Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Misteri sakit jantung terjawab

Assalamualaikum. Salam ceria. Di bawah ini aku sertakan satu artikel mengenai masalah jantung yang berpunca daripada aktiviti yang sememangnya antara yang kurang sihat iaitu kurang tidur. Walaupun ianya antara sengaja dan tidak sengaja ianya boleh mengundang masalah seperti masalah kepada kesihatan jantung. Aku nak bercerita mengenai hal aku yang pernah merasai masalah ini. Puncanya adalah kurang tidur yang terlalu kerap sehinggakan tidak memperdulikan masalah kesihatan yang akan timbul. Setelah mengamalkan aktiviti kurang tidur, masalah seperti denyutan jantung yang tidak stabil dan adakalanya berdegup laju serta lemah mental, menyebabkan aku resah ketakutan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti dikejarkan ke wab sakit jantung. Mungkin kerja terlalu banyak dan perlu disiapkan cepat menyebabkan kita tidur lewat  sehingga ke pagi merupakan faktor kebiasaan tidur lewat. Kawan-kawan boleh baca artikel di bawah ini nanti dan semoga ambil iktibar agar sentiasa menjaga

Sebulan Sekali?

Assalamualaikum. Sebulan sekali ke? Takkan sebulan sekali je nak kena update blog? Nampak gayanya macam tu la... Jadi mana yang tahu tu boleh agak akan kesibukan aku dengan kerja dan tugas. Apa pun aku terlalu penat dan perlu buat dan susun semula perancangan dengan lebih baik lagi. Ok lah. Aku stop di sini. Saja nak test status guna tap dengan software baru. Insyaallah akan ada lagi update blog dalam masa singkat ini dan lebih banyak lagi. Terima kasih.