Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Terlepas hari penting

Hari tu aku terlepas hari penting. Member alien aku buat perjumpaan di KL sentral seperti yang pernah kami buat sebelum ini. Memang aku cadangnya nak pergi tapi masa yang ditetapkan untuk perjumpaan tersebut tidak kena masa. Sebabnya aku balik kampung. Aku cadangnya nak pergi juga walaupun masa tu aku kat kampung. Tapi sebab banyak pulak halnya bila dah sampai kat kampung, jadi cancel la nampaknya. Rasa rugi la pulak walaupun terpaksa. Aku harapkan lepas diorang buat perjumpaan lagi dan aku akan usahakan untuk berjumpa semua alien tu nanti. Banyak cerita yang perlu aku dengar dari member-member. Itu belum lagi kalau aku buka cerita. Mahunya diorang terlopong je mendengarnya atau pun buat tak kisah sebab mungkin cerita tu dah biasa diorang dengar. Sebelum ini pun banyak kali juga aku terlepas dari aktiviti diorang ni tapi9 masa tu tak berapa kisah sebab diorang selalu buat perjumpaan. Bila dah kurang aktiviti, rasa macam rugi sebab dah lama tak dengar cerita. Dahulunya buat aktiviti per

Dapatkan bonus Percuma

Sudikah kita menjadi member? Itulah tawaran aku kepada korang yang baru dan lama masuk blog ini. Jika berminat sila isikan nama dan email korang kat sebelah kanan ni. Ianya adalah percuma sahaja. Lepas tu nanti aku akan berikan beberapa e-book yang berfaedah kepada member-member aku. Bukan setakat e-book, malah benda-benda yang berguna seperti maklumat terkini, software, tips-tips, artikel dan sebagainya akan aku berikan percuma. Tujuannya aku nak ramai member yang boleh berhubung dan boleh berkongsi pengalaman dan cerita. Pada masa yang sama juga aku akan berikan maklumat terkini perihal aktiviti aku dan projek-projek terbaru aku untuk pengetahuan korang. Jadi korang hanya perlu cek email selain dari lawat blog aku ni setiap hari. Manalah tau nanti kalau aku ada projek baru boleh juga bagi job kat korang yang berminat atau yang takde kerja tu. Setidak-tidaknya ada juga kerja dan boleh la join group aku nanti. Aku offer pada yang berminat sahaja. Yang tak berminat jangan la marah-marah

Aktiviti minggu ini

Minggu ini aku balik kampung seperti biasa setiap hujung bulan atau pun awal bulan. Selain itu juga aku ada lagi aktiviti lain yang akan aku sertai dan perlu untuk aku lakukan. Aktiviti kerja memang setiap hari aku buat. Itu tak payah cerita la. Sebab dah biasa. Kebetulan masa di kampung nanti, ada perjumpaan group UFO dengan alien-alien lama dan baru. Tapi tak pasti la ada alien baru akan hadir atau tak. Cuma aku nak juga jumpa dengan alien yang lama-lama ni. Dah lama meninggalkan perjumpaan yang dahulunya selalu sangat buat groupin' ni. Banyak cerita yang terpacul setiap mulut alien-alien ni yang aku sendiri belum pernah dengar dan yang pasti cerita mereka sangat menarik dan meningkatkan pulse otak. Orang biasa memang tak boleh nak join group ini sebab aku takut ada orang tu yang pengsan pulak. Sebelum ini pun group ini sangat aktif sehinggakan buat xpdc ke Gong Badak, Terengganu untuk misi UFO Hunter. Terbukti memang xpdc yang tidak sia-sia. Aku nampak apa yang korang tak nampak

Tukar pada asal

Ni tiba-tiba je blog Lepak Santai dah jadi Blog stress pulak. Sebabnya dah tak boleh buka oleh sesetengah pelawat dan juga masalah imej. Sebabnya blog ini aku modify guna banyak saluran sehinggakan ianya dah jadi celaru dan berlaku macam-macam masalah. Oleh itu aku reset balik kepada template asal. Kemudian aku buat modify balik tapi tak keterlaluan la. Aku cuba masukkan flash tapi hanya untuk Internet Explorer saje. Bagi google Chrome tak boleh buka melainkan kena download flash player. Begitu juga untuk Mozila FireFox.

Lambat panas

Lambat panas. Itulah yang terjadi pada aku. Kalau nak buat kerja tu, bila nak masuk petang barulah kerja menjadi rancak. Pada masa tulah masa tamat kerja sudah hampir. Jadi aku ni memang lambat panas. Pagi memang slow sikit. Sebabnya aku kena buat terapi kat kepala otak aku ni. Maklumlah baru lepas dari melalui pengalaman perit. Jadi aku kena buat terapi setiap pagi untuk meneutralkan minda kau yang sudah tercemar dengan peristiwa mengerikan. Selepas aku buat semua tu, barulah kerja aku jadi rancak. Satu lagi, aku sekarang dah tak boleh tidur lewat. Maklumlah kena rehatkan minda. OKlah... itu saja yang aku nak celoteh. Celoteh panjang nanti ada orang yang tak faham. Buang karen je. Hari ni pun yang buat aku rasa lega sebab sebahagian kerja aku sudah siap. Satu lagi, produk terbaru aku pun sudah diumumkan jualannya. Dan satu lagi aku baru umumkan kursus pertama yang akan aku buat nanti.

