Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

Gagal Merancang

Assalamualaikum. Salah ceria. Salam bersua kembali. Sudah hampir ke pertengah tahun 2019. Banyak perancangan telah dibuat. Namun hasilnya masih kesamaran dan ada juga yang tidak kelihatan. Saya hanya tahu merancang. Selebihnya hanya tuhan yang Maha Mengetahui. Bermula dari 2017 lagi beberapa perancangan rapi telah dibuat. Antaranya adalah teknologi tenaga solar. Kurang popular di Malaysia ini dan rata-rata ramai yang tidak faham cara penggunaan keseluruhan sistem tenaga solar ini. Dengan adanya kemudahan elektrik grid (tnb), keperluan tenaga solar mungkin tidak diperlukan. Belum ada keperluan dan belum ada masalah yang timbul berkenaan dengan keperluan elektrik. Tambahan pula kos pemasangan sistem tenaga solar mungkin juga mahal. Walaupun kos pemasangan adalah sekali sahaja ramai yang memilih untuk membayar bil elektrik setiap bulan. Ini kerana bil elektrik masih lagi murah dan mampu untuk dibayar setiap bulan. Keperluan untuk menggunakan elektrik solar tidak diperluka