Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Pemakanan sunnah yang istiqamah...

Assalamualaikum. Salam ceria dan bertemu kembali. Kali ini aku tak dapat nak bercerita panjang. Cuma hanya info untuk dikongsikan bersama. Jika baik boleh diamalkan untuk kesejahteraan bersama. Jadikan ia sebagai satu amalan yang berterusan. Seterusnya menjadikan ibadah kita dan kehidupan kita lebih ceria dan sihat. Di sini aku nak kongsi sikit mengenai pemakanan tambahan. Rata-rata ramai yang mengamalkan pemakanan tambahan harian semata-mata untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Ramai juga yang membeli makanan tambahan dari mana-mana penjual makanan kesihatan, baik yang mahal mahupun yang murah harganya. Tapi itu hak masing-masing untuk memilih makanan kesihatan atau makanan tambahan yang disukai. Tidak kurang juga untuk diri aku sendiri. Apa yang aku amalkan sebenarnya sudah lama dan ia menjadi rutin harian aku mengambil makanan tambahan setiap hari. Rutin aku hanya pagi dan malam sahaja. Manakala makanan kegemaran aku ambil seperti biasa. Walaupun adalah beberapa makanan ya