dihantar ke Lab aku di Semenyih. Jadi senang la aku tak perlu berulang-alik ke Rantau. Apabila siap, kabinet ini akan dihantar semula ke Rantau untuk proses pengujian selama 1 bulan. Untuk proses R&D projek ini memerlukan masa yang b