Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

Projek Untuk Malam Sambutan Merdeka

Assalamualaikum. Salam ceria. Bismillah. Antara aktiviti yang membuatkan saya ingat sehingga sekarang adalah aktiviti bersama-sama jiran tetangga. Apabila kita menyertai satu komuniti yang agak besar walaupun kecil, ianya memberikan satu pengalaman menarik. Saya sudah menyertai pelbagai komuniti dan grup-grup yang membawa kepada pengalaman aktiviti tersendiri. Baru-baru ini di dalam komuniti kejiranan saya ada buat beberapa aktiviti. Antaranya adalah persiapan untuk sambutan hari kemerdekaan negara. Kami berkumpul dan berbincang mengenai aktiviti yang hendak diadakan nanti. Salah satunya adalah pemasangan banner untuk sambutan kemerdekaan. Menariknya adalah banner tersebut dihiasi dengan kerlipan LED yang mana bahagian tersebut sayalah orang bertanggungjawab untuk mengendalikannya. Tahniah untuk semua! Syukur Alhamdulillah, rakan-rakan jiran tetangga banyak yang membantu untuk menjayakan projek ini. Pada kali ini saya lebih menceritakan bahagian kerja-kerja s

Pemasangan Solar Powered untuk guard house 2

Bismillah... Assalamualikum. Salam ceria. Sambungan dari artikel yang pertama sebelum ini. Apabila tiba hari pemasangan, saya dan beberapa petugas mula bergerak pada waktu pagi selepas bersarapan di gerai roti canai. Semua peralatan dibawa bersama-sama dengan barang pemasangan.   Sampai di lokasi, semua alatan dan barang pemasangan dibawa turun ke tempat yang hendak dipasang. Antara barang yang dibawa adalah: Solar Panel 150 watt Solar regulator 30A Bateri kereta 12 volt 60AH Power Inverter 12vDC- 220vAC         Barang-barang di atas ini merupakan barangan keperluan yang asas. Maksudnya jika barang-barang ini tiada maka projek ini tidak boleh dijalankan dengan sempurna. Contohnya seperti solar panel yang semestinya perlu ada kerana ianya barang yang wajib ada. Sebelum dibuat pemasangan ini, terlebih dahulu saya membuat pengiraan asas bagi menentukan keperluan yang betul untuk pondok kawalan ini. Mengikut permintaan, setiap unit pondok kawalan mesti ada seunit kipas angin,

Tiada lagi Laman Web rasmi

Bismillah... Assalamualaikum dan salam ceria. Pertama tama sekali saya ingin mengucapkan rasa bersyukur ke atas hadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk saya menerbitkan artikel ini. Sudah lama saya tidak menulis artikel di dalam blog. Bukan masalah masa atau tidak cukup waktu untuk menulis, tapi sebenarnya masalah lambat bertindak. Apabila lambatnya bertindak, maka lambatlah satu pekerjaan itu dilaksanakan. Dan akhirnya terbiar begitu saja. Mengikut kepada tajuk di atas, ya! Memang benar sekali. Sebenarnya sudah lama saya tidak memiliki laman web seperti laman web myenique, dekonovasi dan sebagainya. Bermakna saya sudah tidak lagi menguruskan laman web tersebut walaupun semuanya adalah milik saya. Sebagai penggantinya, saya lebih tertumpu sekarang kepada blog-blog yang sedia ada dan masih aktif. Jika tidak aktif, saya akan pastikan blog tersebut aktif semula. Jadi, tujuan artikel ini adalah sekadar untuk memaklumkan bahawa saya sudah tidak lagi menguruskan laman web laman web s

Pemasangan Solar Powered untuk Guard Post.

Assalamualaikum. Salam ceria. Salam bersua lagi. Baru baru ini saya telah pun memulakan kerja pemasangan sistem tenaga solar untuk pondok pengawal keselamatan untuk syarikat perumahan di area ibu negara. Kerja kerja pemasangan ini dibuat dalam masa tidak sampai satu hari. Semua kerja hampir dilakukan oleh pekerja yang telah diberi upah untuk melakukannya. Pada pemasangan pertama ini saya banyak membuat pemerhatian kepada cara pemasangan sistem ini. Walaupun sistem ini bukanlah baru tetapi cara pemasangan di pondok kecil ini memerlukan satu standard pemasangan. Ini sebagai kemudahan pada masa akan datang. Ianya bersaiz kecil tetapi perlu dilihat juga cara pemasangan yang betul dan kemas. Selepas pemasangan selesai nanti, saya akan membuat pengujian untuk keseluruhan sistem. Selesai saja pemasangan, saya akan biarkan dalam tempoh minimum seminggu untuk melihat hasil dari pemasangan tersebut. Sistem berfungsi dengan baik tetapi faktor faktor lain perlu diambil kira. Antaranya