Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Selamat menyambut Ramadhan

Assalamualaikum. Salam ceria. Pertama sekali aku nak ucapkan selamat meyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak. Semoga kita semua dapat memperolehi pahala yang banyak dan merebut epluang ini untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh penghayatan keapda Allah. Bagi diri aku, bulan Ramadhan ada banayk makna. Ia membuatkan aku lebih bersemangat untuk menempuhinya walaupun pelbagai rintangan dan cubaan yang perlu dilalui. Ramahdan adalah penting bagi aku dan Syawal adalah waktu meraikan kemenangan dan kejayaan. Itu pun jika kita berjaya melalui Ramadhan dengan penuh penghayatan. Sebelum menghadapi Ramadhan ini aku terlalu sibuk dengan urusan dunia. Penuh dengan aktiviti kerja seperti melakukan R&D, membuat pemasangan produk, membuat temujanji, menghadiri meeting dan sebagainya. Itu tidak termasuk dengan urusan keluarga. Oleh sebab sibuk sangat, kesihatan aku tidak berapa bagus dan sentiasa penat yang melampau. Tambahan pula kesakitan aku yang dahulunya belum pulih sepenuhnya. Agak peli

Tragedi di sebalik tragedi

Assalamualaikum dan salam ceria. Alhamdulillah aku sudah boleh melakukan tugas-tugas harian dan juga kerja-kerja pada waktu ini. Setelah lama juga aku menghadapi saat-saat yang mengganggu tugasan harian aku yang selama ini terlalu banyak tertangguh dan juga ada yang terlepas. Apa pun bagi aku ada hikmahnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahuinya. Setelah beberapa minggu aku ada beritahu yang kesihatan aku sudah pulih, tetapi sebenarnya tidak. Kepulihan itu bukanlah 100%. Ini kerana adakalanya kesihatan badan aku sering terganggu on anda off pada waktu-waktu tertentu dan hari-hari yang tidak diketahui. Jika ia berlaku mengakibatkan banyak kerja dan tugasan tidak dapat dilakukan. Walaupun kesihatan selalu terganggu, meeting minggu tetap diteruskan. Tidak kiralah macam mana keadaan sekali pun. Tidak kira awal pagi atau sehingga tengah malam sekali pun, meeting tetap diteruskan. Ini bagi memastikan perjalanan syarikat berjalan dengan lancar atau sebaliknya. Baru-baru ini satu kejadian