Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2008

Agak sibuk dgn kerja?

Wah sekarang ni aku betul betul sibuk dengan pelbagai kerja dan projek. Projek banyak masuk tapi apa yang aku dapat ntah pergi ke mana. Satu lagi aku tak boleh nak tumpukkan pada semua kerja atas satu sebab. Cepat letih dan mengantuk. Bulan Ramadhan ni aku rasa cepat penat pada belah malam. Itu belum masuk kalau solat Terawih lagi. Tapi banyak kali juga aku miss solat Terawih ni. Sampai rumah je dah masuk Isyak. Berbuka puasa pun kat rumah parent aku je. Tiap-tiap hari. Time aku balik kerja je pukul 5 petang. Bini aku pula balik pukul 5.30 petang. Sampai rumah dah pukul 6 lebih. Lepas tu pergi jalan kat pasar Ramadhan pulak. Nak masak memang tak masuk akal la. Kepada mereka yang ada buat tempahan projek ke, atau beli apa-apa barang kat aku terutama sekali pelanggan MyEnik, aku minta maaf bebanyak sebab ada kelewatan atas sebab-sebab tertentu yang memang aku tidak mampu elakkan. Insyaallah jika kuderat aku kuat pada belah malam, mungkin aku dapat selesaikan banyak kerja dan tugasan yang