Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Aktiviti luar dan dalam.

Assalamualaikum. Salam ceria. Salam bersua kembali setelah lama menghilangkan diri dan terlalu lama tidak update blog. Pada kali ini aku nak bercerita sedikit susulan daripada cerita-cerita dari blog aku yang pernah ujud seperti blog produk kreatif dan blog aktiviti pencarian. Kisah bermula apabila aku merasakan sudah masanya untuk aku melaksanakan rancangan perubahan kepada produk terlaris aku iaitu metal detector atau alat pengesan logam. Sebenarnya sudah cukup lama aku menantikan bilakah tiba masa untuk aku bikin satu detector yang lebih baik dan sangat berguna. Aku tak mahu kalau ada orang yang mengadu produk aku ada masalah serius dengan cara memaki hamun dan seumpamanya. Ia secara tidak langsung menciptakan satu situasi yang cenderung kearah negatif. Bila dah jadi negatif, pelbagai perasaan negatif juga timbul. Dan juga kerja boleh jadi tertangguh. Disebab ada seorang pelanggan yang berkehendak sangat untuk membeli detector yang berkemampuan untuk mengesan logam

Aktiviti Semasa Sebelum Ini

Assalamualikum. Salam ketemu lagi. Baru-baru ni aku terlalu sibuk dengan macam-macam tugasan yang perlu dan wajib untuk diselesaikan. Tapi selalunya apa yang kita rancang atau laksanakan bukannya sempurna. Maknanya bukanlah dapat diselesaikan dengan jayanya. Pasti ada cacat celanya. Apa yang pasti perancangan Allah adalah Maha sempurna. Jadi aku tak bleh nak anggap apa yang aku lakukan apa-apa tugasan adalah sempurna tanpa menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Begitu juga dengan niat setiap kali melakukan kerja. Kerja yang tidak diniatkan kerana Allah maka kerja tesebut diberkati Allah. Begitu juga dengan mengucapkan Bismillah setiap kali melakukan kerja. Apa yang berlaku terutama terima kesukaran, aku terimanya dengan positif. Bagi aku Allah ingin menunjukkan sesuatu kepada kita dengan memberikan kesukaran atau pun kesenangan. jadi dengan bersangka baik, hati kita akan tenang tanpa perlu merungut-rungut atau memaki hamun setiap kali kesukaran atau musibah yang dapat.