Perancangan selepas ini?

Memang susah kadang kala bila nak merancang. Lebih-lebih lagi jika perancangan tersebut menjadi gagal. Tetapi kadang kala juga kegagalan itu pun berpunca daripada diri kita sendiri. Macam aku ni dah banyak kali dah merancang dan gagal. Tapi aku rasa banyak-banyak perancangan aku ni pun ada orang yang lagi banyak. Jadi setiap orang, lain-lain punya pemilikannya tersendiri. Baru-baru ini aku baru je menemui tugasan baru dan ianya masih dalam perancangan. Tapi kali ini bagi aku ianya agak serius sebabnya memang aku serius. Makna serius ni sebab aku benar-benar sungguh untuk memperolehinya. Namun begitu kebanyakan tugasan yang aku perolehi ni ada yang terkeluar dari bidang aku dan ada yang memang bidang aku juga. Walau bagaimana pun, kalau dicongak dan didarap campur, ia akan pusing situ juga. Maksudnya ia akan berbalik kepada bidang aku balik. Antara tugasan yang aku perolehi adalah membuat rekaan web site berdaftar untuk beberapa syarikat dan individu. Selain itu perancangan besar untuk

Satu penyelesaian

Pernah tak dengar atau ketahui satu cerita mengenai kambing di dalam kotak? Ya kambing dalam kotak. Kalau tak nak kambing, anak kucing pun boleh. Seorang budak telah menyuruh seorang lelaki dewasa untuk melukiskan satu gambar kambing biri-biri untuk budak itu. Atas permintaan budak itu, lelaki tersebut cuba melukis gambar biri-biri yang diminta. Setelah siap lukis lelaki tadi memberikan gambar yang dilukis kepada budak itu tadi. Setelah melihat gambar biri-biri yang dilukis, budak tadi tak berpuas hati dengan mengatakan lukisan tersebut tidak serupa dengan gambar kambing biri-biri idamannya. Kemudian lelaki tadi melukiskan semula gambar biri-biri supaya gambar kedua yang dilukiskan itu akan memuaskan hati budak itu tadi. Namun sama juga hasilnya sehingga lelaki itu melukisnya berpuluh-puluh kali sehinggakan budak itu mendesaknya untuk melukis dengan sebenar-benar gambar kambing biri-biri yang diminta.  Nak ditolak permintaan budak tu tak boleh pulak sebab budak tu mendesak sangat. Nak

Ada tersirat di balik tersurat

Baru-baru ini banyak betul perkara yang tidak diingini berlaku ke atas aku. Tapi aku tak kisah dan anggap ianya sebahagian dari cabaran dan dugaan hidup. Bagi aku itulah guru aku sekarang. Tapi bila difikirkan dari apa yang berlaku banyak datang dari kekuatan minda aku sendiri. Jika tumpuan minda sudah terpesong kepada sesuatu yang buruk, maka banyaklah berlaku perkara yang buruk. Jadi aku tidak boleh salahkan takdir jika aku tidak lihat pada diri aku sendiri. Dulu masa sekolah dulu aku memang aktif dengan persatuan dan juga kelab-kelab. Jadi apa yang aku sertai pasti ada jawatan yang aku sandang. Paling cikai pun jadi AJK je. Dipendekkan cerita aku pernah menjawat jawatan presiden Kelab Bimbingan Kaunserling. Perlantikan aku atas undian ahli kelab dan aku terpaksa walaupun aku tak berapa setuju atas perlantikan tersebut. Maklumlah tugas presiden bukannya mudah dan sepatutnya perlu aktif dalam kelab. Asalnya aku suka masuk kelab tu sebab aku memang minat dengan motivasi dan program jat

Nak perbaiki blog

Sekarang ni aku terpaksa perbaiki blog aku yang dah tak boleh buka. Terpaksa reset balik. Lepas tu kena la modify la sikit-sikit. Harap lepas ni ok la. Malas nak touch-up blog cantik-cantik sangat sampaikan tak boleh nak buka pulak.

Patut la pun

Memang patut la pun blog ni jadi masalah kalau dibuka guna internet explorer. Tapi masalah tidak akan berlaku jika buka guna Mozila FireFox atau Google Chrome atau Netscape. Aku pun tak tau la apa puncanya. Patut la semalam aku detect takde orang yang masuk. Selalunya ada je pelawat. Aku sedar bila ada orang bagitau tak boleh masuk blog ini. Aku cuba buka guna internet explorer memang betul tak boleh masuk. Tapi bila aku guna Mozila FireFox dan Google Chrome, ok je. Takde masalah. Masalah ini memang aku tak sedar sebab aku selalu guna Google Chrome berbanding internet explorer. Jadi aku minta maaf atas masalah yang sering berlaku ini. Aku cuba settle masalah ini dan kalau ada sesiapa yang ada idea boleh la tolong aku.

