Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

Bertukar Arah

Kali ini aku terpaksa update blog guna handphone pulak. Sebabnya kerana laptop aku yang dah lama rosak dan akhirya tak boleh digunakan lagi. Mula-mula tu laptop aku dah mula buat ragam tapi aku boleh memperbaikinya. Setakat simple punya masalah kira boleh la. Tapi kalau dah masuk bab rosak yang aku tak pernah tengok, agak susah la. Pening kepala juga sebab dah takde idea nak buat apa. Nak tak nak kenalah hantar ke service center. Aku guna model Dell dan memang puas hati guna laptop jenis ni. Nak edit video atau gambar memang senang dan laju. Tak macam laptop lama aku sebelum ni. Nak buka photoshop je dah lembab.

Kini aku dah takde laptop untuk sementara. Jadi banyak kerja yang tertangguh. Paling tak best sekali aku punya tugasan yang perlu aku siapkan untuk satu presentation nanti. Pelanggan banyak kali bertanya mengenai projek yang dijanjikan. Tapi sebabkan masalah laptop aku rosak dan semua data ada dalam hardrive, semua perancangan tergendala. Bukan aku sorang je yang kena camni, B

Masalah akan settle

Kemungkinan segala masalah aku dengan MyEnik akan berakhir untuk masa terdekat ini setelah berbulan lamanya aku menanggung derita dengan masalah orang yang tak bertanggungjawab yang memang suka memusnahkan impian orang seperti aku ni. Kalau nak ceritakan, panjang ceritanya. Tapi masih dalam siasatan, so aku tak boleh nak cakap banyak la. Apa pun tunggu jelah. Masalah yang berlaku selama berbulan lamanya ini memang aku jarang ceritakan dalam blog ini walaupun hati aku ni tak senang nak berdiam diri. Apa pun biarlah aku pendamkan aje. Cuma kalau ada masalah lain tu memang aku cerita pada umum. Disebabkan masalah ini aku menanggung banyak kerugian dan hilang banyak maklumat pelanggan Myenik seperti nama, nombor telefon dan alamat. Masalah yang berlaku ini juga menyebabkan akaun bank aku tak boleh digunakan untuk transaksi untuk bisness sebab duit dalam simpanan asyik ghaib aje. Masih dalam siasatan. Begitu juga dengan web site MyEnik dan juga akaun e-mail yang berkaitan rapat antara satu

Manage setiap blog

Aku ada beberapa blog yang perlu aku uruskan baik yang baru atau pun yang lama. Setiap blog terdapat fungsi tertentu. Walaupun ianya banyak dan nampak seperti aku ni sibuk dengan urusan blog-blog yang ada tapi tidak seperti yang digambarkan. Sebenarnya tidak. Ianya mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mengikut kaedah yang lebih mudah untuk semua blog. Harapan aku lepas ni tak la bercampur aduk isi kandungan blog seolah-olah hampir sama saja isi kandungan dengan semua blog yang ada. Namun blog lepak santai adalah blog rasmi aku dan di dalamnya aku link ke beberapa blog aku yang ada. Tapi tidak semuanya yang aku link. Hanya yang berkaitan sahaja.

Selamat Tahun Baru 2009

Selamat tahun baru 2009. Apakah azam tahun baru 2009 ini? Adakah azam tahun lepas sudah tertunai atau tercapai ke tak? Bagi aku masih belum tercapai lagi azam yang lepas-lepas. Nampak gayanya kenalah sambung balik azam tahun lepas. Atau pun kenalah tukar azam yang lebih mudah nak dicapai. Bila sebut pasal azam ni mestilah ada kena mengena dengan tahun baru. Tak kiralah tahun baru Islam atau tahun baru kalendar barat. Semuanya ada berunsurkan keazaman. Aku agak susah sikit nak capai azam yang dulu-dulu. banyak tahun dah azam tak tercapai. Semua perancangan tak tercapai dan ada yang kurang sempurna sehinggakan ia menjadi tidak tercapai. Kalau perancangan dah tercapai, sudah tentukan ianya menggembirakan. Tapi jika tidak tercapai, sudah tentu ianya mengecewakan. Apa pun aku nasihatkan supaya jangan kecewa jika azam tidak tercapai. Normal la tu. Tahun lepas aku dengan Bro Jimi bekerjasama menjual e-book informasi menjana kewangan secara sambilan dan sepenuh masa. Secara keseluruhannya pen