Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

PKP Oh PKP

Assalamualaikum. Salam ceria, salam bersua kembali. Sudah lebih dari setahun usia PKP sehingga ke hari ini. Namun pada hari ini PKP masih lagi berjalan seperti biasa. Semasa PKP ini sebenarnya ramai yang telah terkesan dan ada yang menghadapi kesusahan hidup. Walaupun tidak kena pada semua tetapi ramai orang yang kena musibah ini. Termasuklah juga saya. Sejak dari bermula PKP yang pertama lagi saya sudah menerima kesannya. Saya dapat merasai apa yang orang lain rasakan apabila dibuang kerja atau tidak boleh melakuka kerja. Kerja perlu dibuat untuk mendapatkan sumber rezeki wang ringgit. Wang ringgit inilah juga diperlukan untuk perbelanjaan diri dan keluarga. Tidak kurang di situ masih ada yang pandai mengambil peluang berniaga online. Bagi perniagaan sedia ada juga mampu menaikkan sale berkali-kali ganda berbanding sebelum bermulanya PKP. Semuanya ada cara masing-masing. Pendek kata, ada yang mendapat kesusahan dan ada yang memperolehi kesenangan berganda. Saya di sini doakan

Aktiviti Semasa dan Selepas PKP

 Assalamualaikum. Salam ceria. Salam bersua kembali. Terlalu lama saya tidak update blog ini atas sebab tertentu. Mungkin saya akan ceritakan apa yang telah berlaku sepanjang perjalanan kehidupan saya yang menyebabkan blog ini sudah lama tidak update. Ada sesuatu yang menarik yang akan saya kongsikan. Banyak sebenarnya. Cuma saya menjadi agak malas sikit kebelakangan ini. Mungkin atas faktor usia dan cara hidup yang totally banyak berubah sejak wabak covid19 melanda. Sejak covid19 melanda dan sebelumnya adalah corona virus, banyak yang terkesan. Salah seorangnya adalah diri saya sendiri. Pendapatan bulanan agak terganggu dan berlaku banyak perubahan. Ianya menjadi satu mimpi ngeri yang mana ianya terpaksa dilalui. Bukan diri saya saja tapi untuk semua orang. Dahulunya saya aktif dengan aktiviti pencarian atau metal detecting. Kemudiannya keadaan menjadi suram dan akhirnya terkubur. Seterusnya saya aktif dengan pembangunan tenaga solar. Saya melakukan kerja RnD sendiri sehingga mencapai