Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2008

Antara percaya dengan tidak.

Di internet ni macam-macam ada. Tapi antaranya adalah percaya atau pun tidak. Apakah perkara yang membuatkan kita percaya atau tidak? Apa bendanya yang boleh kita percaya atau boleh diterima pakai? Macam-macam ada. Bergantung kepada hak individu masing-masing. Saya suka melayari YouTube sebab ada macam-macam video yang boleh saya tonton. Ada juga video-video yang berguna yang boleh dijadikan ilmu panduan. Antara keywords yang paling saya suka cari adalah 'How to...', 'Electronics', 'UFOs', dan 'Tips'. Yang lain-lain dari tu pun ada juga tetapi kadang-kadang je. Mengenai video 'How to..' ni saya boleh tonton pelbagai video cara-cara membuat, memasang, modify benda-benda. Di sebalik video-video tersebut mempunyai komen-komen untuk video tersebut. Apabila dibaca semua komen tersebut kebanyakannya komen negatif berbanding komen positif. Lebih-lebih lagi komen untuk video tunjuk cara membuat atau memasang gadget yang menarik dilihat. Dan sebenarnya vi

Semangat yang tak semangat

Memang agak sukar untuk kita menetapkan dan mengekalkan tahap semangat pada diri. Bila semangat meningkat dan meluap-luap, belum tentu ianya akan berada di tahap tersebut selama-lamanya. Bergantung kepada individu, jika lama maka lamalah ia bertahan, jika tidak maka jatuhlah ia ke tahap yang saya pun tak boleh nak agak. Apabila kita sebut mengenai semangat ini, pelbagai perkara yang boleh kita fikirkan keadaan dan suasananya. Jika anda seorang ahli perniagaan, sudah tentu anda mempunyai semangat untuk melakukan aktiviti perniagaan anda sehingga memperolehi kejayaan. Jika anda seorang ahli kepada sesuatu bidang, sudah tentu anda bersemangat untuk menjadi pakar kepada bidang tersebut. Tetapi sejauh manakah kekuatan semangat itu? Kenapa perlu kepada semangat? Semangat adalah penggerak kepada permulaan usaha untuk berjaya atau mencapai sesuatu yang diingini. Tanpa semangat kerja yang kita lakukan serba tak menjadi atau pun dilakukan sambil lewa atau pun berhenti terus. Jadi bagaimana untuk

Hari yang memenatkan

Rasanya hari Jumaat, Sabtu dan Ahad baru-baru ni adalah hari-hari yang memenatkan. Penat memang penat. Terasa penat fizikal dan juga mental. Baru-baru ni saya banyak menumpukan kerja menyiapkan tugasan yang telah saya rancangkan sendiri. Kalau dilihat pada jadual perancangan, pening kepala. Sebenarnya saya ada masalah tentang menguruskan kerja-kerja dengan teratur pada mulanya. Ini membuatkan kerja saya tidak teratur dan bercelaru. Akibatnya kerja menjadi lebih bertambah-tambah dan tidak pula kurang. Apabila mengenangkan date line yang sentiasa hampir dekat di tahap kritikal ni, kerja bertambah kelam kabut. Akhirnya banyak tugasan tidak siap. Tugasan yang tidak siap pada waktu sepatutnya ini menjadikan banyak projek tergendala. So baru-baru inilah saya buat satu rombakan tugasan mengikut prioriti kerja dan juga kepentingan tugasan. Buat jadual dan juga catitan kerja. Semua kerja dan tugasan dibuat dengan teratur dan walaupun ianya agak berat untuk melaksanakannya dengan faktor kepenata

Hasil Dari Google

Baru baru ni saya baru terima cek dari Google hasil dari Google Adsense. Kira boleh la... Apa pun boleh juga dapat duit sampingan. Teringat masa mula-mula saya apply akaun google adsense. Permohonan pertama saya gagal dan ditolak oleh google sebab tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh google. Dari situ saya kaji balik kesilapan dan syarat yang google mahukan sebelum apply semula. Untuk permohonan kedua, alhamdulillah berjaya. Bermula dari situ saya bertungkus lumus mengikuti arahan dan juga tips untuk menjalankan program dari Google Adsense. Apa itu Google Ansense? Google adsense adalah satu program pengiklanan percuma yang disediakan oleh google. Google akan bayar pada kita dengan mengiklankan iklan pelanggannya. So kalau anda berminat, bolehlah apply free account. Kalau tak tau caranya, anda boleh la cari program yang menyediakan perkhidmatan belajar teknik Google Adsense. Atau pun klik aje banner google adsense expert di sebelah ni.

