Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Projek Untuk Malam Sambutan Merdeka

Assalamualaikum. Salam ceria. Bismillah. Antara aktiviti yang membuatkan saya ingat sehingga sekarang adalah aktiviti bersama-sama jiran tetangga. Apabila kita menyertai satu komuniti yang agak besar walaupun kecil, ianya memberikan satu pengalaman menarik. Saya sudah menyertai pelbagai komuniti dan grup-grup yang membawa kepada pengalaman aktiviti tersendiri. Baru-baru ini di dalam komuniti kejiranan saya ada buat beberapa aktiviti. Antaranya adalah persiapan untuk sambutan hari kemerdekaan negara. Kami berkumpul dan berbincang mengenai aktiviti yang hendak diadakan nanti. Salah satunya adalah pemasangan banner untuk sambutan kemerdekaan. Menariknya adalah banner tersebut dihiasi dengan kerlipan LED yang mana bahagian tersebut sayalah orang bertanggungjawab untuk mengendalikannya. Tahniah untuk semua! Syukur Alhamdulillah, rakan-rakan jiran tetangga banyak yang membantu untuk menjayakan projek ini. Pada kali ini saya lebih menceritakan bahagian kerja-kerja s

Pemasangan Solar Powered untuk guard house 2

Bismillah... Assalamualikum. Salam ceria. Sambungan dari artikel yang pertama sebelum ini. Apabila tiba hari pemasangan, saya dan beberapa petugas mula bergerak pada waktu pagi selepas bersarapan di gerai roti canai. Semua peralatan dibawa bersama-sama dengan barang pemasangan.   Sampai di lokasi, semua alatan dan barang pemasangan dibawa turun ke tempat yang hendak dipasang. Antara barang yang dibawa adalah: Solar Panel 150 watt Solar regulator 30A Bateri kereta 12 volt 60AH Power Inverter 12vDC- 220vAC         Barang-barang di atas ini merupakan barangan keperluan yang asas. Maksudnya jika barang-barang ini tiada maka projek ini tidak boleh dijalankan dengan sempurna. Contohnya seperti solar panel yang semestinya perlu ada kerana ianya barang yang wajib ada. Sebelum dibuat pemasangan ini, terlebih dahulu saya membuat pengiraan asas bagi menentukan keperluan yang betul untuk pondok kawalan ini. Mengikut permintaan, setiap unit pondok kawalan mesti ada seunit kipas angin,

Tiada lagi Laman Web rasmi

Bismillah... Assalamualaikum dan salam ceria. Pertama tama sekali saya ingin mengucapkan rasa bersyukur ke atas hadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk saya menerbitkan artikel ini. Sudah lama saya tidak menulis artikel di dalam blog. Bukan masalah masa atau tidak cukup waktu untuk menulis, tapi sebenarnya masalah lambat bertindak. Apabila lambatnya bertindak, maka lambatlah satu pekerjaan itu dilaksanakan. Dan akhirnya terbiar begitu saja. Mengikut kepada tajuk di atas, ya! Memang benar sekali. Sebenarnya sudah lama saya tidak memiliki laman web seperti laman web myenique, dekonovasi dan sebagainya. Bermakna saya sudah tidak lagi menguruskan laman web tersebut walaupun semuanya adalah milik saya. Sebagai penggantinya, saya lebih tertumpu sekarang kepada blog-blog yang sedia ada dan masih aktif. Jika tidak aktif, saya akan pastikan blog tersebut aktif semula. Jadi, tujuan artikel ini adalah sekadar untuk memaklumkan bahawa saya sudah tidak lagi menguruskan laman web laman web s

Pemasangan Solar Powered untuk Guard Post.

Assalamualaikum. Salam ceria. Salam bersua lagi. Baru baru ini saya telah pun memulakan kerja pemasangan sistem tenaga solar untuk pondok pengawal keselamatan untuk syarikat perumahan di area ibu negara. Kerja kerja pemasangan ini dibuat dalam masa tidak sampai satu hari. Semua kerja hampir dilakukan oleh pekerja yang telah diberi upah untuk melakukannya. Pada pemasangan pertama ini saya banyak membuat pemerhatian kepada cara pemasangan sistem ini. Walaupun sistem ini bukanlah baru tetapi cara pemasangan di pondok kecil ini memerlukan satu standard pemasangan. Ini sebagai kemudahan pada masa akan datang. Ianya bersaiz kecil tetapi perlu dilihat juga cara pemasangan yang betul dan kemas. Selepas pemasangan selesai nanti, saya akan membuat pengujian untuk keseluruhan sistem. Selesai saja pemasangan, saya akan biarkan dalam tempoh minimum seminggu untuk melihat hasil dari pemasangan tersebut. Sistem berfungsi dengan baik tetapi faktor faktor lain perlu diambil kira. Antaranya