Jatuh bangun yang memeritkan

Hari ini aku nak cerita sikit mengenai pengalaman beberapa orang yang pernah mengalami jatuh bangun dari pelbagai bidang dan cita-cita dalam kehidupan. Kehidupan ini ada turun dan naiknya dan tidak lupa juga kita jangan selalu pandang ke atas saja tapi jenguk-jenguk sikit ke bawah. Bukannya apa sebab nak bagi peringatan sikit. Maklumlah manusia ni mudah melakukan dosa dan lupa. Satu keadaan yang biasa terjadi dan ianya memang Allah sudah rancang. Apa pun apa yang berlaku semuanya Allah nak lihat tahap kesabaran kita. Adakah kita terima dengan baik atau sekadar mengeluh setiap masa. Ada juga yang makin hamun tidak tentu pasal. Bawa bersabar dan banyak cara yang boleh kita selesaikan dengan kesabaran. Tapi tidak bermakna dengan kesabaran kita orang boleh sewenang-wenang memijak kepala kita sendiri. Bak kata orang 'mengambil kesempatan atas kesabaran dan kesusahan orang lain'.  Jadi apakah caranya jika jatuh tersungkur? Bangun la. Bangun sendiri dan cepat sangat minta tolong orang

Suka melukis untuk ...

Ramai yang tidak tahu kecuali orang tertentu yang mengenali aku. Aku suka melukis dan dianugerahkan Tuhan mempunyai bakat melukis sejak kecil lagi. Jadi kalau dah kata melukis tu sudah tentu tidak lekang dengan pensil dan kertas. Sejak kecil masa tadika lagi aku memang minat dengan melukis. Tak kiralah lukis apa pun janji lukis. Kelebihan itu aku gunakan sebaik mungkin sehinggalah banyak kali menang pertandingan melukis dan mewarna dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat negeri. Itu pun atas usaha cikgu-cikgu aku dulu yang memang rajin membawa aku ke mana-mana pertandingan melukis. Jadi aku dulu memang jadi kebanggaan sekolah dan menjadi t op student sebab banyak kali harumkan nama sekolah. Tapi bila masuk bab akedemik, memang fail. Tapi tak la teruk mana pun. Jadi kalau aku nak luahkan perasaan aku melukis dan kalau orang tengok memang tak faham  pun apa maksudnya. Hanya aku je yang tau. Kadang-kadang aku lukis kartun dan pernah hasilkan buku koleksi kartun aku sendiri. Tapi tak

Dah mula dah...

Sekarang sudah bermulalah segala-galanya kerjaya aku di internet pada masa ini. Bermula dari semalam aku sudah pun menyiapkan beberapa benda yang sudah lama yang perlu siapkan. Untuk blog MyEnik pun dah mulakan aktiviti pertama. Aku harap ianya akan mendapat sambutan hangat. Semalam saje bila aku on YM, aku terus diserbu. Rupa-rupanya ramai betul yang menunggu kehadiran aku. Dan masa tu memang banayk persoalan yang aku terima. Apa pun aku relax je. Sebab dah biasa dah macam dulu-dulu juga. Paling ramai sekali yang minta pendapat mengenai projek dan juga diagram litar. Jadi aku cool je bagi secara percuma. Selepas ini aku perlu ambil masa di dalam lab aku untuk siapkan produk terbaru aku yang akan aku siarkan di blog produk kreatif nanti. Di situlah nanti aku akan cerita mengenai produk baru tersebut yang dah lama aku nantikan kemunculannya.

Kesihatan aku terjejas teruk

Pada sekarang ini aku berada dalam tahap bertahan dari pelbagai jenis kesakitan berpunca dari pelbagai faktor juga. Sebelum ini aku sibuk dengan kerja di dalam lab aku dan terdedah kepada banyak sumber yang tidak sihat dan merbahaya. Akibatnya aku mengalami sakit kulit pada tangan sebab terdedah dengan asid, sakit kepala dan kesan buruk pada tekanan darah disebabkan terdedah dengan asap timah solder yang mengandungi unsur plumbum. Kesan lecur dan juga kepedihan pada mata juga selalu aku alaminya. Disebabkan atas kerja dan minat aku teruskan juga walaupun sepatutnya aku perlu elak semua itu pada masa yang tertentu untuk elak kesah yang labih teruk. Sehingga sekarang ini tahap peredaran darah dan juga tekanan darah aku tidak normal dan pernah mengalami tekanan darah rendah. Pernah satu ketika aku hampir rebah dan berasa kebas. Disebabkan itu aku berasa amat takut dan fobia dengan keadaan tersebut. Kini aku perlu masa untuk berehat dan mengambil ubat-ubat yang diperlukan untuk mengembalik