Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Kisah merancang

Assalamualaikum. Salam ceria. Di masa aku sedang mencoretkan ayat untuk blog ini, aku sedang terbaring dalam keadaan yang sangat relax dan bersantai. Bukan senang nak dapatkan waktu seperti ini, walaupun aku sendiri pun bekerja di rumah. Tau tau jelah kalau di rumah ni memang macam macam ada. Contohnya seperti tv, katil, sofa dan peti ais. Jadi semua benda yang aku sebut ini memang boleh mendatangkan gangguan semasa bekerja. Untuk bekerja di rumah bukan satu perkara yang mudah. Bila orang dengar saja bekerja di rumah, mungkin satu perkara yang seronok sebab dapat duduk di rumah sambil bekerja. Ish! Tunggu dulu. Jangan mudah merasa senang. Sebenarnya tidak. Dengan adanya gangguan seperti yang dinyatakan tadi, sebenarnya kerja kita akan menjadi sukar dan menyebabkan tergendala. Lebih lebih lagi kalau yang kata buat kerja sambil tengok tv. Macam best kan? Aku tak. Sepanjang aku bekerja di rumah lebih 3 tahun ni memang tv tak tengok. Walaupun di malam hari. Peratus untuk aku tengok tv

Pemakanan sunnah yang istiqamah...

Assalamualaikum. Salam ceria dan bertemu kembali. Kali ini aku tak dapat nak bercerita panjang. Cuma hanya info untuk dikongsikan bersama. Jika baik boleh diamalkan untuk kesejahteraan bersama. Jadikan ia sebagai satu amalan yang berterusan. Seterusnya menjadikan ibadah kita dan kehidupan kita lebih ceria dan sihat. Di sini aku nak kongsi sikit mengenai pemakanan tambahan. Rata-rata ramai yang mengamalkan pemakanan tambahan harian semata-mata untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Ramai juga yang membeli makanan tambahan dari mana-mana penjual makanan kesihatan, baik yang mahal mahupun yang murah harganya. Tapi itu hak masing-masing untuk memilih makanan kesihatan atau makanan tambahan yang disukai. Tidak kurang juga untuk diri aku sendiri. Apa yang aku amalkan sebenarnya sudah lama dan ia menjadi rutin harian aku mengambil makanan tambahan setiap hari. Rutin aku hanya pagi dan malam sahaja. Manakala makanan kegemaran aku ambil seperti biasa. Walaupun adalah beberapa makanan ya

Aktiviti luar dan dalam.

Assalamualaikum. Salam ceria. Salam bersua kembali setelah lama menghilangkan diri dan terlalu lama tidak update blog. Pada kali ini aku nak bercerita sedikit susulan daripada cerita-cerita dari blog aku yang pernah ujud seperti blog produk kreatif dan blog aktiviti pencarian. Kisah bermula apabila aku merasakan sudah masanya untuk aku melaksanakan rancangan perubahan kepada produk terlaris aku iaitu metal detector atau alat pengesan logam. Sebenarnya sudah cukup lama aku menantikan bilakah tiba masa untuk aku bikin satu detector yang lebih baik dan sangat berguna. Aku tak mahu kalau ada orang yang mengadu produk aku ada masalah serius dengan cara memaki hamun dan seumpamanya. Ia secara tidak langsung menciptakan satu situasi yang cenderung kearah negatif. Bila dah jadi negatif, pelbagai perasaan negatif juga timbul. Dan juga kerja boleh jadi tertangguh. Disebab ada seorang pelanggan yang berkehendak sangat untuk membeli detector yang berkemampuan untuk mengesan logam

Aktiviti Semasa Sebelum Ini

Assalamualikum. Salam ketemu lagi. Baru-baru ni aku terlalu sibuk dengan macam-macam tugasan yang perlu dan wajib untuk diselesaikan. Tapi selalunya apa yang kita rancang atau laksanakan bukannya sempurna. Maknanya bukanlah dapat diselesaikan dengan jayanya. Pasti ada cacat celanya. Apa yang pasti perancangan Allah adalah Maha sempurna. Jadi aku tak bleh nak anggap apa yang aku lakukan apa-apa tugasan adalah sempurna tanpa menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Begitu juga dengan niat setiap kali melakukan kerja. Kerja yang tidak diniatkan kerana Allah maka kerja tesebut diberkati Allah. Begitu juga dengan mengucapkan Bismillah setiap kali melakukan kerja. Apa yang berlaku terutama terima kesukaran, aku terimanya dengan positif. Bagi aku Allah ingin menunjukkan sesuatu kepada kita dengan memberikan kesukaran atau pun kesenangan. jadi dengan bersangka baik, hati kita akan tenang tanpa perlu merungut-rungut atau memaki hamun setiap kali kesukaran atau musibah yang dapat.