Litar converter dan inverter

Bismillah... Assalamualaikum. Salam ceria. Adakah anda tahu akan litar inverter dan litar converter. Ok baik, kali ini saya sentuh bab agak advance sikit. Kepada yang baru mula belajar atau baru kenal komponen bab ini anda boleh baca dan ikuti. Jika anda sukar untuk faham itu tidak mengapa. Ini adalah sambungan dari topik solar panel sebelum ini. Persoalannya bolehkah solar panel yang bersaiz kecil berupaya untuk cas bateri yang mempunyai nilai volt yang tinggi seperti 12 volt? Jawapan saya adalah boleh. Bagaimana caranya? Dengan penambahan litar converter. Apakah litar converter dan inverter? Ada pelbagai versi jawapan. Saya akan terangkan dan anda boleh nilaikan sendiri. Litar converter berfungsi menukar nilai voltan masuk kepada satu nilai tertentu pada keluaran. Contoh voltan masuk 5 volt, keluaran pula 10 volt. Contoh lain, voltan masuk 8 volt dan keluaran pula 4 volt. Voltan biasanya adalah DC atau arus terus. Ada juga litar converter yang berfungsi menukarkan voltan positi

Sekecil kecil Solar Panel

Bismillah... Assalamualaikum. Salam ceria. Bersua lagi pada kali ini saya suka ingin menyentuh mengenai solar panel. Sejak dari kecil lagi saya suka dengan tenaga. Tenaga elektrik, tenaga batin dan sebagainya yang berkaitan dengan tenaga. Begitu juga dengan tenaga ghaib seperti tenaga aura, tenaga batin, tenaga chakra dan ntah apa apa lagilah. Sampaikan benda benda seperti batu kayu juga menghasilkan tenaga yang disebut sebagai frekuensi. Frekuensi adalah getaran. Getaran yang terhasil menentukan identiti sesuatu benda. Apa saja benda di dalam dunia ini ada frekuensinya tersendiri. Begitu juga dengan diri kita. Frekuensi boleh menghasilkan tenaga. Tenaga pula boleh disebarkan kepada kita semua sebagai satu yang bermanfaat. Tenaga dari matahari memancarkan cahaya yang terang. Di dalam cahaya matahari terdapat beberapa frekuensi dan pelbagai bentuk cahaya. Antara yang kita tahu adalah infrared dan ultraviolet. Manfaat tenaga matahari memberi kebaikan kepada solar panel unt

Solar Guard untuk free elektrik

Bismillah... Assalamualaikum. Salam ceria. Sejak berkecimpung dalam bidang tenaga solar ni macam macam hal yang terjadi. Ada yang baik dan ada yang tidak baiknya. Yang baiknya saya dapat projek berskala besar yang pertama. Sebelum ini banyak projek yang kecil kecil saja. Untuk permulaan ini berlakunya sessi perjumpaan dan perbincangan sebelum memulakan projek. Dalam perbincangan tersebut banyak membincangkan kerja pemasangan solar power dan keperluan yang perlu diketahui. Kemudiannya diadakan sessi melawat kawasan iaitu pondok pengawal. Projek yang hendak dilaksanakan ini adalah pemasangan solar panel dan beberapa alatan di dalam pondok pengawal. Dimaklumkan sebelum ini, semua pondok pengawal tiada sumber tenaga elektrik kecuali pondok pengawal utama.  Oleh itu saya dan team ditugaskan untuk membuat pemasangan sistem tenaga solar. Bagi permulaan pemasangan ini, saya memilih untuk menggunakan sistem standard sedia ada. Maksudnya saya tidak menggunakan sistem rekaan

Cerita awal 2017

Bismillah... Assalamualaikum. Salam bersua kembali. Walaupun sudah sampai ke pertengah bulan Januari, masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru 2017. Ianya tahun untuk saya menuai hasil. Banyak perubahan yang akan dan sudah pun dibuat untuk tahun 2017 ini. Semua berkenaan dengan kerja-kerja saya, perniagaan saya dan corak kehidupan social saya. Seperti blog-blog saya yang lain, saya ada menyatakan untuk membuat banyak perubahan kepada produk-produk. Antara usahanya adalah membuat penambah baikan, rombakan harga baru dan munculnya beberapa produk baru yang lebih baik. Satu perkara lagi, saya sudah ambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti RnD dan mungkin juga akan dihentikan untuk seketika atau selamanya. Keputusan ini diambil atas beberapa factor. Antaranya adalah sebab tibanya masa untuk saya menuai hasil daripada hasil aktiviti RnD yang bpernah dibuat. Factor lain lagi adalah saya beralh tumpuan kepada memberi ilmu-ilmu yang saya ada sepanjang proses RnD k