Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2023

Teknik potong rumput

Masa muda remaja dulu kerja potong rumput ni memang dah menjadi kebiasaan aku. Lepas habis pengajian UTM, kerja yang mula-mula aku buat adalah kerja potong rumput. Bukan buat kerja sendiri tapi kerja secara berkumpulan di bawah satu syarikat kontrak lanskap. Bukan tiada pilihan kerja tapi memang masa tu dah terjebak sebab syarikat sepupu dan kalangan pekerjanya pun dari orang kampung belah ayah aku. So tak kekok dan rasa seronok bekerja bersama. Masa tu pekerja Bangla, Indon atau Pakistan memang takde. Semuanya orang tempatan. Kali pertama guna mesin potong rumput sandang ni memang agak kekok. Sebab tak biasa guna dan lagi pun kat rumah memang takde mesin sandang ni. Ada pun yang jenis tolak je. Lama jugalah aku kerja potong rumput ni sampailah masanya aku dapat kerja lain yang berkaitan dengan bidang yang belajar dulu iaitu bidang elektronik. Walaupun dapat kerja baru, kerja potong rumput aku tak tinggal terus. Ada masa cuti hujung minggu aku buat kerja potong rumput secar