Team Baru

Assalamualikum. Salam ceria dan bertemu kembali. Baru-baru ini aku telah menghadiri satu taklimat mengenai permohonan geran di bawah pembiyaan kerajaan yang boleh dimohon. Namun dalam taklimat tersebut banyak ditekankan kaedah yang betul dan sesuai untuk permohonan geran. Aku sebenarnya telah lama dalam permohonan geran di bawah program Cradle daripada dana MOF. Rasanya sudah hampir setahun permohonan tersebut. Tapi biasanya jika berlaku kelewatan ini, kita mungkin dapat agak. Tambahan pula borang permohonan dikembalikan berserta dengan banyak soalan yang perlu dijawab. Seperti yang aku jangkakan, permohonan tersebut memang bermasalah. Aku sendiri bertanya kepada pegawai Cradle semasa di salah satu karnival di Mid Valley sebelum ini. Apa pun semua soalan telah dijawab. Tapi sampai sekarang masih belum ada jawapan. Jadi aku anggap permohonan tidak berjaya. Bukan patah semangat tapi aku nak tukar cara lain pula. Aku simpan idea produk tersebut. Tapi kini satu idea produk lain pula mu

Perihal produk aku

Assalamualaikum. Salam ceria. Salam jumpa lagi. Minggu yang sangat sibuk dengan pelbagai urusan dan kerja. Baik kerja rasmi mahu pun kerja-kerja dalam keluarga. Semua itu adalah penting. Buat masa ini aku agak bertungkus lumus dengan menyiapkan beberapa model metal detector yang aku nak guna untuk aktiviti aku selepas ini. Beberapa tempat telah dikenalpasti dan hanya tunggu untuk terjah saja. Kali ini aku gerak solo tetapi bersama dengan beberapa orang lain sebagai pembantu yang tidak tetap bagi setiap waktu. Pada masa yang sama juga aku sedang mengatur semula jadual dan perancangan agar lebih teratur dan berjaya, Insyaallah. Dengan adanya alat bantu yang boleh menguruskan pelbagai kerja dan tugasan aku yang makin banyak. Oleh itupada masa akan datang nanti kerja aku ini akan bergerak dengan teratur. Itulah perancangan nama. Seterusnya aku berserah diri pada Allah. Oklah. Kita ketemu lagi pada post akan datang. Salam....

Tukar jadual baru

Assalamualikum. Salam jumpa lagi dalam blog ini. Memang sudah terlalu lama aku tidak update pos untuk blog ini. Namun bukan setakat blog ini saja tapi termasuk juga untuk blog-blog yang lain. Agaknya sebab apa ye? Terlalu banyak alasan yang hendak diberikan tapi semuanya hanya alasan semata-mata. Kini aku kembali sekali lagi dan cuba untuk kembali. Selamat kembali untuk aku. Salam. Published with Blogger-droid v2.0.4

Kebaikan di dalam Habbatus Sauda

Siapa yang boleh nafikan kebaikan di dalam Habbatus Sauda yang boleh di dapati dalam pelbagai bentuk persediaan makanan. Terutama sekali untuk makanan kesihatan. Ia bukan sekadar sumber ubat malah sebagai makan tambahan untuk menjaga kesihatan badan bagi pengamalnya. Habbatus Sauda atau jintan hitam ini sudah lama digunakan beribu-ribu tahun lamanya dan amat popular pada zaman piramid Mesir dahulu. Jadi kini bukan punca dari orang kat piramid dulu mengamalkan jintan hitam yang menyebabkan kita ikut juga mengamalkannya tetapi atas dasar kebaikan dari jintan hitam ini. Sesungguhnya Allah menjadikan Habbatus Sauda ini untuk umat manusia menggunakannya sebagai jalan kebaikan kepada kesihatan manusia. Aku sendiri pun sudah lama mengamalkannya. Untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah dari pelbagai penyakit.