Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

Kepala Sakit La Pulak....

Dalam minggu ini aku rasa kepala aku sakit dan tidak berapa selesa. Sakit sebelah kiri dan ia dinamakan sebagai maigrain. Sakityang teramatlah sangat sehinggakan aku susah nak berfikir dan buat kerja. Kalau dah kena tu memang ambil masa untuk pulih. Biasanya lebih kurang tiga hari. Kebetulan pulak kerja banyak yang perlu diselesaikan dengan segera. Kena pula masa tu kepala sakit sangat. Aku rasa nak cuti je atau ambil MC. Tapi setelah fikir panjang walaupun kepala sakit, aku ambil keputusan untuk teruskan kerja. Apa yang penting bagi aku berfikiran positif. Lawan rasa sakit tu dengan kaedah kekuatan minda. Alhamdulillah ok sikit walaupun tidaklah sepenuhnya. Apabila aku diserang sakit kepala ni, terasa pulak nak pergi berbekam dan berurut badan. Dulu aku pernah pergi berbekam dan berurut kepala. Selepas tu memang rasa lega tapi tidak lama. Selepas enam bulan sakit tu datang balik. Seperti kata tukang urut dan bekam tu aku perlu buat ulang rawat selepas atau setiap enam bulan. Tapi aku

Datangnya Idea Bukan Satu Misteri

Untuk menjana idea bukannya susah mana pun. Tetapi sukar untuk menumpukan idea yang bernas ke arah tujuan yang dikehendaki. Ini menjadikan output idea yang liar dan merapu-rapu. Malah ia dianggap idea gila yang sememangnya kita katakan gila dan tidak boleh masuk akal fikiran manusia seperti kita. Namun ilmu Allah itu sangat luas. Apa yang kta fikirkan itu ada hadnya. Ilmu yang kita miliki itu sangat sedikit berbanding pemilikNya. Andaikan satu jari telunjuk ini dicelup ke lautan. Air yang membasahi jari itulah ilmu yang kita miliki dan selebih lautan itu adalah milik Allah. Tidak tergambar luasnya ilmu. Segala ilmu dan ilham itu kurniaan Allah. Yang penting kita ketahuilah adalah segala-galanya milikNya. Oleh itu jangan sombong dan riak dengan apa yang kita ada. Mintalah kepadanya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu. Mintalah penerang hati dan ilham untuk mencari sesuatu. Jika kita lihat pada teknik dari barat yang mengajar cara mencari idea dan bagaimana mengolah s

Selamat Datang Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan, bulan puasa yang penuh kenikmatan dan rahmat. Semoga kita bergembira menyambut bulan puasa ini dengan hati yang penuh harapan mencari kenikmatan dan juga pahala yang berganda-ganda. Jika kita faham makna Ramadhan sudah tentu kita menanti dengan gembira akan kedatangannya. Ramai juga antara kita sudah bersiap sedia menempuhi puasa dan berusaha untuk melakukan amalan yang mendatangkan pahala yang banyak. Sama-sama kita nantikan. Bagi aku bila nak sambut Ramadhan ni mula terfikir akan banyak perkara. Salah satunya adalah perubahan jadual harian. Kena bangun awal untuk sahur dan berkerja untuk ke tempat kerja. Tapi aku dah ready dan banyak kali buat percubaan sehingga dah biasa. Bagi aku persediaan awal itu lebih penting dari merasainya apabila tiba saat yang dinanti-nantikan. Tiada apa yang perlu dirisaukan melainkan rasa berdebar-debar gembira menantikannya. Tidak sama seperti zaman kanak-kanak dulu. Apabila tiba bulan puasa, ianya bulan yang sangat meletihkan