Aktiviti menarik

Semalam pada isnin 21 haribulan, saya dan Bro Jimi pergi ke TPM (TECHNOLOGY PARK MALAYSIA). Sebenarnya dah dua kali saya dan partner pergi ke sana untuk tujuan urusan projek. Saya agak blank sebab tak tau menahu tentang proses untuk proses penghasilan produk tempatan. Dari dulu lagi saya hanya tahu untuk membuat patent produk hanya perlu pergi ke Sirim. Kemudian dapat tahu lagi Sirim dah tak buat patent tu. Tapi sekarang ni bila saya ke TPM untuk dapatkan penjelasan patent rekacipta, Sirim pula yang buat urusan. Apa pun banyak proses yang perlu dilalui. Bukan senang nak jadi senang. Dan bukan senang untuk berjaya. Bak kata Dr Irfan, proses untuk mencapai kejayaan seumpama seperti memecahkan batu yang keras. Bukan memecahkan batu pada masa kini tetapi dengan cara zaman dulu iaitu cara manual. So lu fikir la sendiri.... Assalamualaikum.

Ciptaan

Saya suka mencipta. Tetapi Allah jua Maha Pencipta. Banyak benda yang boleh saya modify jadi benda yang baru. Modify bukanlah mencipta. Mencipta adalah penghasilan benda baru. Seperti Thomas Edison mencipta mentol. Ia dalah satu yang baru pada zaman beliau. Saya pula sukan mencipta benda baru dan modify sesuatu benda jadi lebih baik. Antaranya adalah seperti tuuutt.. tuuuttt.... tuuuuttt... dan macam-macam lagi. "Apa ni? Tut.. tut... pulak ni!!" Sebab saya kata camtu kerana ianya adalah harta interlek saya. Mana boleh bagitau... Lagi pun semua idea tersebut sedang dalam proses untuk dipatenkan melalui pelbagai peringkat melalui agensi kerajaan dan swasta. Insyaallah jika Allah beri rezeki, dana untuk idea saya ini dapat diluluskan. Tolong doakan kejayaan saya. Tapi kalau nak juga tahu apa benda yang ada saya buat adalah seperti berikut. Semua benda ini tak kisah kalau saya beritahu sebab ianya idea biasa je. Antaranya adalah seperti pengesan objek infrared, universal solar si

Produk Pertama

Dalam web site MyEnik, saya menyediakan perkhidmatan consultant kepada peminat elektronik dan juga kepada student IPT dan bebudak sekolah. Majoriti adalah student IPT sebab diorang kena buat projek semester akhir. Teringat kembali saya mencipta produk pertama iaitu buku litar elektronik. Ia adalah buku semata-mata dan tidak terlintas pada masa itu nak terbitkan e-book seperti gambar sebelah ni. Sekarang ini buku tersebut saya tidak terbitkan lagi dan hanya mengeluarkan e-book sahaja. Alhamdulillah setakat ini sudah ada 5 e-book yang saya hasilkan. Semua e-book tersebut dijual mengikut pakej. Nak tau lagi sila la ke http://www.myenik.com/ . Insyaallah pada masa akan datang ini saya ingin mencari penerbit untuk menerbitkan buku dari penulisan saya. Dulu dah cuba cari penerbit yang sesuai tetapi tiada rezeki pada masa tu. So insyaallah akan datang ini boleh jadi berhasil. Nak menulis juga memerlukan penjanaan idea yang tidak boleh terus kering. Kalau dah kering mesti stuck dan terus je
Hari ni streamyx kat rumah dah ada balik. Sudah sekian lama takde internet kat rumah. Maksud saya broadband la. Kalau nak internet guna dial-up je. Orang dah tak guna cara tu. Tapi sebab dah terdesak nak online juga kena la dial-up 1315. Kalau ada masa tu saya akan pergi ke tempat yang ada wifi. Contohnya macam kat kedai mamak steven corner, kat petronas, kat ukm dan mana-mana yang ada. Kira free la tu. Sat lagi area yang best ada wifi yang berkualiti seperti di TPM dan KL sentral. Kalau tak caya, cuba la pergi.

