Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

Perancangan untuk R&D dan hasil produk baru

Assalamualaikum. Selamat hari raya AidilFitri. Selepas cuti raya baru-baru ini, saya lebih sibuk dengan membuat persediaan lab baru yang telah berpindah di Area Kuala Lumpur. Persediaan tersebut sebenarnya sudah pun bermula dari awal bulan puasa yang lepas. Namun berlaku kelewatan sepanjang tempuh perancangan tersebut. Segala alatan dan barang-barang keperluan lab dan pejabat dicari dari hari ke hari sehinggalah semua keperluan tersebut cukup seperti yang dikehendaki. Kekangan pada bulan puasa membuatan berlaku kelewatan seperti yang telah dirancangkan. Namun begitu bukanlah bermaksud saya menyalah bulan puasa punca berlaku kelewatan. Ini berpunca dari masa yang terhad. Tambahan pula jarak dari rumah saya ke lab agak jauh. Walaupun sebelum ini pun jarak lab saya lagi bertambah jauh di Melaka. Untuk persediaan lab dan pejabat ini, saya mengambil sepenuh perhatian kepadanya. Ini bermaksud saya benar-benar menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga untuk menyiapkan kerja-kerja untuk me

Jumpa kesilapan yang diselindungkan

Assalamualaikum. Kali ini saya nak mengulas sedikit tentang kerja saya pasal elektronik. Bukan semua orang boleh layan kan? Apa pun jom kita layan sama sama. Walaupun alkisahnya mengenai elektronik, tetapi penghujungnya menceritakan satu kesimpulan yang boleh dijadikan pengajaran. Sebelum masuk bulan Ramadhan lagi, hampir dalam beberapa hari saja lagi akan tiba bulan puasa. Saat yang dinanti nantikan oleh sebahagian umat Islam. Namun disebalik keghairahan tersebut satu ujian besar bagi saya. Benda yang selau saya hadapkan hampir setiap hari, tiba tiba menjadi mala petaka bagi saya. Buat pertama kalinya saya tidak mampu mengesan punca kerosakan atau kesilapan dalam litar elektronik yang memang selalu saya hadap hampir seiap hari. Boleh dikatakan saya hampir mahir dengan alat tersebut, terutama pada selok belok litar elektronik tersebut. Jika sebelum ini berlaku kerosakan, pasti saya dengan cepat dapat tahu punca kerosakan. Tiba masanya hari yang dinanti nantikan. Secara tiba tib