Teringin berekspidisi lagi

Apabila aku lihat balik video ni yang dah 2 tahun berlalu, terasa pulak nak pergi lagi ke tempat-tempat macam tu. Bagi aku itu adalah penyertaan aku yang pertama dan menyeronokkan walaupun pada last day xpdc tersebut aku balik awal sebab ada aktiviti lain di Melaka pula. Video ini Fahmi yang ambil dan dia sendiri edit untuk masuk dalam youtube. Aku pun ada ambil video dan gambar juga tapi tak pernah edit dan tak pernah pula masuk youtube. Aku harap Mr Presiden sendiri yang buat semua ini. Bagi aku semua keputusan atas budi bicaranya. Selepas ini aku tak pasti bila lagi akan pergi sky watch lagi. Walaupun xpdc pertama adalah jauh di Kuala Terengganu, tapi untuk seterusnya nanti dekat pun takpe. Setakat JB ke atau Penang ke aku ok je. Cuma xpdc pertama tu sebab ada tujuan lain iaitu ingin berjumpa Ahmad Jamaluddin (AJ) di Kuala Terenganu. Jika dilhat pada video, last sekali aku takde sebab dah blah dulu ke Melaka. Macam ahli yang lain memang best dapat pergi ke rumah AJ dan melihat beber

Memahami orang lain atau diri sendiri?

Susah untuk memahami perangai dan pe'el orang apabila berurusan atau berhadapan dengannya. Lebih-lebih lagi jika tugas kita memangnya sentiasa berurusan dengan orang ramai. Jadi ada yang kata tidak perlu bersusah payah untuk mencampuri urusan orang atau pun tidak payah untuk memahami perangai orang. Bagi aku lain pula. Sebelum kita berhasrat untuk memahami hati dan perangai orang lain, kita mesti faham diri kita dulu. Apa perlu bersusah payah untuk memahami diri orang lain jika diri sendiri masih di awang-awangan. Namun begitu bukan mudah untuk kita memahami diri kita sendiri mahupun orang lain. Bukan mudah. Tapi yang banyak-banyak pernah aku jumpa, mereka ni selalu kata mereka faham diri mereka sendiri. Walhal mereka banyak melakukan pelbagai kesilapan seperti sentiasa berada dalam kekeliruan, tidak tahu potensi diri dan kurang pasti matlamat diri sendiri. Apabila bercerita mengenai matlamat hidup dan mengenali diri ni, aku bukanlah orang yang pakar dalam hal ini. Tapi pengalaman

Curi masa terluang

Agak susah sikit untuk aku menulis blog ini di waktu bertugas. Melainkan waktu terluang yang ada seperti waktu rehat dan sebagainya. Kebetulan pula aku memang puasa. Jadi member tak ajak aku keluar makan. Mula-mula dulu susah sungguh untuk mencari masa yang sesuai. Kini aku cuba mencarinya dan cuba atur masa yang betul untuk pelbagai tugas. Untuk permulaan ini, aku mencuba dahulu. Untuk rancangan akan datang, mungkin lebih dari ini akan berlaku. Mungkin juga sebaliknya. Sama juga ketika balik ke rumah. Sebelum ini aku terasa terbatas waktu kerana kepenatan yang keterlaluan. Sehinggakan aku tidur awal. Rutin harian itu tadi berlarutan lama sekali sehinggakan aku rasakan sesuatu yang perlu diubah dengan segera. Sebelum ianya parah. Sebelum aku menjadi sebati dengan keadaan. Kertas kerja perlu aku siapkan untuk projek yang lama tertangguh. Hasrat aku akan pergi ke TPM untuk memenuhi melaksanakan projek rekacipta yang sudah lama aku rancangkan dengan Bro Jimi. Untuk permulaan hanya satu pr

Mencari masa... mana silapnya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini aku dapat berblogging buat kali pertamanya di bulan ini sebelum tibanya bulan Ramadhan. Sama-samalah kita nantikan kehadirannya. Aku kini sejak sibuk bertugas di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, masa untuk online sangat sempit. Malah terlalu sukar untuk diluangkan. Bagaimana boleh jadi begitu? Mana salahnya? Mula-mula tu memang susah sikit untuk aku bahagi masa antara kerja dan kerjaya aku sendiri. Tapi aku selalu tewas dengan masa di tempat kerja. Apabila sampai di rumah, masa untuk diluangkan sudah tiada lagi. Keringat aku sudah tidak bermaya lagi. Apatah lagi untuk aku over night untuk meneruskan usaha aku untuk berjaya dalam perniagaan sendiri. Tapi bukan semudah itu untuk aku mengalah. Aku masih ada cara lain lagi seperti meminta bantuan beberapa rakan kongsi aku yang mempunyai banyak masa di siang hari sementara aku berjuang di tempat kerja. Bukan sebarang kerja yang aku lakukan. Bukan mudah untuk aku curi masa. Memang tanggung