Jadi Macam Tak Semangat

Bisnes saya dalam industri elektronik sudah menjangkau lebih dari 3 tahun. Sebenarnya lebih. Bermula dari minat bertukar kepada mencari sumber pendapatan menjadikan ia satu pengalaman yang sangat seronok. Tindakan yang saya ambil pun takut-takut berani je. Berkat usaha dan doa, alhamdulillah menjadi kenyataan. Mula-mula nak start tu memang susah dan agak jahil dengan ilmu internet dan juga ilmu marketing. So dari situ macam-macam buku, ebook dan juga kursus free yang saya sertai semata-mata ingin mempelajari bidang yang baru bagi saya ini. Sudah lebih 3 tahun saya melaluinya dan pelbagai kenangan pahit dan manis telah saya tempuhi. Ada yang best dan ada yang tak best. Ada yang menaikkan semangat dan ada yang membunuh semangat untuk berusaha. Banyak perkara penyebab semangat menjadi luntur, lantaran saya hampir-hampir berhenti. Namun saya tidak boleh mengaku kalah dan berhenti kerana ini merupakan satu perjuangan dan juga jihad ekonomi. Pengalaman saya dalam MyEnik ada yang best dan ada

Sudah tersasar

Minggu ni agak mencemaskan. Beberapa situasi yang agak kelam kabut melanda saya. Tapi dengan doa dan tawakkal, alhamdulillah ia boleh stabil dengan baik. Sekarang banyak masa tertumpu kepada hal-hal penyelidikan. Banyak betul kerja. Tetapi saya sebenarnya sudah terpesong dari landasan yang sebenarnya. Matlamat utama sudah melencong. Agak tersasar sikit. Itu pun saya sedar setelah membaca satu buku dan juga mendengar ceramah di internet berkenaan motivasi pengurusan masa. So sekarang saya kena perbetulkan keadaan dan balik kepada tujuan asal. Bila saya terfikirkan kepada satu kenyataan 'rambang mata' bila melihat banyak peluang di sekeliling dan kemudian lupa diri. Sebenarnya perkara itulah yang hampir memusnahkan kerja saya selama ini. Tapi tidak jauh tersasar. Saya boleh lagi membetulkan stereng tujuan tersebut. Apa pun saya akan umumkan kerja saya ini nanti. Dan juga beberapa penyelidikan yang telah saya buat. Err... ada sesiapa yang nak sponsor penyelidikan saya ini tak? He

Terkenang masa dulu

Terkenangkan masa dulu bila mula-mula buka bisnes elektronik melalui internet. Masa tu kurang dapat sambutan sebab no promotion. Kalau dah kurang promosi so bisnes menjadi kurang sambutan dan orang pun ramai yang tak tau. Buktinya bila saya buat beberapa promosi yang agak kurang usaha, tetiba saya menerima banyak email yang mengatakan mereka tidak pernah jumpa web site seperti MyEnik sebelum ini. Dan kebanyakan dari mereka memberi ucapan tahniah dan kata-kata perangsang. So di sini saya mula terfikir dan rasa macam pelik. Macam mana boleh jadi camtu. Saya bukan fikirkan apa yang mereka katakan tetapi saya baru terasa bahawa promosi itu memainkan peranan yang penting dalam semua bisnes. Tak kisahlah apa pun bisnes yang nak dibuat. kemudian saya membuat beberapa promosi melalui email dan juga enjin pencari. Tidak kurang juga saya buat promosi melalui website iklan yang free dan juga memberi komen pada blog orang lain yang saya lawati. Semua ini merupakan usaha yang agak berbaloi. Kerana